April 28, 2011

Pengalamanku Terbang Bersama Malaysia Airlines

Siapa tak kenal dengan Malaysia Airlines atau lebih dikenali dengan MAS?


Malaysia Airlines merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terulung di Malaysia malah terkenal di merata dunia. Ianya mula bertapak di sekitar tahun 70-an dengan memulakan 34 penerbangan ke destinasi domestik dan 6 destinasi antarabangsa. Dan berpengkalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang sebelum berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hingga ke hari ini.

Pada tahun 1986, MAS memulakan servis untuk sektor Los Angeles, Amerika Syarikat. Manakala pada akhir tahun 1986, MAS menukar indentitinya kepada Malaysia Airline atau Penerbangan Malaysia. Bermula dari sini, Penerbangan Malaysia berkembang dan kini terbang ke 100 destinasi di seluruh dunia dan menggunakan pesawat-pesawat termoden di dunia. Penerbangan Malaysia juga dipilih untuk sebagai sepuluh penerbangan terbaik dunia dan dianugerahkan sebagai penerbangan lima bintang oleh Skytrax.
Indah Sungguh Pemandangan Dari Udara Ini

Satu ketika dulu, saya merupakan pengguna tetap kepada MAS. Boleh di katakan dalam sebulan hampir 4-5 kali saya akan terbang di seluruh pelusuk tanahair demi tuntutan kerja. Yang menghendaki saya memastikan segala perjalanan projek harus di pantau dari semasa ke semasa. Saya pernah merasai penerbangan seawal 7pagi dan juga hingga ke penerbangan malam yang terakhir sekali. Jadual penerbangannya sangat lancar dan tepat seperti yang telah di tetapkan jarang timbul masalah kelewatan.
Sarapan Pagi Semasa Penerbangan ke Bintulu.

Semasa dalam penerbangan para petugas sedaya upaya melayan setiap penumpang dengan begitu baik sekali. Segala keperluan semuanya dipenuhi. Bukan hendak memuji tetapi itulah hakikatnya. Penerbangan yang selalu saya ambil selalunya memakan masa selama 2 jam ini dan saya di hidangkan dengan pilihan menu yang menyelerakan. Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan MAS ini saya perhatikan kualiti makanan yang amat sedar dan saya amat berpuas hati. Saya juga boleh membeli belah di dalam pesawat dengan menggunakan in-flight temptation iaitu membeli belah dengan menggunakan katalog yang telah disedia kan.
Semasa menunggu penerbangan ke Kuala Terengganu

Pernah sekali dulu, saya hampir ketinggalan dalam penerbangan balik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur tetapi dengan bantuan pihak khidmat pelanggan MAS, saya berjaya juga menaiki penerbangan tersebut walaupun pintu pelepasan sudah ditutup pada waktu itu.
Kesian Kepada Mereka Terkandas Ini

Sepanjang saya menggunakan perkhidmatan MAS ini, saya jarang menghadapi masalah seperti rakan-rakan saya yang lain. Ada seorang rakan saya ini dalam perjalanan pulang dari Bintulu ke Kuala Lumpur. Dia terpaksa bertukar sebanyak 3 kali untuk mendaftar masuk (check-in) pesawat. Ini kerana pada ketika itu pihak pengurusan kaunter mengalami masalah teknikal yang tidak dapat di elakkan.

Cadangan saya untuk memantapkan lagi perkhidmatan MAS ini,

Kekerapan Destinasi Penerbangan


1. pihak MAS dapatlah kiranya memperbanyakan kekerapan destinasi penerbangan supaya dapat memudahkan rakyat Malaysia membuat pilihan penerbangan yang bersesuaian dengan kehendak mereka

2.Memberikan Cenderahati


Seperti yang kita tahu bukan mudah untuk menurunkan harga tambang sesuatu destinasi kerana ianya mesti mengambil kira segala jenis aspek tetapi sekiranya pihak MAS dapat memberikan sesuatu in-return seperti cenderahati kecil sebagai tanda terima kasih dan sokongan, saya rasa ramai yang akan memilih untuk terbang bersama MAS.

3. Lebihkan Muatan Barang-Barang


Sekarang ini yang kita tahu pelepasan muatan barang persendirian untuk seorang penumpang cuma 20kg. Jika lebih penumpang di kehendaki membayar harga lebihan muatan mengikut kilogram yang telah di tetapkan. Jadi dengan menambahkan kadar muatan hingga ke 30kg bagi seseorang penumpang saya rasa isu harga tiket mahal tidak menjadi soal bagi kami rakyat Malaysia ini.

4. Voucher Makanan Dengan HargaYang Berpatutan


Saya rasa sistem voucher makanan diberikan ketika penerbangan tergendala memang amat bagus sekali. Tetapi cuma bayangkan jika saya terkandas lebih 6 jam di lapangan terbang, adakah berbaloi voucher makanan bernilai kurang dari RM20.

Credit picture to chefmel.blogspot.com
Bagi saya pula dengan terbang bersama MAS masih lagi menjadi pilihan rakyat di Malaysia walaupun terdapat pelbagai penerbangan tambang murah yang menawarkan pakej yang menarik. Ianya kerana kredibiliti yang di tonjol kan oleh MAS masih lagi menambat hati rakyat Malaysia. Sesuai dengan moto yang yang pihak MAS war-warkan iaitu MH- Malaysian Hospitality.

Tentang Penulis :CikLilyPutih, happy go lucky blogger yang suka join event, menganyam ketupat, dan juga membakar lemang beramai-ramai. Walaupun muka nampak sedikit garang, orangnya memang ceria dan seronok diajak berbual. Jom terjah blognya ramai-ramai  http://bit.ly/euiAkz

8 comments:

  1. pernah naik MAS, surprise befday present 3 thn lepas :)

    harap dapat naik lagi lepas ni..

    ReplyDelete
  2. rindunya nak naik MAS..lagi2 kalau naik free....terasa nak kembali masa belajar dulu...hehehe



    New Entry: [Week1] RM100 percuma

    ReplyDelete
  3. cik eyriqazz sgt bertuah sbb pernah naik kapal terbang nak dibandingkan orang lain

    tiket penerbangan sgt mahal. cadangan pasal memberi cenderahati tu salah satu tarikan yang membuatkan orang memilih MAS :)

    ReplyDelete
  4. Untungnya bro banyak kali pernah menaiki kapal terbang.Saya ni tak pernah lagi.Tapi kadang-kadang tu takut juga kalau-kalau berlakuk hal-hal yang tidak diingini.

    ReplyDelete
  5. teringin nak naik mas...tapi bila check ticket, terpaksa menyimpan dulu hasrat...agak2 kaya nanti boleh lah naik mas...=D

    walaupun servis air asia...cam sometimes mampu menyakitkan hati, tapi ramai gak org naik sebab MURAH...ops..dan dan pomote air asia =p

    ReplyDelete
  6. best naik MAS..nak nak kalau naik airbus.Special sikit.. :)

    Jom baca ni: WD 40 Ubat bunyi twisties bingit..

    ReplyDelete
  7. penah naik ke langkawi, sabah, johor.. bangkok.. ada rezeki nak naik lagi.. bila nak naik g mekah??mmm.. tak sabar rasanya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi