September 16, 2010

Jadual Peperiksaan UPSR 2010

Balik beraya haritu, keluarga belah Isteri mengadakan Sembahyang hajat sempena ramai saudara mara Isteri yang bakal mengambil Peperiksaan UPSR 2010. Oh ya, Jadual Peperiksaan UPSR 2010 bolehla di downloadkan di sini :



Download Sini --> Jadual Peperiksaan UPSR 2010 (Kredit picture HERE )

Menurut Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, tarikh peperiksaan UPSR akan berlangsung dari 21-23 September 2010 . Tak lama dah , minggu depan jer lagi. Untuk adik-adik dan especially buat saudara mara Isteri, jangan lupa tengok betul-betul Jadual Peperiksaaan UPSR , kan tersilap masa dan tarikh susah pula. Tak lupa juga, do your best, make sure semua dapatkan 5A tau?

Teringat kenangan masa ambil peperiksaan UPSR dulu, saya hanya dapat 3A 1C dan C itu adalah bahasa Inggeris. Kerana bencikan guru Bahasa Inggeris masatu, langsung tak minat nak belajar bahasa Inggeris masatu. Kuat juga pengaruh guru ya?

P/s : Good Luck untuk Adik-adik yang bakal mengambil peperiksaan UPSR. Kejayaan di bidang pelajaran mungkin boleh mengubah ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

P/s/s : Apa pula kenangan UPSR anda? Tentu ada yang menarik untuk dikongsi-kongsi.

1 comment:

  1. at last ada jugak entri tentang jadual exam UPSR. adik saya pun akan ambil exam tu tahun ni. harap semuanya berjalan lancar..amin

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails