Kurangkan Gula Dalam Makanan, Lebihkan Manis Dalam Senyuman
Salah satu cabaran bagi ibubapa dalam membesarkan anak-anak adalah pemakanan untuk anak-anak. Yup, Makanan adalah satu faktor penting dalam pembesaran anak-anak yang sihat dan bijak. Sometimes, kita mengambil sikap acuh tak acuh dalam hal ini.
Kali ini, saya ingin menyentuh tentang pengambilan gula dalam membesarkan anak-anak. Berkongsi dari pengalaman dan pembacaan, jadi jika ada ingin ditambah, dialu-alukan supaya sayapun dapat belajar dari anda semua.
Perbezaan antara Gula Semulajadi ( Natural Sugars) dan Gula yang ditambah dalam makanan dan minuman (Added sugars)
Both natural sugar dan added sugar kalau diambil dalam kuantiti yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan. Risikonya lebih tinggi pada added sugar kerana kadar kandungan gula produk yang mengandungi added sugar kebiasaannya lebih tinggi jika dibandingkan dengan produk yang mengandungi natural sugar. Natural sugar biasanya terdapat di dalam makanan yang belum diproses seperti buah-buahan,sayur-sayuran dan madu.
Dalam era yang serba moden ini, anak-anak lebih terdedah dengan pemakanan yang mengandungi "added sugar" seperti makanan dalam tin, makanan ringan, kek, biskut,coklat, gula-gula, aiskrim dan pelbagai lagi. Pengambilan gula yang berlebihan (natural or added sugar) adalah tidak baik untuk anak-anak especially kesihatannya.
Pengambilan gula yang berlebihan (excessive sugar intake) boleh menyebabkan komplikasi/masalah kesihatan seperti kencing manis, obesiti, gigi rosak, dan pelbagai lagi. Yup, bukan setakat anak-anak, ibubapa pun sama. Yes, sayapun perlu mengubah lifestyle dan pemakanan . Kesibukan bekerja kadang-kadang membuatkan kita mengambil jalan mudah dalam memilih makanan. Fast food antara destinasi dituju . Well, better late than never untuk berubah ke arah kebaikan, kan?
Aiskrim, Salah satu Makanan yang mengandungi kandungan gula (added sugar) yang tinggi (sebab itu ianya pertama sekali keluar dlm ingredientnya)
Kadang-kadang, kita dah semak label, tapi tak nampak pun sugar as an ingredient.Sangkakan , Okla ni, takde gula, bagus-bagus, tapi sebenarnya tidak betul. Kita dikelirukan dengan ingredient itu. Kandungan gula boleh juga disemak dengan melihat :
Kandungan Karbohidrat/carbohydrates
Semaklah label. Jika ianya tidak dilabelkan sebagai gula/sugar, ianya dimasukkan sebagai Carbohydrate. Lagi tinggi carbohydrate= lagi tinggi kandungan added sugarnya.
Sekarang ini, banyak kempen yang dilancarkan berkenaan kurangkan pengambilan gula. COntohnya kempen yang dilancarkan oleh Pusat Maklumat Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama syarikat swasta dan NGO yang lain. Bolehla terjah entry ini [ Majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula 2010 ]
Saya menyokong sepenuhnya kempen sebegini kerana ianya memberikan kesedaran . Yup, saya perlu mengubah cara hidup saya. Perlu lebihkan bersenam dan kurangkan pengambilan makanan yang manis. Kempen sebegini banyak memberikan informasi dan kesedaran. Sometimes, we know about it tapi mengambil sikap sambalewa. Action is better than word, dan saya akan usahakan untuk mengotakan apa yang dikata. Wish me Luck...
Added Sugar Product..Contohnya Donut, Sedap tapi...
Yup, the temptation. Alisya pun memang gemarkan donut tapi kami kontrol. Sebulan sekali bolehla belikan donut untuknya. Selalu, memang kami tidak benarkan. Added sugar product sebegini bukan saja mengandungi kandungan gula yang tinggi, malah tidak bagus untuk kesihatan.
Yes, diakui pemakanan sebeginilah yang membuatkan berat badan saya bertambah + kurang bersenam juga. I don't want to make the same mistake as I did before. Lesson learn from myself mengambil makanan ''added sugar" ianya menggemukkan, stamina berkurang dan risiko kesihatan. Apapun, belum terlambat untuk berubah demi kesihatan yang lebih baik kan?
Yup, buah-buahan pun manis juga tapi tiada added sugar. Lebihkan buah-buahan untuk anak-anak namun kuantitinya perlu dijaga juga. Jadi the temptation for sugar intake dapat dikurangkan berbanding sekiranya menggalakkan produk yang mengandungi "added sugar". Natural sugar, kalau diambil secara berlebihan tetap akan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Tanamkan minat anak-anak memilih makanan yang tidak/kurang mengandungi added sugar dan seimbangkan ia mengikut piramid makanan.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kanak-kanak tidak suka dipaksa, namun jika kita pandai memainkan peranan, mereka akan mudah mengikutnya. Mereka banyak belajar dari ibubapa, dan kitalah yang perlu memainkan peranannya.
Berkongsi Pengalaman - Apa yang Saya Lakukan Bagi Mengelakkan Pengambilan Gula yang berlebihan buat Alisya/Anak (both natural&added sugar)
Inilah antara yang saya dan Isteri lakukan :
1) Check and balance. Tak salah mereka nak makan aiskrim, gula-gula ,etc..Namun biarla ianya terkawal. Lagi satu, kanak-kanak, the more we say NO, lagi teruja mereka mahukannya. So, lakukan ia bagaikan menarik rambut di dalam tepung, rambut ditarik, tepung tidak berselerak.
2) Galakkan anak minat untuk makan buah-buahan/No added sugar product. Alhamdulillah, sekarang ni antara buah yang Alisya gemari adalah Jagung, Mangga dan Betik. Namun, kuantitinya tetap kena dijaga. Berlebihan pun tak elok juga.
3) Grocery Shopping - Sebelum ada anak, kami kerap juga beli Minuman berkarbonat. Now, boleh dikatakan sebulan sekali pun agak susah untuk kami beli. Disamping itu makanan di dalam peti sejuk kami belikan yang kami rasakan bagus untuk kesihatannya seperti biskut, Susu dan pelbagai lagi. Makanan ringan etc masih ada, dalam kuantiti yang terkawal.
4) Menggalakkan anak untuk lebihkan minum air kosong jika dibandingkan dengan air yang manis seperti jus oren/kordial.
5) Mengutamakan makanan dan minuman yang dilabel "kurang gula" or "bebas gula"
Rasanya ketika dia kecil tidak begitu sukar mengawalnya. Namun, bila dah masuk zaman persekolahan, temptation lagi tinggi especially dari rakan-rakan dan faktor sekeliling. Kantin yang menyediakan salah satu faktornya. Umm, apa pandangan anda pula? Kongsi-kongsikan pengalaman anda mengawal pengambilan gula berlebihan untuk anak-anak. Boleh saya praktikkan juga nanti .
Kurangkan Gula Dalam Makanan, Lebihkan Manis Dalam Senyuman
Pemakanan dan Kesihatan anak-anak perlu dititikberatkan
Anak sihat dan ceria itu yang diidam-idamkan
Untuk kebaikan mereka di masa hadapan
P/s : Apa pula kata anda ? Pentingke kita mengawal/menghindari "excessive sugar intake" ini untuk anak-anak?
P/s/s : Apa pula yang anda lakukan bagi mengawal pengambilan gula berlebihan ini di kalangan anak-anak anda? Yes, young parent like us should learn more from experience people. I know a lot of pembaca blog ini adalah golongan ibu/bapa, jadi komen anda mungkin boleh saya praktikkan ke arah yang lebih positif demi masa depan anak-anak yang lebih cemerlang.
wah! Giler panjang punya entri. Eyriqazz kempen untuk apa ni?
ReplyDeleteTerbaru >Result SPM? Teringat Kenangan Dulu >Buffered Earning Pelik >Blogger Bertuah Dapat Berbual Dengan Lionel Messi
sentiasa berhati-hati dalam pemakanan sebab ada keturunan kencing manis/diabetes. Disebabkan sebelah bapa yang menghidap, so risiko anak perempuan dapat diabetes adalah tinggi..
ReplyDeleteyang penting, kurangkan makan berkarbohidrat seperti nasi dan mee dan lebihkan sayur-sayuran..
aku tak berapa minum minuman bergula, aku 1kg gula tu akan habis dlm masa 2 bulan. tu pun jamu tetamu.
ReplyDeletetp once in a while, aku akan beli coke vanilla, mmg terbaik.
perghhh donut mmg menyelerakan
pentinggg...paling utama, kita yg kawal.antaranya kurangkan makanan luar rumah.sebab taktau apa bahan2nya dan berapa byk gula,kalau kat rumah kita bleh control
ReplyDeletecumil je budak tu :P
ReplyDeleteTerkini : Panas!!!
Advertorial baru nih. Bestnya...nak juga..:)
ReplyDeletekalo anak memang dia tak tahu tawar ke aper kan tapi bila dah merasa makanan luar, dia rejek kalo kita masak tawar2..so, kena pandailah, buat puree buah ker, letak carrot,kismis,kurma ker kasi manis secara semulajadi gitu :)
ReplyDeleteGuli penting dalam makanan seharian.. tapi jika terlebih gula dalam badan..kita juga yg merana.. akibatnya kita akan dijangkiti dengan penyakit kencing manis.. yang mana lama kelamaan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan seterusnya menjadi buta..
ReplyDeleteBayangkan kerana terlebih gula macam2 penyakit kita boleh dapat.. Setuju dengan entri eyriqazz ni.. kurangkan GULA dalam makanan seharian
Anak saya yg kedua tu suka minum coke nw sebab banyak sgt minum coke kerap pengsan and low blood. dh besar nak marah pun bukan dengar.
ReplyDeletemmg susah nk cari makanan yg sedap, tapi kurang gula..
ReplyDeleteskrg ni, byk produk yg more sugar..tu yg obesiti bermaharajalela..
anak shaye mashih minum shushu lagi.. hik hik hik...
ReplyDeleteKorang sempat jumpa Moyang?
Didik anak2x untuk tidak minum minuman berkarbonat darikecil.... galakkan minum air buah sebagai ganti..... p/s : SAY NO to AIR GAS..... ;-)
ReplyDeletepenting makan buah-buahan tapi susah juga nak suruh anak2 makan ni
ReplyDeleteminum airmasak banyak2 tu memang selalu MDT ingatkan pada anak2..
ReplyDeletelepas tu selalu gak terangkan pada mereka tentang bahaya ambik gula berlebihan..bg contoh penyakit diabetes tu..bukan nak takutkan mereka cuma nak bg pengajaran jer..:D
rasa gerun dan kesian tengok budak umur 9 thn yg kurus kering duduk dlm ICU sebab diabetes..
Moral of the story go for the Healthier lifestyle..gud one bro
ReplyDeletesalam..wah berkempen ke?nice blog
ReplyDeleteanyway nak tahu tak apa panggilan hangit yg saya dapat?
salam singgah ke blog saya..
TQ
#phreak-id :kempen kesedaran kurangkan gula dalam makanan especially untuk anak-anak dan juga diri sendiri....better late than neverkan?
ReplyDelete# Kancilbiru:setuju nizaa..ayah saya meninggal pun salah satu puncanya komplikasi kencing manis dan penyakit yang lain...semoga belum terlambat bagi diri sendiri utk mengubah lifestyle..
ReplyDelete#Matjoe:no wonder badan bro masih segak bergaya...ada rahsia rupanya..hik3..donut oh donut..
ReplyDelete#amirah :yup..setuju....bila both of us bekerja,memang susah nak masak..kena lebih berhati2 dlm memilih tempat makan selepas ini...
ReplyDelete#suffer8zine :budak tu anak saya..thanks..
ReplyDelete#azzey:fuh,fuh...
ReplyDelete#e.l.i.s.s.m.i.e :yup..kenala control dan pandai memujuk mereka juga...seimbangkan ia....tak gitu auntie eliss?
ReplyDelete#Myvitrd :setuju dengan komen bro..eden pun terlebih makan gula bertahun2 ni..kena ubah lifestyle..kena rajin2kan diri bersenam..umm..selalu saja bertangguh...
ReplyDelete#hana AR :oh ye ke?maybe we can learn more from ur experience...share2kanla di blog ya...
ReplyDelete#Adyshariz :setuju..syarikat makanan dan hospital swasta juga yang untung kan?
ReplyDelete#KiD :nanti dia bakal membesar juga bro..tapi badan bro slim nampak..tentu pemakanan dijaga kan?
ReplyDelete#hazman aka species1980:setuju bro..ehh,ayat bro ni memang dah layak kahwin ni bro..umm,bila nak pi hantar rombongan meminang lisa surihani bro?eden nak ikut...
ReplyDelete#Sharinginfoz :hik3..betul tu bro..easy said than done kan?
ReplyDelete#makdara TERdiva:yup,ada rakan isteri anak baru 2-3 tahun dah ada kencing manis..umm,bertuah anak2 ada mak yang prihatin macam MDT ni..
ReplyDelete#JAI :yieza..jgn asyik pi kelab dangdut je bro..hak3..
ReplyDelete# madammondoq:thanks singgah..
ReplyDeleteMemang gula itu penting dalam hidup kita.Cuma kita perlu pandai dalam mengaal pengambilan gula.Contohnya,hari ini kita minum segelas air yang manis semasa makan tengahari.Mungkin malam nanti kita boleh meminum air suam/kosong sahaja.
ReplyDeleteApa-apapun,kurangkan pengambilan gula.Kalau boleh,gantikan gula dengan stivia or whatsoever.Heheh.
budak2 zaman sekarang memang mudah terdedah dengan pengambilan gula dari coklat, minuman bergas.
ReplyDeletesaya sendiri pun sama. tapi kami memang sedang mengurangkannya memandangkan keturunan kami ada penyakit kencing manis.
kami mengajar anak2 lebihkan makan buah2an, yogurt buah2an, coklat sekali sekala, gantikan minuman bergas dengan minuman yogurt, chocolate drinks, susu, soya bean less sugar.
kena didik anak dari kecil. walaupun masa kecil mereka kurang makan benda2 manis, gigi anak2 saya cepat rosak.
ibubapa kena main peranan penting dalam hal ini.
me bookmark dulu entry ni..nak kena baca and fokus hheh sbb panjang kan.. now tgh dok buat report psl my viva ari tu...me lg 2 minggu nak balik msia tau..kirim salam kat ur wife :)
ReplyDeleteyup memang gula kurang baik untuk kesihatan, namun tak cukup gula tak boleh juga, dengan itu pengambilan gula adalah perlu tetapi dalam kadar yang terkawal dan perlu sahaja.
ReplyDeleteAnak2 memanglah dari kecil elok di ajar untuk tidak makan atau minum yang terlalu manis, andai dah biasa dari kecil dan faham dengan cara hidup kita dah besar nanti tentu pandai bawa diri.
Anak2 juga harus diingatkan manis itu tidak elok untuk gigi kerana gigi boleh cepat rosak dan elok juga kalau kita takutkan mereka dengan menunjukkan cerita pasal pesakit diabetes yang kena potong kaki dan sebagainya... boleh juga meninggalkan kesan kepada emosi, tetapi jangan sampai buat cerita yang bukan2 pula...
tq.
gula dalam buat pisang adalah tertinggi compare to buah lain. so sebiji sehari je boleh ok bro. dan better time pagi. hehe.
ReplyDeleteGodd info beb..TQ :-)
ReplyDeletesaya belum berpeluang lagi menjadi ayah.
ReplyDeletesebenatnya terpulang pada diri kita sendiri bagaimana mahu menjalani kehidupan yang lebih sihat. kalau rasa-rasa nak mati cepat, silakan makanlah makanan yang berkalori tinggi, tinggi kadar gula dan garamnya. Kalau rasa-rasanya nak hidup lebih lama lagi, kawal-kawallah pegambilan makanan...
Anak2 mcm mesin photostate, copy apa yg parents buat/amalkan. Anak-anak yang 'mengambil' terlalu banyak gula akan jadi hyperaktif & sukar nak dikawal.
ReplyDeletePendekatan kami, cara nak kawal pengambilan gula anak2 adalah bermula dari kami. So, dlm list shopping -no carbonate drink, more fruits, no gula2, very rare beli aiskrim & boleh kata all the time almost takde jajan.bunyi macam kejam..tp kami buat sebab sayang anak. Disebabkan dah dibiasakan macam tu anak2 pun tak berapa reti makan jajan. Bila balik kg, sepupu2 bagi jajan dia org makan sket-sket jer.
Saya ada terbaca, bila nak beli barang makanan/minuman dalam tin/botol tengok ingredientsnya..kalo first sekali gula,maka gula adalah bahan utama..banyak la tu..huhu
#haiqal :setuju bro..tuhla,kadang2 temptation tu sukar ditolak..especially kalau dah selalu sangat dihidangkan dengan minuman dan makanan yang manis2
ReplyDelete#Fadzillah Kamarudin:thAnks for sharing it..boleh saya praktikkan juga...no pain, no gain kan?
ReplyDelete#Mama Zharfan:gud luck mama zharfan n thanks for regard..no worries..my wife selalu baca blog saya ni dan mama zharfan..silent reader
ReplyDelete#yangbaik:thanks sudi berkongsi pengalaman...yup..kena pandai dalam mendidik dan memujuk mereka kan?
ReplyDelete#diana :ohh,apa rahsianya ya?boleh kongsikan?
ReplyDelete# YobSumo:ohh,yeker bro?thanks for sharing it bro...
ReplyDelete#nUR_rOsALiNdA:sama2..thanks juga
ReplyDelete#SyuQ:dushh..terkena kat batang hidung..tuhla,yang memudaratkan mostly sedap,yang berkhasiat,mostly kurang sedap..ummm...
ReplyDelete#MamaYatie :thanks atas perkongsian...yup..betultu..kalau main ingredientnya mula2 kuar gula,mmg kandungan gula agak tinggi...
ReplyDelete