May 4, 2011

Harga Minyak @Petrol RON97 Naik Lagi |Semakin Besar Jurang antara yang Kaya dan.....

Harga Minyak @Petrol RON97 Naik Lagi (RM2.90: 5 Mei 2011)


Thanks to SharingInfoz, baruje pulang dari MyMydin, tak sempat nak isi minyak, tup-tup dengar berita besok harga minyak naik lagi? Tahun ini saja sudah lebih 3 kali harga minyak/petrol naik. Umm, saya pengguna Ron 97, bukan kerana kaya, tapi kerana saya pentingkan kualiti. Semakin banyakla perbelanjaan untuk kereta ini. Nasib baik tempat kerja Isteri tak jauh, takdelah terasa mana. Umm, asyik naik sahaja, katanya "ekonomi semakin bagus'' namun kenapa asyik naik aja.

Ohh, Semakin Jauh jurang antara yang kaya dan sederhana/miskin

Harga Minyak/Ron 97 naik lagi 5 May 2011, esok hari
Semakin hari hidup semakin dibebani
Mencari sesuap nasi mencari rezeki
Jurang yang kaya dan sederhana/miskin semakin jauh kini

Politician sibuk bergaduh nak buktikan video seks terlampau sana dan sini
Nasib rakyat siapa mahu ambil peduli
Oh, Malaysia Boleh Sudah semesti
Apapun Boleh terjadi, kalau buat filem tentu "Box Office'' ni

Harga Minyak/Petrol naik bukan isu semasa di mata "Politician" lagi
Pejamkan mata, pekakkan telinga , bising sekejap esok2 senyap la tu itu mungkin "mereka" fikirkan kini
Negara Pengeluar Minyak, ada bezakah itu dan ini?
Semua mahu naik, jangan sampai nanti rakyat pula memberontak suatu hari nanti
Masa itu, Sesal kemudian tidak berguna lagi....

Ohh,Harga Minyak tetap akan dinaikkan lagi
Masa akan menentukan, just wait and See

P/s : Ron 95, betulkah berkualiti? Mesti ada udang di sebalik Mee kenapa ianya tidak dinaikkan, cubalah selidiki...

10 comments:

  1. makin ramailah yang naik minyak..

    ReplyDelete
  2. adeh makin teruk rasanya sekarang ni :)

    ReplyDelete
  3. lps minyak naik, brg2 lain mulalah nak naik. lps brg naik, darah kita pun naik jd darah tinggi. huk huk

    ReplyDelete
  4. hairan, osama mati, harga minyak dunia turun. tp malaysia ni tetiba naik pulak. pilihanraya dh nk dkt dah ni

    ReplyDelete
  5. harga barang naik tapi gaji masih ditakuk lama....nasib nasib..

    ReplyDelete
  6. ini memang sudah dijangka ketika sebelum pilihanraya di Sarawak baru-baru ni, kesian kita rakyat yang hanya mampu menerima aja sebarang kenaikan harga barang..

    ReplyDelete
  7. tak mustahil kot nanti kat KL ramai naik basikal nanti macam jepun... :)

    ReplyDelete
  8. eh datuk you dua ni kembar ke hehehhe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails