September 17, 2010

Betulke M Rajoli Meninggal Dunia?


Agak terperanjat bila terbaca entry malam ini iaitu M Rajoli Meninggal Dunia dan banyak entry dari bloggers dan informasi yang sama apabila membaca blog, twitter dan Facebook.

Bila baca-baca lagi, rupanya ianya khabar angin saja seperti di entry M. Rajoli Masih Tenat, Belum Meninggal Dunia Seperti Khabar Angin dan M. Rajoli kini kritikal di Hospital Ampang 

Semoga M. Rajoli sembuh , bakatnya begitu saya kagumi, mampu melakonkan pelbagai watak, sedih,lawak, kelakar,jahat,baik,alim,kahwin ramai dan sebagainya yang saya rasakan sukar dicari ganti. Saya memang sukakan sangat lakonannya yang memang lain dari yang lain. Namun, cam kata orang, "You will never know what You Have Until U Lose IT'' . P. Ramlee, Sudirman, Yasmin Ahmad jasa mereka lebih dikenang bila mereka sudah meninggal dunia.

Dulu Masa Yasmin Ahmad sebelum meninggal, khabar angin yang serupa juga. Doa-doakan semoga semuanya Selamat.

P/s :Kisah artis kencang dan lajuje kan beritanya walhal mungkin jiran sebelah rumah dah lama meninggal dunia pun kita tak perasan. 

UPDATED : 

Baruje nak publishkan, terbaca di Berita Harian, betulla kisahnya : M Rajoli Meninggal Dunia 

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.
Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham M Rajoli dicucuri rahmat.

7 comments:

  1. tadi ada jugak baca! tp confius! sane ckp dah meninggal. sini ckap tenat! haha. rasenye tenat je kot? xmeninggalkan? hopefuly sembuh! amin~

    ReplyDelete
  2. tulah. smpai ada blogger draft kn masa dorg tahu tu khabar angin. n now..betul2 dah di sah kan.. al fatihah.....

    ReplyDelete
  3. innalillah.. moga arwah selamat di Sana

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails