September 14, 2010

Paramore Live in Kuala Lumpur 2010 Presented by Tune Talk Mobile Prepaid

Berita baik buat penggemar muzik bercirikan pop-punk. Pasti anda kenal dengan Paramore kan? Kumpulan muzik dari US ini akan mengadakan satu konsert buat peminat-peminat mereka di Stadium National Bukit Jalil pada Oktober 19, 2010. Teruja kan?

Makin teruja bila tahu kumpulan Paramore ini ada seorang vokalis perempuan yang bukan sahaja comel tetapi mempunyai suara yang sungguh mantap.

Hayley Williams suka bergaya

Peluang untuk bertemu dan mendengar sendiri suara Hayley Williams pasti sangat menyeronokkan. Hayley Williams bukan sahaja cantik, comel (tak boleh puji lebih-lebih ni), dia juga merupakan tulang belakang kumpulan Paramore dengan suaranya yang mantap dan gaya penampilannya yang unik. Saya kagum dengan kebolehan beliau sebagai pemuzik dan penghibur. Malah, lebih kagum apabila melihat ketabahan beliau menjadi satu-satunya perempuan dalam kumpulan muzik ini. Pasti banyak kena buli ni. Hikhikhik.

Hayley Williams lincah mengadakan persembahan

Jadi bagi peminat-peminat Paramore, JANGAN lepaskan peluang ini! Harga tiket bermula dari RM98 hingga ke RM358. Tiket boleh dibeli secara online melalui AirAsiaRedTix dan TicketPro, juga boleh didapati di kaunter Rock Corner dan kiosk TicketPro.

Tahniah dan terima kasih Tune Talk kerana mampu menganjurkan konsert Paramore Live in Kuala Lumpur 2010!

Untuk maklumat lanjut, layari www.rockthisjoint.com.my



P.S. Dengar kata Tune Talk ada menyediakan tiket konsert percuma (terhad) untuk pengguna-pengguna Tune Talk. Apa tunggu lagi, cepat beli simkad Tune Talk!

2 comments:

  1. woohoo! paramore is here! saya suka their music.. esp since they first wrote that song in movie Twilight "Decode".. love the guitar.. ahhh mesti pergi! yeay! :P

    ReplyDelete
  2. ohhhh~~ suka diorang!! bestnye kalau dapat pegi..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails