March 24, 2011

Keterujaan Eksplorasi MySelangorStory


Melancong, bercuti, makan angin, berlibur sudah menjadi sebahagian gaya hidup rakyat Malaysia. Tourism Selangor too sewajarnya mendapat pujian atas usaha-usaha pro-aktif lagi kreatif dalam mempromosikan Selangor, seiring dengan perkembangan pesat ‘industri’ blogging di Malaysia.

Tourism Selangor yang berpejabat di Section 14, Shah Alam, adalah enjin penggerak utama berperanan mempromosikan industri pelancongan di negeri Selangor, dan laman web rasmi Tourism Selangor menyalurkan informasi terkini tentang tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh para pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Saya sungguh leka bila melayari laman web Tourism Selangor buat pertama kalinya, bak terkena panahan cinta pandang pertama, dari satu gambar ke satu gambar, semuanya bagaikan menggamit saya untuk berkunjung, berlibur cuti2 Selangor. Owwhh tidak, saya tidak berjenaka ya—anda sendiri cuba rasai pengalaman menjamu mata dengan gambar beserta informasi—ayuhh jangan berlengah yer— click TOURISM SELANGOR
I-City Shah Alam: salah satu tarikan terkini di Selaangor—seolah2 di alam fantasi!]

Ada apa pula dengan MySelangorStory?? ‘Cerita Selangor Saya’? Atau mungkin ‘Cerita Selangor Anda’ jua?!..Yess..MySelangorStory 2010 sebagai aktiviti perintis telah berjaya menyalurkan informasi tempat2 percutian di seluruh Selangor yang mungkin tidak kita sedari kewujudannya termasuklah konsep homestay, juga mempopularkan aktiviti cuti2 selangor di kalangan bloggers tempatan khususnya, bahkan tidak mustahil sebagai sumber rujukan pelancong dari negara luar! Jangan tak tau yer, bloggers di Malaysia kini mencecah 2 juta org (saya ternampak jumlah tu dalam laporan akhbar online tahun lepas)—wow!!..hebatkan kuasa promosi melalui blogging ni , tidak syak lagi.
  
Genting Highland Strawberry Farm 
Tak perlu mendaki sampai kemuncak Tanah Tinggi Cameron untuk menikmati strawberry segar cicah coklat—Genting Strawberry Leiisure Farm kini boleh dikunjungi di lokasi Gohtong Jaya, Hulu Selangor.

Rentetan kejayaan MySelangorStory 2010, Tourism Selangor dengan penuh keyakinan akan meneruskan MySelangor Story 2011. Pastinya ramai bloggers ternanti2 untuk turut serta, apa taknya, hadiah2 lumayan adalah tarikan utama, selain dari pendedahan dan pengalaman unik yang bakal ditimba sepanjang aktiviti MySelangorStory.

Rumah Buluh Betung Resort
 
Unik kan resort ni – pastinya pengalaman baru kalau dapat menginap di sini

Sejujurnya, saya mencemburui peserta-peserta MySelangor Story 2010 kerana dapat merasai cuti2 Selangor—segalanya ditaja, dapat hadiah lagi, dan paling istimewa, penglibatan secara langsung untuk sama-sama mempromosikan Selangor. Saya pun seakan2 ingin turut serta—mungkinkah ada peluang untuk saya agaknya pada sesi MySelangor Story 2011?

waterfall FRIM

 Selangor kaya dengan pelbagai pilihan tempat rekreasi semulajadi—air terjun @FRIM antara yang popular di kalangan pelancong tempatan mahupun pelancong asing

Apa lagi yang wajar dilakukan oleh Tourism Selangor yer untuk meningkat aktiviti promosi? Secara peribadi, selain wadah blog secara platform, tv adalah media yang terbukti berkesan; mengapa tidak Tourism Selangor mengambil satu slot atau pun sebuah rancangan khas (13 episod contohnya), program reality ala2 explorace gaya santai/sempoi sambil menonjolkan tempat-tempat menarik yang kurang mendapat promosi sekitar negeri Selangor –peserta-peserta di kalangan bloggers yang popular—RedMummy pastinya dalam senarai utama!!

Firefly Park Resort

Jom merasai pengalaman menyaksikan api2/kunang2 dlm jumlah ribuan –berkelipan seolah2 ‘i-city’ semula jadi ;) -- @Firefly Park Resort Kg Belimbing]

Saya yakin ramai bloggers (saya tidak terkecuali) ternanti-nanti kemunculan MySelangorStory 2011. Pihak Tourism Selangor mungkin boleh mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Nuffnang demi mengoptimumkan penglibatan para bloggers!! Anda teruja?? Ringan-ringankan jari runcing anda untuk ‘click2’ terus ke laman web Tourism Selangor juga My Selangor Story untuk perkembangan terkini!!

Entri ini adalah advertorial ehsan Eyriqazz.com, yang mana salah seorang finalist MySelangor Story 2010. Sekalung tahniah untuk Bro Eyriqazz kerana berjaya menggondol kategori blog paling interaktif!!

Apa pula kata anda pasal cuti-cuti Selangor?? Jom kongsi2!! Tak syoklah kalau simpan seorng apa jua info/idea cuti2 Selangor kan ;)

Tentang Penulis : Mama Zharfan, bakal bergelar Dr. apabila menamatkan PHDnya tak lama lagi. Satu keunikan yang sukar dicari,seorang bakal Dr. berblog dan mengexprestasikan diri dengan berblog. Sangat berbakat dalam menulis dan telah banyak memenangi "Blogging Contest". Semangat yang kental dan pandangan yang bernas/sentiasa ke hadapan di ketengahkan oleh Mama Zharfan. Fell free to visit her blog : Mama Zharfan

15 comments:

  1. Terkedu baca entry ni. Speechless.
    Banyak informasi. Macam ni ke sponsored post ? *diameter mata membulat sekali ganda*

    Bukan senang nak siapkan sponsored post ni kan. gulp! Tahniah MZ berjaya lakukannya.

    ReplyDelete
  2. memang teruja baca entri nie sesuai dengan tajuk MZ buat nie...dah banyak kali baca pasal myselangorstory..yup bak kata MZ dia bak terkena panahan cinta pandang pertama tapi saya jatuh cinta berkali2 dengan cerita2 dalam myselangorstory sebab dari situ baru saya tahu rupa2nya selangor menyimpan banyak tempat2 menarik untuk dilawati...

    memandangkan carian dalam google ker yahoo ker terhad, saya lebih senang rujuk info2 berkaitan tempat2 menarik dalam belog.

    dan sekalung tahniah saya ucapkan buat Mama Zharfan kerna penghasilan entri yang buat saya teruja nak membacanya...MZ memang berbakat dalam bidang penulisan..

    ReplyDelete
  3. mmg best bc post ni. congrats mama zharfan.... insya Allah lepas ni rezeki dgn nuffnang plak keee....

    ReplyDelete
  4. wahhh mama zharfan pula yang beraksi kat sini... penuh informasi!

    Kerana entry2 macam ni lah, ramai yang membuka mata, betapa banyak nya tempat2 menarik di selangor rupa2nya...

    ReplyDelete
  5. Sejak eyriqazz perkenalkan myselangorstory saya banyak gunakan sebagai panduan untuk berjalan2 disekitar selangor

    ReplyDelete
  6. #suffer8zine:kredit to mama zharfan yang carikan gambar2 itu

    ReplyDelete
  7. #Miza Yusof :yup...action speak for itself..it is not easy but Mama Zharfan buktikan dia mampu menghasilkan penulisan yang menepati citarasa...

    ReplyDelete
  8. #far_east:samalah saya..sebelum menyertai myselangorstory,tak sangka begitu banyak tempat di Selangor yang belum saya terokai..Air terjun, Homestay, dan pelbagai lagi..Cuti cuti Malaysia pun apa kurangnya?kos lebih murah + dekat pula....

    ReplyDelete
  9. #Syima Emi :yieza..She has what it take to be a good blogger

    ReplyDelete
  10. #sW33tdARLiNG :samalah saya..saya buatni pun untuk mempromosikan sama dan sebagai tanda penghargaan...

    ReplyDelete
  11. #Myvitrd:wah2,ye ke bro?tersentuh hati eden ni

    ReplyDelete
  12. thanks bro :) indebted to u. the experience, tips, guide are priceless. me nak copy to my blog yer entry ni. tq :)

    my maybank a/c still nombor yg sama :)

    ReplyDelete
  13. tahniah MZ. Tahniah jugak to GTO sbb bagi kesempatan pd blogger2 lain merasa advertorial nekan?

    ReplyDelete
  14. #Mama Zharfan:sama2..u ada potensi untuk menulis..teruskan...nanti weekend ni saya transferkan ya..

    #BABY(MAMA AMANA&ARIEF):umm..saya kasi untuk berkongsi pengalaman..mana tau suatu hari nanti ianya bakal menerjah..who know kan?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails