August 7, 2011

Badigool Punya Isteri Majikan


Semalam, saya sempat telefon Mak. Sempat bertanyakan pasal keluarga dan saudara mara yang lain. Ohh, memang Badigool Isteri Majikan Pak Alangku. Mak kasitau, Pak Alang baru saja diberhentikan kerja oleh majikannya.

Puncanya, Pak Alangku menegur dan membalas kata Isteri majikannya yang kuat berleter dan bising-bising dekat pekerjanya.Terus Isteri majikannya tak puas hati suruh Pak Alangku berhenti or diberhentikan. Takutkan bini walaupun dia begitu sayangkan pekerja berdedikasi macam Pak Alang,  Notis 24jam diberikan oleh majikannya dengan 1 bulan gaji sebagai pampasan.

Ohh, Badigoolnya, sudah bertahun-tahun Pak langku bekerja dengannya sebagai pemandu peribadi @ penolong kedai Batiknya. Majikannya memang kaya, mempunyai satu kedai batik ekslusif di Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Yup, memang saya bengang. Pak Alang antara pakcik yang paling baik/rapat dengan eyriqazz. Dari kecil dialah yang banyak menolong eyriqazz. Time kolej dulu dialah yang hantarkan ke Lembah Beringin dan banyak lagi jasanya. Memang bila dia dibuang kerja dengan alasan yang remeh ini, memang hati saya terhiris. Bukan mudah nak cari kerja di Terengganu lebih2 lagi tiada pelajaran tinggi. Anak pula masih bersekolah, 3 orang. Pinjaman perumahan dan kereta etc lagiii....

Cisssh, di bulan Puasa ni kasi hati ini panas...Memang Badigooollll Isteri Majikan Pak Alang ku. Ingat, doa orang teraniaya lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini dimakbulkan Tuhan. Semoga kau mendapat pembalasan yang sewajarnya.

Memang emo, doa-doakan semoga Pak Alang saya cepat mendapat kerja baru yang sesuai bagi menampung keluarganya. Semoga dia mendapat majikan yang lebih baik. Aminnn..

22 comments:

  1. sabar je kan..
    dah la nak raya ni..
    sumber pendapatan terjejas..

    ReplyDelete
  2. muni pon geram bc ni...ape pnye istri majikan(tiba2 je muni nk emo..huhu)

    ReplyDelete
  3. doa org teraniaya mudah makbul, Insyaallah..nak plak bulan pose ni..

    ReplyDelete
  4. mungkin ada rezeki yg lebih baik sedang menanti pak alang... Insyallah

    ReplyDelete
  5. Ish ish.. Apa punya perempuan.. Queen control betul! Semoga Pak Alang eyriqazz mendapat peluang yang lain dan lebih baik dengan segera.. Insya'Allah di bulan baik ini, Allah akan tunjukkan jalan..

    ReplyDelete
  6. Sabar bro.. dalam bulan puasa ni aku tengok dekat tv ramai teraniaya kena buag koje.. kesian aku tengok.. smoga pak alang eyriqazz cepat dapat koje

    ReplyDelete
  7. kejam sungguh isteri bos tu.yang bos pula boleh dgr je cakap bini dia. yang tak patut lagi diberhentikan tapi bagi gaji sebulan je sebagai pampasan.patut bagi lebih sikit sebab dah lama kerja.ini lagi nak raya.sian pakcik abg tu.

    ReplyDelete
  8. sokong! doa orangorang teraniaya insyallah dimakbulkan.lebih kurang awal tahu hari tu boyfriend echa dianiya orang atasan, alhamdullillah sekarang dah dapat kerja lg baik dan menjamin masa depan.

    p/s : rezeki ada kat manamana.insyallah =)

    ReplyDelete
  9. memang teruk sangat2 le macam ni

    ReplyDelete
  10. menguji kesabaran je bulan-bulan puasa ni kan? huhu..

    ReplyDelete
  11. amiin...moga2 ur uncle akan dpt keje secepat mungkin

    ReplyDelete
  12. report kat pejabat buruh utk tuntutan pampasan pemberhentian.
    hak sbg pekerja teraniaya mesti diperjuangkan.

    semoga Allah memberi rezeki lebih kpd paklang kerana yg memberi rezeki adalah Dia.
    kpd si penzalim, segeralah bertaubat kerana harta yg dipinjamkan itu seandainya digunakan utk menzalimi org lain pasti akan dirampas balik...sedarlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  13. kesiannya..smpainya hati majikan tu..semoga pak alang tabah menghadapinya, dan dipermudahkan kesulitannya..

    ReplyDelete
  14. laa ada juga ye orang yang sebegini, mendengar kata bini tanpa usul periksa ...buat keputusan tanpa fikir kesanya pada orang lain.

    untuk pak lang eyriqazz, semoga bersabar dan cepat dpt kerja...doa orang teraniaya cepat makbul.

    ReplyDelete
  15. Ade hikmah di sebalik yang berlaku. Allah maha mengetahui... mungkin rezeki Pak Alang kat tempat lain lebih baik. Doakan je k...jangan emo2..awak kan pose, dah mengata orang la plak..kureng pahele nnt..huhu

    ReplyDelete
  16. memang tak ADIL majikan bersikap begitu.. lebih lagi dibulan Ramadhan yang mulia ni... semoga ada rezeki lain yang menanti pakcik eyriqazz... ujian utk pakcik eyriqazz di bulan Ramadhan...

    ReplyDelete
  17. apap punya bini bos la gitu..tak pikir ke..ni la susah kalo keptuusan dipengaruhi isteri yg tak memahami..insyaAllah dpt kije bru tu. doa org teraniaya pasti termakbul..

    ReplyDelete
  18. ish ish ish...teruk btoi...report kat pejabat buruh cepat2...sian pak lang eyriqazz, dianiaya camtu...dh la tak lame lg nak raya..

    ReplyDelete
  19. kt mana2 pon mmg slalu isteri adalah director kpd director syarikat. huhu. sabar ye eyriqazz. bukan rezeki paklang eyriqazz nampaknya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails