June 27, 2011

Pandangan Saya | Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak


Pelbagai reaksi dan komen diterima dari entri saya sebelum ini yang bertajuk Shocking|Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak . Yup, ada yang percaya ,ada yang tidak, ada yang setuju, ada yang kurang setuju dan pelbagai lagi. Termasukla Isteri saya sendiri.

Some Question from her :

1) Betulke kandungan gula berlebihan dalam susu yang Alisya guna sekarang?
2) Kawan sayang cakap " Ok je Abang kandungan gula dalam susu alisya ni"
3) Dalam Internet, pelbagai informasi dan maklumat yang sedikit bercanggah dari entry abang tu berkenaan Kandungan Gula dalam Susu Tepung untuk anak-anak...Confius la Abang, mana satu yang betul ni? 

Umm, pening juga saya untuk menjawabnya kepada Isteri sendiri. Surfing around, asking people dan gunakan Internet sebagai salah satu sumber informasi, inilah antara pandangan/pengalaman peribadi yang ingin saya kongsi :

Saya mencuba sendiri Susu Alisya. Honestly, saya akui sedikit manis dan Alisya agak aktif juga 
( Terjawab Soalan 1 isteri,kandungan gula yang berlebihan boleh menyebabkan anak-anak hyperaktif)

Soalan 2 : Sayang, tidak semua kata rakan-rakan itu betul. Kita kena cari informasi dan sahkan juga informasi itu. 

Soalan 3 :Well, pandangan saya, tepuk dada, tanya selera. Kita berhak mempercayai dan memilih apa yang kita rasakan benar tapi make sure ianya dari sumber yang boleh dipercayai dan dilengkapkan dengan bukti dan sumber rujukan yang "terkini" dan mendapat pengesahan especially daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Ini antara jawapan yang saya temui dari pengalaman dan pembacaan saya sendiri :

1) Kisah Si Gula

Apa jua nama yang digunakan i.e. natural sugars, added sugars, corn syrups solids,glucose syrups solids, sucrose all of them adalah gula dan semakin tinggi penggunaannya, semakin tidak elok untuk kesihatan anak-anak.

2) Cubalah rasa sendiri Susu anak-anak anda. Adakah manis or OK? How about their behaviour? 

3) Semak Kandungan Gula untuk Susu Anak Anda. Semak di label "Karbohidrat untuk setiap hidangan" . Cam kes anak saya, 24g. Paras normal adalah 11-12g, so disini setiap hidangan sudah terlebih lebih kurang 13 g added sugar.

*Under Malaysia labelling act for Children Growing Milk, Carbohidrat on the label contains only sugars level (either naturally present or added into it)

4) Pilihla Susu Yang Terbaik Untuk Anak-anak. Well, semuanya bermula dari kita. Tepuk dada, tanya selera. Ourself, masih dalam proses ke arah itu. Yerla, perubahan susu bagi anak-anak tidak boleh dilakukan dengan drastik. Sikit-sikit dan serasikan ia.

5)Jika masih belum berpuas hati, keliru, ataupun tertanya-tanya, langkah terbaik, bertanyalah kepada Doktor ataupun Dietician. Pandangan profesional lebih memuaskan hati dan lebih dipercayai, tidak gitu?

Last but not least :

Semua Ibu/Bapa mahukan yang terbaik untuk Anak-anak

Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan carilah jawapan bagi persoalan yang masih tertanya-tanya. Tepuk dada, tanya selera, setiap orang bebas mempunyai pandangan peribadi. Better late than never, malu bertanya sesat jalan. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kitalah yang bakal mencorakkan masa hadapan anak-anak dan dari pemakanan inilah antara faktor terpenting dalam perkembangan mental dan fizikal mereka.

31 comments:

  1. setuju..kena korek seberapa byk info sebelum decide apa yg baik tuk anak kita

    ReplyDelete
  2. baru tau .. cam tu upenyer .

    ReplyDelete
  3. amboi prihatinnya suami ni.. :)

    gambar last tu comel ..

    ReplyDelete
  4. aduhai..eloknya tengok alisya susukan bebear..

    betul tu bang eyriqazz..apa2pun better kita tanya pada yang pakar instead of keeping ourselves in doubt.

    ReplyDelete
  5. kat Doha ni najlaa minum susu Progress Kids Gold (Wyeth), penah la cuba nk tukar ke Nido (Nestle) tp dia tamo minum. Then saya cuba minum, patut la tamo Nido pasal kurang manis

    ReplyDelete
  6. setuju juga. tp masalah pula bila anak dah pandai pilih susu, x nak susu tawar nak yg manis je :) poning kepala :)

    ReplyDelete
  7. gula lebih sikit ok kot! sikit je .. sb memang mereka aktif dan perlukan gula utk function as a kid .. mmm, kalu salah sori ye, saya bukan dietician ke, nutritionist ke ...

    ReplyDelete
  8. Haiii....itu la kan..Risau juga. Walaupun anak susu badan, tapi mulai hari ini anak minum susu mak angkat...susu badan semakin kering :)

    Vote for it!!!! 100 lucky voters will win a limited edition Blobby plush toy.

    http://www.tetikusrusak.net/sapa-nak-bantal-nippon-blobbies-free-angkatt-tangannn/

    ReplyDelete
  9. no wonder rmai anak2 kecil skang pon dh ada yg terkena diabetis..

    ReplyDelete
  10. Bila nak tukar susu yang haru tu, dia tak nak minum susu lain dah. huhu..

    ReplyDelete
  11. Good Information bro especially parent macam aku nie hah..terbaik!!

    ReplyDelete
  12. #amirah:YUP,sebagai ibubapa kita kena alert juga hal sebegini n verifiedkan sendiri dari sumber2 yang boleh dipercayai...

    ReplyDelete
  13. #Marya Hana :thanks marya..hik3,kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

    ReplyDelete
  14. #norinaomar :yup.itulah yang terbaik..sumber internet byk sumber dan banyak sumber rujukannya juga..kadang kita pun confius dibuatnya..yg terbaik,rujuk pada pakar...i.e. doktor or dietician

    ReplyDelete
  15. sorry eyriqazz. sy xsetuju dgn 1 of the statement eyriqazz. sy keje dalam medical line, penyelidikan terbaru menemui TIADA kaitan antara hyperaktif dan gula. yang lain2 tu sy setuju. sy pun mula2 terkejut sbb ingat hyperaktif dan gula saling berkait. tapi tidak yea.

    sharing is caring,
    nur..

    ReplyDelete
  16. Lelord : saya terbaca,nak tukar susu takble drastik..kena campur2kan dengan susu asal utk beberapa hari dulu ...then kurangkan sukatan dari hari ke hari..lama kelamaan,mudahla menerima..

    ReplyDelete
  17. #Huda:tuhla..kanak-kanak pun bijak juga..mereka takberapa suka changes..soo..kenala ubah ianya sikit2..kalau ubah terus mmg sukar diterima...

    ReplyDelete
  18. #Acik:terpulangla kepada ibubapa...kalau dah terkurang sini,at least kalau terlebih di tempat lain, serba sedikit kita dah berjaya kurangkan mana yang patut..the most important part..sugar is sugar....selain dari susu kena kurangkan intake dalam pemakanannya yang lain juga...

    ReplyDelete
  19. #JMR :umm,statistik tidak pandai menipu...

    ReplyDelete
  20. #Nia :rasanya nia lagi arif bak2 kalau mahu bertukar susu ni kan? kanak2 macam orang2 tua juga,tak suka perubahan yang drastik...

    ReplyDelete
  21. #JAI:babah nanti belikan la susu untuk anak2 ya..untuk bapanya juga,elok untuk tulang....hik3...

    ReplyDelete
  22. erm..btol tu..
    baik kita survey btol2 tepung susu mna yg sesuai dan kurang gula..
    klau dah mmg trlebih gula tu, elok lah tukar kepada susu tepung yang kandungan gulanya di tahap yang normal..
    kalau tak tukar, nanti ramai kanak2 akan mendapat diabetes di usia yg muda..

    ReplyDelete
  23. jika boleh bagilah anak-anak dengan susu ibu, jika ada masalah carilah susu yang harga sederhana tapi banyak khasiat dan jangan terpedaya dengan iklan

    ReplyDelete
  24. erm..btol jg..seeloknya ifa rasa..b4 kte bagi anak2 nie minum susu nie..kena cari dulu maklumat yg betol2..lepas tue refer la dgn doktor kte..mana 1 yg baik utk anak2..xleh suka2 ikut2 ckp org nie..n kena la cek sendiri kandungan gula tue kat tin2 susu tue..boleh dibeza2kan..sebab susah sikit nak tukar susu anak2 nie kalu dah biasa minum..cam kte juga kan2..hehe..ok la..nak ckp lebih2 pun xleh..me single mingle lagi..hehe

    ReplyDelete
  25. susu yg terbaek adalah susu ibu bro...saya mmg susah nak komen bab susu ni,sbb smpi skang anak still lg menyusu badan.dah 1thn 3bln menyusukan anak,alhamdulillah semuanya ok.babe antibodi alhamdulillah,buat masa ni mmg susah nak deman etc.bab penjimatan,dah tentu2nye xperlu keluar duet utk beli susu bagai.n semestinya terjamin dari segi kesihatan...xde gula tambahan...xde anak hyper!!!hiks

    ReplyDelete
  26. orang dulu2 kalau nak maniskan minuman pakai madu.. rasenye madu the best solution..tp tak tau la budak kecik sesuai minum madu..

    ReplyDelete
  27. emm..pasal susu ini..Hurmm..mmg ade betoinya kadang2 sulu FORMULA memang banyak kandungan gula.anything yang berkaitan ngan carbohydrate @ glucose @ added sugar .. mean ITU adalah GULA.GULA GULA Dan GULA..

    Memang sy akui..mmg kite nakkan yang terbaik buat anak2..And me mmg tak menyangkal..SUSU IBU is the best MILk n makanan untuk baby..And me just Fully BF hanya sampai 10bulan sahaja..

    BUkan semua anak disusui dengan susu ibu kan..kadang2 kite bukan meminta untuk nak suapkan aanak ngan susu FM..tapi bile dah terberi susu FM..choose the best ever for him/her..Right ?? Tapi kekadang..for those yang mungkin ade mslh kewangan or mmg tak mampu nak bg yang terbaik untuk anak..macamane ye ?? Bukan diorang tak nak bg yang the best untuk anak kan? Tapi..apakan dayaaa..huhuuuu..

    Susu ANmum antara susu yang no sugar !! Kan kan ?ke ade lagi susu lain ??

    ** sory bro..terpaanjang lak komen ini..heheheehee

    ReplyDelete
  28. apa jenis susu yg elok untuk anak2 bro.. ke kena minum susu badan je?

    ReplyDelete
  29. ikhlas saya cakap saya bukan la penggemar susu cuma saya tahu kebaikan susu.kadang saya push jugak diri untuk minum susu sebab susu ni mmg baik untuk breakfast, cepat kenyang. breakfast yg paling pantas untuk saya yang bekerja, keluar awal pagi.

    sedangkan susu pon saya tak gemar, nak ambil tahu pasal susu tepung utk anak2 lagi saya tak peduli hehehe..maklumla saya masih tak ada anak.. tapi hinggalah ada satu iklan pasal kandungan gula kat tv(wardina yg jadi model) terus saya terkejut rupa2nya, kandungan gula dlm susu tepung mmg berlebihan. dan kita kena peka pasal kandungan gula. patutla ramai bdak2 sekarang kecik2 pon dah ade yg sakit diabetes dan saya believe benda ni semua bermula dari pemakanan semasa baby lagikan.

    seharusnya, kita kena sentiasa alert dan baca kandungan bahan2 dlm makanan anak2 kita especially yang dari produk segera or yang diproses sebab mmg kandungan gula tinggi. apapon, pilihan semua di tangan kita. sama ada kita nak ambil tahu or buat dek je.. tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Hidupkan Untuk Memberi