April 18, 2011

Pengalaman Bersama Air Asia

“Now Everyone Can Fly”, itulah matlamat dan fokus syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia yang kini sudah menawarkan penerbangan sehingga ke 20 buah negara, selain dari melakukan penerbangan domestik.

Kelebihan AirAsia

Pada pendapat saya, AirAsia telah pun diterima baik oleh orang ramai. Buktinya, barisan di kaunter AirAsia untuk load luggage memang panjang, jika nak dibandingkan dengan kaunter syarikat penerbangan lain.
Sudah semestinya kelebihan paling ketara yang dimiliki oleh AirAsia berbanding dengan pesaingnya ialah harga. Bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menaiki kapal terbang sejajar dengan matlamat syarikat,  AirAsia menawarkan harga yang murah. Walaupun telah menawarkan harga yand sedia murah, AirAsia tetap mengadakan promosi dan menawarkan pakej-pakej yang menarik dari semasa ke semasa. Ini sudah semestinya menjadi faktor tarikan yang utama.
Secara peribadinya, saya telah menggunakan khidmat AirAsia ke 3 destinasi, iaitu Beijing, Pulau Pinang dan Tawau. Penerbangan pertama  ke Beijing, perjalanan dirasakan sungguh lama. Maklumlah, 6 jam perjalanan. Selepas 3 jam, duduk pun dah mula jadi serba tak kena. Seat AirAsia agak kecil, membuatkan saya dan para penumpang lain berasa sempit dan tidak selesa. Malah, saya terdengar orang sebelah menyebut perkataan ini “sempitlah”. Huhu..memang pun seat tu muat-muat untuk punggung ni je. Tak bebas nak bergerak-gerak. Duduk lama-lama, mahunya kebas punggung ni. Seat pulak taklah empuk.
dari Beijing, kami satu kumpulan rombongan mendapat seat dibahagian tengah. Flight pukul 2 petang, tapi kami dah diberi makan lunch pada pukul 11 pagi lagi oleh syarikat pelancongan. Flight pula ditunda. Jadi lambat sikit kami bertolak balik. Perut pun dah mula berkeroncong. Malangnya, setibanya pramugari di tempat duduk kami, makanan dah ‘sold out’, hanya tinggal coklat dan minuman je. Aduh! 6 jam perjalanan dan kami terpaksa berlapar?. Oh! tidak.
Penerbangan kedua, saya ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Setibanya di Airport Pulau Pinang, saya terperanjat melihat tempat lock beg dah kopak. Huhu...Saya tahu memang diorang campak-campak semua beg, mungkin beg saya ni terhentak dengan benda keras. Nasib baik ada beli insuran ketika booking tiket. Jadi, dapatlah juga pampasan.


Kekurangan AirAsia dan cadangan untuk AirAsia

Seperti yang saya nyatakan di atas, itulah dia beberapa kekurangan AirAsia yang saya sendiri rasai. Mungkin AirAsia perlu sediakan makanan lebih sedikit untuk penerbangan antarabangsa. Mengenai seat tu, saya fahamlah, berpadanan dengan harga yang ditawarkan. Mengenai kerosakan pada luggage tu, mungkin pekerja yang bertugas perlu lebih cermat semasa mengendalikan luggage.

Begitulah pengalaman dan pandangan peribadi saya. Pandangan anda pula bagaimana?. Anda juga boleh kongsikan pengalaman anda bersama AirAsia diruangan komen.

Tentang Penulis : Sya Isya, seorang blogger yang banyak berkongsi tentang isu-isu semasa dan begitu rajin join Contest Online. Hidup Adalah Anugerah, tagline begitu menarik sekali. Sukakan entry ini, sebagai tanda sokongan jom terjahi blognya : http://bit.ly/fRpJEU

17 comments:

  1. tak penah guna lagi air asia...tapi dgr feedback macam tak best pulak tue tak berani guna..

    ReplyDelete
  2. baru dua kali pergi dengan air asia sebab selalunya naik mas...pengalaman pertama naik pergi ke penang...terasa agak lama...masa departure n landing dia terlalu mengejut....tak berapa smooth macam mas...bila dah kali kedua guna, mungkin rasa macam biasa...but still keselesaannya masih tak dapat menandingi mas....tapi harga yang murah menjadi pilihan utama....

    bulan may ni bakal terbang ke kl, penerbangan ditaja oleh air asia...first time nak turun kat lcct, selalu kat klia...



    New Entry: SHOPHOUSES + STADIUM + PREDUENTIAL = PENING

    ReplyDelete
  3. Su kerap guna ke sabah(kg husband)Setakat ni ok sebab kitorang booking tiket pastu bayar lebih untuk makan dan juga seat.Sekarang tempah seat dah kena bayar..yg depan mahal sikitla.Kalu taknak tambah duit terpaksalah duduk belakang.Masa ke langkawi pun ok tapi rasanya kalau org badan agak besar..memang kesian naik air asia sebab masalah seat kecil.Macam su masalah lenguhla sebab tinggi..so kaki tu memang sempit.Kalau org depan turunkan seat..rasa macam nak maki2 je.Pasni rasanya nak naik mas..selesa sikit :)

    ReplyDelete
  4. ok..dulu selalu guna dari labuan ke kl,kl ke labuan.memang berbaloi...

    ReplyDelete
  5. saya belum pernah ada pengalaman mana2 lagi..mas or air asia...

    ReplyDelete
  6. Airasia memang best 2 kali terbang dgn airasia.. first Kota Kinabalu dan ke-2 ke bali.. berbaloi2

    ReplyDelete
  7. pernah guna sekali je air asia....tapi dekat je....KL ke KT...malah lagi jimat naik air asia dari sy drive kereta sendiri...

    yg lain2 guna MAS...tapi MAS pun takde la selesa sgt tuk kelas ekonomi...so kalo perjalanan jauh dlm 6 jam tu agak lesu jugak la jadinye....

    masa mula2 naik AIR ASIA...terasa mcm naik bas je....tapi bagus jugak harga ditawarkan sesuai dgn ekonomi sederhana bagi penduduk malaysia ni...

    ReplyDelete
  8. air asia X camner bro? ok tak?

    ReplyDelete
  9. DD pun pengguna setia AirAsia...so far ini je yg termampu...janji boleh fly merata tempat tengok negara org...

    Klau trip reramai tu lagi mudah naik Air Asia (coz masing2 kan x der budget besar sangat)...so very economical la...

    Kalau trip nak gi berdating berdua tuh, naik la yg best skit...baru feel kan2...

    ReplyDelete
  10. Bagi kawe ok jah,,,
    mungkin pasal kawe ni jenis asal orang kampung dan baru sekali jer naik Mas,,,
    Kawe kenal AirAsia sejak tahun 2009 dan trus guna AirAsia...
    Start dgn jakarta, kk, kuching, langkawi, bandung, bali, gold coast, penang, alor setar dan paling baru Korea.
    Dengan airasia, budget tiket seorang utk naik Flight lain,
    Kawe bleh guna untuk 4 orang, satu family kawe,,,
    Bukan kah itu berbaloi2

    Dari segi duduk xda masalah,
    Pasal selalunya ada seat kosong,
    Tidak pun, kena pakai Comfort kit dlm flight baru la tak terasa penat ;)

    ReplyDelete
  11. baru sekali naik AirAsia. Pergi Bandung. Kira ok la

    ReplyDelete
  12. Nak buat camner perjalanan jauh ke Beijing. Saya naik MAS pergi Los Angeles, duduk 18 jam seat ekonomi class.

    Walaupun terdengar penumpang komplen pasal Airasia dari segi perkhidmatan, kita kena akur dgn tambang yg murah yg mereka berikan. Bayangkan tiba-tiba Airasia gulung tikar, masih mampukah kita terbang dgn syarikat penerbangan yg tambangnya berkali ganda tinggi.

    ReplyDelete
  13. Pernah 2 kali la naik AirAsia...Ok la!!~ Berbaloi perkhidmatan dengan harga dia...Nak banding ng FireFly..Air Asia lagi murah kot..

    ReplyDelete
  14. me pernah naik mas (economy) dari kl ke miri dan balik tu guna air asia (dari miri-kl)..perasaan masa tu lebey kurang sama je macam mas, selesa aje..heheh, malah mungkin lebih selesa sebab seat air asia macam baru lagi kot + cam leather..heheh..

    Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

    Jom skodeng :Belog Kami : Notre Belle Histoire

    ReplyDelete
  15. Aha....saya x kisah pun naik AA. Da itu je yg termampu kan. Nak lebih2 g la naik yg ok..:)

    ReplyDelete
  16. malaysia airlines selesa bila perjalanan jauh...boleh tdo n rehat ngn selesa...die nyer FA pon peramah

    http://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/jalan-jalan-beijing-disember-2009.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails