September 15, 2010

Isteri Dicerai Kerana Minta Hadiah Hari Raya


Zalim sungguh, Isteri diceraikan hanya kerana minta hadiah hari raya. Apa salahnya kasi hadiah hari raya buat Isteri? Lagipun, tanpa isteri, apalah sangat seorang suami ini. Kejayaan seorang suami banyak dibantu oleh seorang Isteri kan?

HAFR AL-BATIN (Arab Saudi): “Kamu mahu hadiah hari raya? Saya akan beri kamu hadiah!”
Itu kata-kata yang diluahkan seorang lelaki di Hafr Al-Batin, timur Arab Saudi. 

Menurut laporan akhbar Al-Yaum, lelaki itu menceraikan isterinya selepas wanita itu meminta wang dan hadiah hari raya.

Seorang kaunselor perkahwinan berkata, perceraian ketika menyambut Aidilfitri sering berlaku kerana tuntutan berlebihan si isteri atau kerana suami enggan keluarkan belanja menyambut perayaan itu. - Agensi - Sumber Harian Metro -
Sebagai seorang suami, rasanya memang tidak patut tindakan si suami itu. Sudahla diceraikan di hari raya. Kalau tidak mahu beripun, janganlah sampai diceraikan. Apa salahnya cakap elok-elok kan?

Walaupun perkara ini berlaku di luar negara, namun saya tetap tidak menyokong perkara sebegini. Hargailah seorang Isteri dan sayangilah mereka seadanya selagi mereka menunaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang Isteri.

Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan dunia. Love Ur Wife dan jangan pula bila buat sesuatu tanpa berfikir panjang, sesal di kemudian hari.Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, tak gitu?

P/s : Tahun ni kasi duit raya untuk Isteri. Lepas tu kena Paww lagi mana-mana duit raya yang tinggal. Takperlah, duit suami, duit isteri jugakan?Hik3, Love U Sayang...

7 comments:

  1. Uum...satu lagi cerita terpencil yang disensasikan oleh akhbar.

    ReplyDelete
  2. ada sebab lain lah tu kut rasanya
    tapi kemuncaknya berlaku bila si isteri minta duit raya tu
    haih
    macam2 skrg jadi

    P/S : Air Tajam Memang Sedap

    ReplyDelete
  3. kesian isteri nye..
    suami dia tension kot
    sebab duit memang tak de..
    isteri lak minta macam tak paham ..
    ambik kau..
    hahha..

    ReplyDelete
  4. nasib cerai, tak bunuh. skrg ni mcm2 kes ada.. seram tau..

    ReplyDelete
  5. saya dengar kat radio beberapa hari lepas...sorg perempuan beraya sorang diri sebab suami jatuhkan talak 2 hari sebelum raya....
    kesnya???bergaduh pasal balik kampung...alahai!!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails