"Salam Abang, fikirkan pekerjaan atau perniagaan yang abas boleh jalankan.Contohnya macam homestay yang abang bagitahu baru ni tu. Buat la apa-apa pun yang nampak boleh pergi jauh.Abas mari fikir juga duduk dalam keadaan camni. Tiada permulaan untuk melakukan sesuatu.Abas buntu tak tahu apa yang perlu dilakukan.Fikirkanlah untuk masa depan abas. Abang sahaja harapan Abas sekarang" - Tersentuh Hatiku Menerima SMS Itu -
Alhamdulillah, setahun berlalu. Kursus gunting rambut telahpun saya sponsorkan untuk adik bongsu dan kini adikku bakal bergerak setapak ke hadapan lagi. Bakal membuka kedai gunting rambut di depan rumah nenekku di Rhu Rendang, Marang, Terengganu (Sebelah Shell Rhu Rendang). RM3 ribu bantuan modal/pinjaman dari kami sekeluarga(thanks Sayang), bagi membantu adik bongsuku.
Semoga bisness Kedai Gunting Rambut adikku berjalan lancar dan sentiasa dikunjungi ramai. Saya gembira, ianya pekerjaan yang halal + menggembirakan hati kami. Especially my Mum , ada juga seorang anaknya yang sentiasa menjadi temannya di kampung.
Terimakasih buat pembaca blog Eyriqazz yang telah memberikan cadangan sebelum ini berkenaan tempat kursus gunting rambut. Semoga Tuhan membalas jasa baik anda semua.
Umm, jika ada cadangan/suggestion berkenaan bisnes Gunting Rambut ini, dialu-alukan, boleh saya ajukan kepada adik bongsu saya. Yerla, saya bukan kaki bisnes, mungkin cadangan anda boleh memajukan lagi Kedai Gunting Rambut adikku.
Kedai Gunting Rambut Adik Bongsuku
Saya tumpang gembira, rasa terharu
Dengan berblogging, ramai yang membantu
Jasa baik semua, tidak akan saya lupakan sudahlah tentu
amin!
ReplyDeletesaya setuju sangat dengan pilihan yang dibuat.... sekarang ni permintaan untuk gunting rambut begitu meningkat terutama sekali bila nak buka sekolah. Baru tadi saya bawa anak ke kedai gunting rmbut...Dari mula buka kedai tak putus pelanggan datang...
ReplyDeleteberikan anak muda itu semangat dan sokong ,insyallah dia mampu berdikari terus...
ReplyDeleteWah! Lps ni sy xyh g jejauh dh nk g gunting rambut! :D
ReplyDeletewahh yg bawah tu pantun ke :P
ReplyDeleteTerkini : Gambar Supermoon Yang Awesome
selamat maju jaya buat adik eyriqazz..:-)
ReplyDeletesalam uncle,
ReplyDeleteboleh saya bagi cadangan?
barangkali utk pelanggan kali ke-2 dan seterusnya, dapat special price.
all the best utk adik uncle.
semoga berjaya...
ReplyDeletewahhhh untung jadik adik eyriqazz nehh..ader abg dan kakak yang budiman hati dan poket..:)
ReplyDeletelepas nie mungkin boleh update pasal tips penjagaan rambut untuk laki dan pompuan lak...kongsi ilmu yang adik bro blaja tue...atau teknik memikat pelanggan kedai gunting ker kan....
ReplyDeleteAbang nak tanya kalo I nak cari pekerja gunting rambut berapa keh gaji harus di bayar,I hanya minat suka kluar modal buka kedai gunting rambut th bylaws menguntungkan,berapa modal di perlukan,suraj from ipoh
Deletebagus juga cadangan abang tu...perkhidmatan gunting rambut memang bebaloi sebab hasil usaha titik peluh. kalau der peluang apa salahnya jual pulak produk penjagaan rambut contohnya di sini http://tropicabioherbkuantan.blogspot.com
ReplyDelete