September 5, 2010

Katy Lim Li Lian Hina Islam | The Story Continue





Dulu kecoh isu Salleh Gregor Hina Islam, sekarang timbul pula isu Katy Lim Li Lian Hina Islam. Caranya pun sama, menggunakan laman sosial yang popular iaitu Facebook. Saya tidak mahu mengomen banyak, korang bolehla terjah entry ini [ Katy Lim Li Lian Yang Menghina Allah Dan Agama Islam ]

Tak Sangka dah dekat nak raya, timbul lagi perkara sebegini. Laman Sosial semakin digunakan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Amat keterlaluan bila bermain dengan Isu Agama ditambah pula di bulan Puasa yang mulia Ini. Sensitiviti Keagamaan perlu dijaga. Saya bersetuju dengan Pendekatan SKMM dan agar tindakan diambil [ Hina Islam: Facebook Li Lian disiasat  ] . 


Anyway, betul-betul wujudke Katy Lim Li Lian ini ataupun hanyalah permainan/sandiwara pihak tertentu untuk menangguk di air keruh ? Hari ke hari, semakin kecoh isu 'Racist' dan 'Keagamaan Ini' sampaikan Iklan Raya TV3 2010 pun turut Dikecam Hebat Kerana Berunsurkan Chrismas  . Personally, memang saya sendiri tidak sukakan Iklan TV3 yang berbaur krismas itu.TV3, Sensitiviti keagamaan perlu dijaga dan sebagai rancangan TV no 1 di Malaysia, takkanlah sebelum buat komersial ini tidak mengambil pandangan orang yang arif terlebih dahulu?

P/s : Apa pula kata anda?

33 comments:

  1. org yg tidak menghormati pegangan dia sendiri, memang tak reti nak hormat pegangan org lain.. Nama pun kafir, Allah da kata dunia ni mereka punya tp akhirat nnt milik umat Islam yg beriman...
    Dalam hati amat marah tp sekadar dpt diluahkan di mulut, perlu 1 tindakan tegas diambil oleh pihak berwajib spt yg diambil SKMM..

    Iklan tu lak, sy pon tak phm pihak tv3 ni, rancangan berunsur agama bnyak tp bila wat iklan takkan tak reti2 lagi kalo bab2 agama mmg tiada kompromi.. Agama Islam tidak boleh disamakan dgn sst agama yg lain langsung! Bukan setakat Cristmas, jika lihat betol2 agama Buddha juga diselitkan sekali dgn penggunaan bunga lotus dlm iklan tersebut.. Agama tidak boleh diintegrasikan!

    ReplyDelete
  2. lgsg x minat iklan kali ni....::))

    ReplyDelete
  3. huhuhu...

    ayat budak tu langsung tak boleh blah...

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan. sedih baca entry nie bro..harap2 semua nie akan berakhir.

    * pasal gambar besar kat entry saya tu,saya nak share dengan bro.hehe.

    1st bro upload gambar kat flickr atau mana2 hosting lain.pastu copy html code dari flickr then paste kat entry bro.tapi klik dulu kat edit html di new post tu..

    sebelum tu bro kena coding sikit layout blog bagi sama dengan saiz gambar yang bro upload.harap maaf kalau penerangan nie tak banyak membantu..bro try dulu.kalau tak jadi,tanye lagi ok..saya xda hal :)

    ReplyDelete
  5. Tak paham la depe ni. Selalunya nak memburukkan Islam tapi agama lain tak pernah pulak kita dengar dikutuk sampai macam ni sekali.

    ReplyDelete
  6. pelik..kita xde pn nk racist kat dorang,tp dorang racist ngan kita.siap kaitkan nama Allah tu apekejadah?kalau xsuke dok Malaysia,tak suke org Melayu,brambus jela weh!balik China sna..ei,geram gile!

    aku harap krjn Malaysia lucutkn kewarganegaraan Katy Lim Li Lian tu..ni dah lebih,sampai hina Allah.harap SPB Agong berkenan la lucutkan kwarganegaraan manusia yg berjiwa zionis tu.

    ReplyDelete
  7. tak ape lah..mereka ini adalah kaum jahil yang memang x mengerti..bersabarlah kawan-kawan, moga dengan sabar ini, Allah akan mengurniakan hidayahNya kepada mereka-mereka itu..

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum, isu menghina agama islam makin serius, selagi tiada tindakkan yg keras di ambil. Itu bru yg terlepas di facebook, nk kita dapat tau, yg di luar, mgkin byk lagi, entah apa lagi yg mereka katakan. Mmg suka2 ati mereka aja nak kata mcm2. Iklan raya tahun ni xbest la. Yg iklan tv3 tu pun satu, tahu la nk sahut seruan kerajaan 1 malaysia, tp jng la melampau, x kena gaya la.. ish, sblm buat iklan tu, fikir la dulu. xkena langsung..

    ReplyDelete
  9. semoga ianya dapat dibendung agar ianya tidak menular dan dijadikan benda yang kebiasaan. by the way, thanks bro for linkking my blog

    ReplyDelete
  10. kita tunggu aper tindakan yang MAMPU diambil pihak yang berkenaan...

    ReplyDelete
  11. tak brani nak komen.. tapi dah pub komen..

    ReplyDelete
  12. huhu...sakit ati bile bace..
    x sume org mcm katy tu...
    tp org mcm nie harus kite bg pengajaran..

    ReplyDelete
  13. @L.O.V.E hUnTeR:tepuk dada,tanya selera..byk rancangan keagaamaan di tv3 seperti jejak rasul, al kuliah dan macam2 lagi..tapi bila tv3 sendiri yang siarkan iklan camtu,terasa begitu sedih dengan tv3...

    ReplyDelete
  14. memang keadaan sekarang semakin 'gila'..

    begitu kuat dugaan untuk anak² kita di zaman moden ni

    ReplyDelete
  15. orang seperti dia ini haruslah dihantar untuk hukuman dari pihak yang berkuat kuasa. Saya sebagai orang cina pun telah terhina oleh kaum sendiri atas perbuatan dia yang tidak dapat dimaafkan sekali, pada pandangan saya, hal ini akan berlaku disebabkan pendidikan dari keluarga yang amat mengagalkan. Diatas perbuatan dia... ini, kita juga haruslah menperolehi biarpun sedikit pengajaran bahawa tindakan sebegitu amatlah mengecewakan dan salah, tak kiralah agama apa, perbuatan ini tidak sesekali dielakkan oleh agama sendiri. Saya memohon ampun dari kalian semua atas perbuatan dia. Saya juga ada banyak saudara dan saudari yang lain dari perkauman, tetapi kita juga sentiasa main, buat homework sekali, kan kita hidup dan meninggal di malaysia?

    ReplyDelete
  16. owh
    itulah bila kita bercakap atau menaip tak fikir dlu
    susah2
    FB makin disalah guna

    saya ada juga buat ulasan pasal Iklan TV3 ditarik balik tu
    kalau saudara sudi pergilah baca yer..entry paling latest


    P/S : Ini entry lain..heheh Tips - Tips Bagaimana Nak Mendapatkan Duit Raya Yang Banyak

    ReplyDelete
  17. @CT:setuju..lebih kuah rasanya iklan kali ini

    ReplyDelete
  18. @LORD ZARA 札拉 :budak lagi ke?nampak gambar cam dah remaja/dewasa

    ReplyDelete
  19. @ed shahir:thanks bro for the explanation..akan dicuba..thanks a lot...

    ReplyDelete
  20. @in+an Jun$u:semoga tindakan tegas akan diambil ..lesson learn dan lebih ramai yang akan berhati2 dlm menimbulkan isu sebegini

    ReplyDelete
  21. @ Lee:sabarjerla..tapi sabarpun ada batasnya juga kan?

    ReplyDelete
  22. @fza :setuju 100%..sepatutnya TV3 lebih prihatin dengan sensitiviti penonton....learn from jejak rasul

    ReplyDelete
  23. @Sharinginfoz;mencegah lebih bak dari mengubati...sama2 bro

    ReplyDelete
  24. @ kisahsensasi:tunggu dan lihat..mungkin sekadar tegur dan lihat juga?

    ReplyDelete
  25. @hamzah ian;dah berani tu..thanks komen

    ReplyDelete
  26. @Anip™ :setuju..lesson learn...

    ReplyDelete
  27. @n@m@n :setuju bro..semakin risau dan takut dibuatnya

    ReplyDelete
  28. @Jeffrey Ong:thanks bro,..agreed 100% dengan komen anda..kitani satu malaysia..Why not , we respect each other..accept the different but doesn't mean that we can say anything we want kan?

    ReplyDelete
  29. @Jeffrey Ong:thanks bro,..agreed 100% dengan komen anda..kitani satu malaysia..Why not , we respect each other..accept the different but doesn't mean that we can say anything we want kan?

    ReplyDelete
  30. @hans:itulah,...bila kelebihan media internet disalahgunakan..

    ReplyDelete
  31. "Ahmoi" itu bersalah dari segi undang-undang Akta Hasutan dan Akta Keselematan Dalam Negeri yang
    kuatkuasa di Malaysia kerana tulisan beliau berpotensi menimbulkan keresahan dan menggugat ketenteraman awam.
    Kalau kita tahu sudah ada undang-undang kita boleh aman.

    Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 [Akta 15] berbunyi (c) barang siapa mencetak, menyiarkan, menjual, menawarkan untuk dibeli, mengedarkan, menghasilkan semula sebarang penerbitan yang menghasut boleh dihukum, atas kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM 5000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya;
    dan seksyen 27 Akta Keselamatan Dalam Negera 1960 [Akta 82] berbunyi "barang siapa mempamirkan atau mengedarkan .... tulisan untuk menghasut keganasan . .. atau menyebabkan kekacauan dan menggugat ketenteraman awam adalah melakukan kesalahan.

    Dan seksyen 8(1) Akta yang sama berkata "jika menteri (dalam negeri) berpuas hati bahawa
    penahanan seseorang adalah perlu untuk mengelak beliau dari bertindak menjejaskan keselamatan
    Malaysia, .... boleh membuat perintah penahanan supaya orang itu ditahan selama dua tahun.
    "
    Jadi kita sudah ada undang-undang untuk bertindak terhadap pesalah. Kenapa hendak risau?
    Perbuatan panik kita boleh mejerat kita senidiri. Biar pihak berkuasa bertindak. Mereka arif
    dalam bidang tugas mereka. Jangan kita ulangi tulisan dalam blog-blog kita. Bila kita ulangi,
    orang yang membaca marah dan dia pun keluarkan kata-kata kesat terhadap kaum lain. Setiap kaum
    ada orang baik dan orang buruk. Ada non muslim membantu dan menyokong orang islam. Bukan semua orang bukan islam tak baik. Sama juga ada orang islam jahat sesama islam. Ini pemikiran orang waras.

    Ada pun beberapa orang telah report polis terhadap tulisan ahmoi itu. Jika ahmoi bersalah biar pihak berkuasa ambil tindakan. Kita diam dan lihat sahaja. Kita jangan mengapi-apikan satu sama lain dan kita pun nak melakukan kesalahan yang kita kata ahmoi itu cuba melakukan iaitu menimbulkan huru hara. Mengulangi tulisan ahmoi dalam blog kita juga adalah kesalahan. Jika itu niat ahmoi itu kenapa kita perlu buat dia berjaya dengan kita sendiri menimbulkan huru hara yang ahmoi inginkan? Kan elok kita tunjuk bahawa orang islam itu waras,bijak, bertamadun dan tidak akan membuat huru hara?

    ReplyDelete
  32. Saya tak mahu tuduh tanpa usul periksa tetapi my guess Amoi ni mesti dari sekolah venukular (kalau salah mintak maaf). Hampir semua my chinese friends dari sekolah kebangsaan tahu hormati bangsa dan agama org lain. Yg dari venukular tu kurang sikit. Maybe sebab diaorang terpisah dari masyarakat. Bayangkan kalau mereka bersama-sama dari kecil di sekolah yang sama, they will breed tolerance and acceptance with one another. So,after 11 years of accepting one another, surely they will NOT become hateful of one another. Kan? Support SSS - http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails