December 13, 2010

Hanya Tahu Layan Lelaki


Berita di Muka Depan Harian Metro bertarikh 11 Disember 2010 bertajuk " Saya Nak Berubah tapi.....Saya hanya tahu Layan Lelaki "

" Saya hanya tahu layan lelaki. Itu saja pekerjaan yang mampu saya lakukan, "Kata Suzie yang diselamatkan wartawan Harian Metro daripada menjual bayi dikandungnya Rabu lalu. Pelayan pelanggan itu mengaku mahu berubah tapi kelahiran anak memungkinkan dia kembali menjadi GRO" Sumber -Harian Metro-

Saya tidak mahu menyalahkan wanita itu ataupun bagi tazkirah kerana saya sedar diri sendiri juga. Apapun, pandangan peribadi saya, salah satu faktor ramai wanita terlibat gejala sebegini adalah "Kesusahan Mendapat kerja dan gaji yang tidak setimpal di sektor pekerjaan" . 

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kenaikan gaji yang tidak selari dengan kadar inflasi, ditambahkan semakin sukar mendapatkan pekerjaan menyebabkan ramai mencari jalan mudah/ terdesak.

Semasa belajar di UK, seorang cleaner mampu membeli kereta dan rumah sendiri. Di Malaysia, seorang yang bekerja gaji RM3,000+ ada yang masih belum mampu memiliki rumah dan kereta sendiri.

Oh, gambar di atas bukan gambar sebenar, itu gambar salah seorang Model di KLIMS 2010 yang telah merancakkan dan membuatkan orang ramai lebih teruja untuk ke pameran kereta. Tayang body gadis-gadis jelita, ramai lelaki datang mencuci mata , termasukla saya sendiri. Hik3, at least saya berterus terang + saya bawa isteri sekali ke sini.

P/s : Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal sebegini? Easy answer, semestinya lelaki faktor utama , No Demand, No Supply rite?

32 comments:

  1. huhu betul gaji 3ribu mcm tak der gaji jer...tolak itu ini......tinggal 0

    ReplyDelete
  2. yeaa like ur nota kaki tue...easy answer is men...mmg lerrr xder permintaan xkan ader penawaran...tp kdg2 golongn2 spt tue suka mewah dgn cara yg cepat tanpa fikir dosa pahala....

    ReplyDelete
  3. hanya kekuatan iman yang dapat mencegah semua ni berlaku...

    kalau betul2 perempuan tu nak berubah, dia takkan bg alasan itu saja kepandaian dia... byk lagi keje lain dia boleh usahakan

    ReplyDelete
  4. wanita jugak yang jadi pameran bersama kereta
    >__<

    ReplyDelete
  5. supply xde
    demand pon xleh nak lebih2
    ;)

    ReplyDelete
  6. kadang2 confuse..nak jual keta ker nak jual org...? xploitasi ke atas wanita ker..wanita yg mengeksploitasi?
    adeh..pening mak!

    ReplyDelete
  7. betul la tu eryqazz..saya setuju sangat..memang sebenarnya banyak pekerjaan yang boleh dibuat, tapi berapa sangatlah gajinya..tapi tuhla, kita kena fikir baik2, dapat banyak duit pun, kena tau halal haramnya...

    ReplyDelete
  8. kerja yg halal bersepah kat bumi m'sia ni..nak dgn taknak ja.duit kalau dikejar banyak mana pun tak cukup..betoi dak?

    ReplyDelete
  9. setuju sgt2.
    kalau laki x start,xkan perempuan nak menggedik.benda ni kes dua hala gak.
    kalau ada demand,xda supplier,x jadi gak.
    btol x pakcik? :D

    ReplyDelete
  10. semalam baru tengah cakap pasal ni dengan housie, kalau rancangan kat tv pun, mst letak perempuan sexy, salah satu cara nak tarik orang tengok.

    sedey~

    ReplyDelete
  11. #honeyvsbee :tinggal 0 ok lagi..kalau negatif n terpaksa pinjam kredit kad pula camne?

    ReplyDelete
  12. #far_east:betul juga..bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi...

    ReplyDelete
  13. #::..Dia daYa..:::apakah bezanya

    ReplyDelete
  14. #joegrimjow:padat dan tepat jawapannya

    ReplyDelete
  15. #MamaYatie:hik3,saya tak mampu nak menjawabnya

    ReplyDelete
  16. #missbby:sometimes keadaan yang memaksa..bahu yang memikul lebih memahaminya

    ReplyDelete
  17. #zul;hik3,betoi..tapi bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi juga kan?

    ReplyDelete
  18. Hu.. best gak jadi perempuan ni.. senang dpt duit ... haha

    ReplyDelete
  19. salam.
    ye ke?
    macam la keje lain susah sangat.
    cuba keja kilang.
    pernah kerja kilang?
    kawan saya kerja kilang sarung tangan dulu.
    nak tau apa die buat?
    just tarik sarung tangan tu dari acuan dia.
    ambil acuan, tarik. ambil acuan tarik.
    ada lagi sorang, keje kilang biskut.
    keje die, ambil biskut yang hancur.
    biskut lalu, kutip. biskut lalu, kutip.
    susah sangat ke?
    susah ke dik?
    banyak budak, PMR pun takde. boleh je gi keje kilang.
    saja je xnak keje penat kan...hesh!

    ReplyDelete
  20. eleh...alasan je tuh..org jual nasi lemak pun leh sara anak...berlambak kerje halal yg boleh dibuat..ada akal x nak guna cam tu la..

    ReplyDelete
  21. bila tekanan meningkat, kerja haram pun x heran asalakan leyh tampung hidup..


    tapi kalo dah sampai zina, sampai nak jual anak sendiri lagi, apela nak jadi.. susah2 macam mana pun, matlamat x menghalalkan cara, ye dak! =)

    ReplyDelete
  22. Kat mana ada keyword sex, kat situ Hamzah ada..

    Btw bro, "No Demand, No Supply rite" tu membuatkan aku terfikir. Betul gak kan.

    Terbaru >> 1) Kuey Teow Goreng Doli 2) Nak Isteri Cun? 3) Prank Paling Gempak

    ReplyDelete
  23. siapa yg jd suami dia mesti beruntung sbb dia hanya tahu layan lelaki...

    Bunuh Diri | Asyraf

    ReplyDelete
  24. u know what..
    puncanya kenaikan harga barang dsb tak setara dengan kenaikan gaji.
    tu yang gaji 3000++ pun tak cukup.
    huu~

    ReplyDelete
  25. betul2, kenaikan harga barang tak setara kenaikan gaji..

    ReplyDelete
  26. salah siapa?hurm..

    tp btl juga,mama zharfan yg tgh buat PHD pon dah prepare kemungkinan lps blk m'sia nxt year

    ReplyDelete
  27. patutlah selalu dgr cite org msia yg dok luar negara tak mo balik dh, sebb gaji sna lagi masyukk..mcm indon, dtg msia cari duit tiap2 bulan transfer ke kg. buat banglo.msia memang mewahkan org luar, tp rakyat jelata sendiri..hmmm mcm2 gejala sosial berleluasa. smua tak sempat nk jaga, ank2 terabai..sebab mak bpk keje lebih masa cari duit yg tak cukup2 utk sara keluarga.sian..:(

    ReplyDelete
  28. ISH2..pompuan gak dipamerkan...:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails