May 23, 2011

Tourism Malaysia dan Kesannya ke atas Tourism di Malaysia

Salam semua..

Anda semua suka tak melancong? Tipu lah kan kalau ada orang kata ‘saya suka duduk rumah saja’ sebab setiap kali saya keluar tengok betapa ramainya orang yang tak duduk di rumah sahaja. Sementelah Malaysia sendiri ada tempat2 yang menarik untuk dilawati kan?
Secara kebetulan, saya sekeluarga nak bercuti ke Terengganu. Bila saya semak kat pak cik google pasal pusat pelancongan di Malaysia, saya terjumpa sebuah web TOURISM MALAYSIA yang ada semua maklumat lengkap sebagai panduan untuk bercuti.

Sedikit info pasal TOURISM MALAYSIA ini merupakan sebuah web di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia yang diterajui oleh Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen. Malah TOURISM MALAYSIA pernah memenangi anugerah atas kecemerlangannya selama 2 tahun berturut2.


Bila saya klik pada menu Tourism Malaysia, saya dibawa ke sebuah web yang amat2 berguna sebagai panduan perjalanan. Disebabkan saya nak ke Terengganu maka saya cuba cari segala maklumat berkaitan Terengganu. Alhamdulillah pencarian saya berhasil bila saya diberikan senarai tempat2 menarik sekitar Terengganu seperti Istana Maziah, Tasik Kenyir, Pasar Payang, Rantau Abang dan banyak lagi tempat2 yang ada yang mana anda boleh tengok sendiri kat gambar di bawah ini.


Sebut Terengganu mesti teringat keropok lekor dia kan?
Yang best tue bila anda klik nama2 tempat tue segala maklumat tentang tempat tue diberi. Kiranya MACAM-MACAM ADA lah (tiru konsep ASTRO jap hehe…).

Bagi yang gemar ke pulau, pastinya Pulau Redang menjadi destinasi pilihan macam saya nie. Akibat terpengaruh dengan keindahan Pulau Redang seperti saya tengok dalam rancangan 3 hari 2 malam kat TV9, buatkan saya teringin nak ke sana untuk tengok matahari terbenam.

Namun, kata orang setiap kelebihan pasti terselit sedikit kekurangan tetapi bagi TOURISM MALAYSIA tidaklah terlalu ketara kekurangan itu Cuma terdapat sedikit kelemahan yang saya rasa masih boleh diperbaiki supaya TOURISM MALAYSIA boleh diangkat sebagai salah satu kaedah untuk memajukan industri pelancongan Malaysia terutamanya kepada pelancong luar Negara amnya dan pelancong dalam negeri khususnya. Setelah saya menyelusuri hampir keseluruhan web ini, ada beberapa perkara yang boleh saya cadangkan untuk TOURISM MALAYSIA memajukan industri pelancongan Malaysia ke serata dunia. Antaranya ialah :

i. Membina imej – kegiatan-kegiatan seperti publisiti dan perhubungan awam dapat menampilkan imej positif firma dan juga produk di mata masyarakat. Contohnya, TOURISM MALAYSIA boleh mengambil pendekatan menaja rancangan atau program di televisyen dan radio supaya pengguna sedar akan kewujudan web ini.

ii. Penyampaian mesej yang lebih berkesan (gaya tarikan terhadap produk) – maklumat yang dipaparkan dalam web agak kurang mesra pengguna. Jika pembaca nak dapatkan maklumat lebih lanjut, pengguna perlu scroll hingga ke bawah untuk melihatnya yang adakalanya boleh membuatkan pengguna terlepas pandang sesuatu maklumat. Jadi disarankan maklumat itu diletakkan dalam keadaan menegak sebab saya lihat masih ada ruang kosong di sebelah kiri web.

iii. Dwi bahasa – ketika mula-mula membuka web ini, saya dapati maklumat yang dipaparkan ialah di dalam Bahasa Inggeris. Saya tercari-cari juga menu pilihan bahasa tapi tiada. Sepatutnya maklumat perlu dibuat dalam dwi bahasa kerana web ini juga dikunjungi warga Malaysia sendiri.

Secara jujurnya dari perspektif pandangan peribadi, saya rasa TOURISM MALAYSIA berjaya mempromosikan Malaysia ke seluruh dunia. Keputusan melahirkan sebuah portal web mengenai TOURISM MALAYSIA bagi saya adalah satu langkah yang tepat untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia.


Menggunakan kaedah pemasaran langsung iaitu pemasaran atas talian memudahkan sesiapa sahaja melayari Internet untuk mendapatkan maklumat dengan cara mudah, menjimatkan masa dan kos serta boleh didapati walaupun ketika musim panas, sejuk atau tengkujuh yang dapat menstabilkan promosi. Selain itu, pengguna juga dapat buat perbandingan mengenai harga dan perkhidmatan yang ditawarkan secara terus.

Web ini bukan sahaja sesuai digunakan oleh pelancong dalaman tetapi juga untuk rujukan pelancong luar Negara kerna selain maklumat disediakan dalam Bahasa Inggeris, terdapat juga brosur mengenai destinasi pelancongan ini dalam versi pelbagai bahasa seperti Thailand, Japanese, Italian, Germany dan Indonesia.



Jadi kepada anda yang suka bercuti2 di luar Negara, apa kata cuba bercuti-cuti Malaysia pulak. Sokonglah industri pelancongan Malaysia kerna jika buka anda rakyat Malaysia sendiri, siapa lagi nak kenalkan Malaysia ke serata dunia. Jom kita melancong…

Tentang Penulis : Far East, seorang blogger baru yang semakin menampakkan kematangan dalam menulis. Berkongsi informasi, pengalaman peribadi dan apa saja yang terlintas di hati. Like this entry, sama-samalah terjahi pemilik blog ini, banyak entry menarik di sana sedia menanti : http://slumberzgurll.blogspot.com/

6 comments:

  1. thanks bro sebab bagi peluang kat saya hasilkan entri untuk belog GTO... ;)

    ReplyDelete
  2. ~yeap~
    site Tourism Malaysia mmg informative
    sangat2 helpful utk kita dapatkan info...
    (^-^)


    www.izzlatif.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. bile la nk cuti2 malaysia ni..byk upanye tempat menarik kt malaysia yg blom dlawati..hope berpeluang

    ReplyDelete
  4. i love cuti2 msia :) very informative entry. congrats to the writer :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails