September 21, 2010

Seks Penawar Terbaik Bagi Suami Isteri Atasi Tekanan | Saya Setuju


Artikel yang begitu menarik daripada Utusan Malaysia yang bertajuk : Seks penawar terbaik bagi suami isteri atasi tekanan . Sebagai seorang suami , saya bersetuju dan melalui cara ini juga, adalah antara cara yang terbaik untuk memujuk Isteri (hik3, 18SX skit, namun ianya informasi yang bagus rasanya untuk Suami Isteri dan pasangan yang bakal berkahwin)

NEW DELHI 20 Sept. - Aktiviti seks merupakan penawar terbaik bagi mengatasi tekanan perasaan di kalangan suami isteri, kata seorang ahli seksologi India yang terkenal.Dr. Narayana Reddy berkata, slogan ‘penyembuhan seksual’ di kalangan ahli seksologi kini semakin digemari di kalangan suami isteri yang mendapatkan bantuan profesional bagi mengatasi tekanan dan meningkatkan hubungan seksual mereka.

Beliau berkata, kekerapan aktiviti seks dianggap ubat terbaik bagi menyembuhkan pelbagai penyakit daripada gangguan jantung, arthritis kepada kemurungan biasa, kerana keseluruhan tubuh badan akan kembali bertenaga selepas persetubuhan.

Kekerapan seks menurutnya, adalah tiga kali dalam 10 hari atau tiga kali sebulan sudah mencukupi.Tetapi beliau mengingatkan kegiatan hubungan suami isteri perlu juga bebas dari sebarang tekanan.

"Seks adalah baik. Tetapi ia mesti hubungan seks yang sihat, ia juga perlu bebas dari rasa bersalah. Bukan seks di luar ikatan perkahwinan atau mengunjungi pekerja seks komersial,” katanya kepada Bernama.

Setiap hubungan seks membakar 200 kalori, yang bersamaan dengan 15 minit menggunakan alat senaman atau setengah jam berjalan kaki di taman. Ini membantu membebaskan endokrin yang membuatkan kita rasa ceria,” kata Dr. Narayana yang berpangkalan di Chennai. - Bernama "

P/s :Rahsia Seks Hebat Untuk Suami Isteri. So, jangan runsing-runsingkan diri. Penawar sudah ada di depan mata. Kenapa mahu peningkan kepala Si Isteri dengan ke kelab dangdut/kelab malam, melilau tak tentu hala bila ada masalah/tertekan kan? Tepuk dada, tanya selera. Give and take itulah yang sebaiknya. Dijadikan hidup berpasangan tentu ada hikmah di sebaliknya kan?

P/s/s : Tengoklah Abang Je Jai, walaupun dah ada anak 5, bila jumpa mesti senyum ke pipi both suami Isteri, apa rahsianya ya bro? Hik3...tak pasang niat untuk yang ke 6 ke bro?

7 comments:

  1. Hadoii..aku jugak..nak kena bagi tips gak ker nie..Ok salah satu tips cuba pakai baju pink terang tang tang..Seelok-eloknya pakai masa tengahari yang terik..sure tersenyum tersipu sipu malu..hehe

    ReplyDelete
  2. dgn segan silunya setuju ... bg pihak hasben ! ekekeke...~

    ReplyDelete
  3. wah sijejai dah bongkar rahsia tu..nanti akak nak pakai baju pink selalulah..tq kongsi rahsia yer jejai

    ReplyDelete
  4. haha.. kalau belum kahwin macam mana?? =P

    ReplyDelete
  5. @ken - carik laa isteri kalau lum kawen

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails