October 9, 2011

Bajet 2012|Golongan "Middle Income" Dipinggirkan?

Bajet 2012, Pandangan Peribadi saya, golongan "middle income" /pertengahan macam kami terasa seakan dipinggirkan walhal golongan middle income la penyumbang tertinggi untuk Income Tax dah pelbagai lagi tax yang dikenakan secara langsung or tidak seperti tol, cukai pintu, service tax,cukai jalan, dan pelbagai lagi.

Cheers All Around - The Star Semalam..Umm, really?

Pandangan salah seorang pembaca : I Think the Middle Class has been left out in this budget. Indeed, so true..

Yang kaya makin kaya, yang miskin kekal miskin, yang sederhana bertambah miskin

Let's see apa yang middle Income dapat untuk bajet 2012 kali ini :

1) Caruman KWSP untuk majikan dinaikkan dari 12% kepada 13%.
- Takde impact mana, only on long term. Plus, kenaikan inflasi tahunan sudah melebihi dari kenaikan caruman kwsp ini.

2) Mulai 2012, kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred
- Bagus untuk Isteri. Tapi, how about pekerja swasta? Kos sara hidup semakin meningkat naik. Adakah nasib pekerja swasta akan dibela?

3) The Government will extend the compulsory retirement age from 58 to 60 years old to optimise civil servants’ contribution.
- Rasanya it's not a good move..Adakah prestasi akan meningkat? 

4) Bagi Skim Rumah Pertamaku, had maksimum harga rumah akan dinaikkan kpd RM400,000 drpd RM220,000. ( gaji bawah RM3,000, boleh dikatakan golongan miskin)
- Rasanya yang gaji RM3,500 pun belum tentu layak approve loan RM300K pluss...

Anything else? Rasa macam tak banyak benefit untuk "Middle Income" yang menjadi antara penyumbang terbanyak untuk tax dan hasil di negara ini. Namun, still terasa dipinggirkan..

Plus, what to expect in 2012? Ini prediction saya:

1) Ekonomi dunia merudum.Effect Malaysia too....Inflasi melebihi kenaikan gaji.semakin tersepit.
2) Harga barang akan semakin meningkat. Tol naik, minyak naik, harga barangan keperluan naik, apa yang tak naik ya?
3) Harga rumah semakin meningkat. Semakin ramai yang tidak mampu memiliki rumah. Sekalipun bubble, yang untung masih yang kaya yang mampu rembat banyak rumah.

4) GST tax bakal diperkenalkan. Fuhh, bertambah2 tax dikenakan... Gaji yang diperolehi just enough to pay the bill...Kredit kad akan menjadi seperti keperluan. Bilangan yang muflis dan bermasalah hutang akan lebih ramai..Ah Long semakin berleluasa...Krisis-krisis..
5) Jurang antara yang kaya dan miskin semakin besar. Adakah Malaysia akan jadi seperti Indonesia?

6) Masalah sosial. Kecurian, pecah rumah akan semakin berleluasa bila keadaan sudah terdesak. Election coming soon, Whoever win, kepentingan peribadi "Diutamakan"...

Time sebegini, terasa untuk mengundi kali pertama. Tapi, nak undi Siapa ya? Cam both samaje.... kredit video here 

P/s : Apa pula pandangan anda?

29 comments:

  1. sangat sokong kata-kata eyriqazz...yang kaya makin kaya,yang miskin makin miskin,yang sederhana lak boleh jatuh miskin....

    ReplyDelete
  2. sebab tu aku macam malas nak entrikan bajet ni.. aku tengok takda apa yg dapat membantu golongan pertengahan macam aku suami isteri ni.. lagi2 kami berdua koje swasta..

    Sorrylah kalau aku cakap ni more pada bajet pilihanraya akan datang.. hehehe

    ReplyDelete
  3. lahai, kesian ngan bapak saye...
    middle income jgk~

    ReplyDelete
  4. lahai, kesian ngan bapak saye...
    middle income jgk~

    ReplyDelete
  5. Ingatkan bajet nak tackle pasal kenaikan kos sara hidup...tapi rupa-rupanya bajet "bantuan basikal menjelang pilihanraya" :)

    ReplyDelete
  6. orang kaya x kena taks? Sebarang sebab memang x boleh diterima!

    ReplyDelete
  7. Kos sara hidup tetap akan meningkat.....golongan cam kita la selalu kena nasihat belanja berhemah....huhuhu

    ReplyDelete
  8. memang betul.. pekerja swasta tak dapat apa2.. tak ada siapa nak bela..

    ReplyDelete
  9. bagi golongan student macam saya nie.sure makin susah nak dapat kerja bila umur persaraan ditingkatkan kepada 60 tahun

    ReplyDelete
  10. yes!mmg betul pun...itulah bila tngk intipati budget rasa mcm takde apa pun utk kita..dah lere dua2 keja swasta...alahai...

    ReplyDelete
  11. mejority memang golongan middle income...memang bajet tu tak merubah apa2 pun...
    setakat bantuan RM100 utk budak sek rendah, does that change anything?

    inflasi memang tak dpt dikekang...tak de ke bijak pandai dlm govt utk nasihat bab2 ekonomi negara ni...

    ReplyDelete
  12. Aku sokong sepenuhnya pendapat bro...
    Nampaknya boleh jadi macam Indon kalau kita tak prevent dari sekarang...

    Takkan baru nak mengundi bro? Tak baik tue... kita kena mengundi utk masa depan kita semua...

    p/s - Undi adalah rahsia

    ReplyDelete
  13. memang serius... gaji naik sikit, barang naik sikit2 hingga jadi bukit... walaupun tiada kenaikan gaji... kenapa? adakah kerana cukai perkhidmatan atau alasan nak cepat kaya? sakit sakit sakit

    ReplyDelete
  14. entahlah..yg buat bajet org kaya..mana nak fikir org tgh2 ni..hohoh

    ReplyDelete
  15. nampaknya kita suami isteri & anak2 dalam rumah pun kena bentang bajet rumahtangga untuk 2012.

    ReplyDelete
  16. memang betul, kalau naikkan hingga RM400K rumah pertama, macam mana nak ambil full, apa-apa pun buat yang terbaik

    ReplyDelete
  17. sokong...especially skim rumah pertamaku..husband sy & sy campur gaji lebih kurg RM4000++ pun x lepas buat loan..rumah bwh RM190,000 je yg layak..cm ne tu?

    ReplyDelete
  18. ada kebenarannya jugak tu bro.PM kena lebih prihatin untuk golongan berpendapatan sederhana ni...

    ReplyDelete
  19. #malarang_kak :yup,tepat sekali seperti diramalkan oleh buku robert koyisaki, rich dad, poor dad....later on, hanya akan tinggal golongan miskin dan kaya..no more golongan pertengahan...

    #Myvitrd:setuju bro...yang bagus dikata bagus, yg kurang bagus, tetap dikata tidak bagus..kenapa hak golongan middle income diketepikan?

    #Az-Zahra Fauzee :yup..mean, less allowance for u too..

    #GreenLava;yieza,ada udang di sebalik mee hun goreng..

    #gr@wn:orang kaya kena tax..tapi banyak exemption dari business...travel trip,entertainment,travel expenses etc boleh claim non-taxable

    ReplyDelete
  20. #hazman aka species1980 :nak ikat poket camne lagi?kredit kad macam sudah keperluan...

    #.*.WiE.*.:yup...entahla...dahla pekerja swasta kena bersaing dengan lebih lagi..

    #azrijohan:Indeed..skangni pun penggangguran semakin tinggi...ramai yang bekerja tidak setaraf dengan kelayakan yang ada..rakan saya yang ada degree pun ada yang kerja kerani saja

    #MamaYatie:indeed..but we are the main contributor for tax in malaysia..

    ReplyDelete
  21. #Mama Zharfan :sedangkan scholar mereka yang bijak pandai pun dilepaskan begitu saja,rakan yang pergi interview ptd dikata sorry, u dah ada kerja tetap, tak layak utk dapat ptd..Umm...

    #fazrol :betulke undi rahsia?abiss kenapa makcik saya kena bambu kerana buat undi rosak walhal sudah dibayar? Plus,saya orang terengganu bro..dah pernah rasa di bawah pemerintahan UMNO dan juga PAS... macam takde beza..Kepentingan peribadi tetap diutamakan...

    #yangbaik:tepuk dada,entahlah,susah nak menjawabnya...

    ReplyDelete
  22. #Tuan Cimot:indeed..setuju....lawyer2 semakin kaya, politician dan sanak saudara semakin kaya, businessman ada kaki semakin kaya,kita-kita semakin disia-sia...

    #ieda :yup..kami pun samalah..nasib baik wifey saya bijak sedikit bak financial planning keluarga

    #joegrimjow:yup,seriusly memang malu tak pernah mengundi..tapi, tak nampak perbezaan walaupun siapa yang saya undi..look at selangor, pulau pinang, apa perbezaan? Kelantan at least getting better....

    #Sharinginfoz:inilah masanya pemaju perumahan menangguk di air keruh kerana semakin ramai yang mampu membeli bila 10% sudah tidak diperlukan lagi...

    ReplyDelete
  23. #Siti Hajar Masri :kan?yerla,nak beli rumah kena tolak kreditkad lagi, kereta lagi,so..brapaa lagi yang tinggal n layak untuk membeli rumah?

    #Pacifista:yup..kami pun rakyat malaysia..kami pun membayar income tax juga..kami pun menyumbang kepada kemajuan negara..

    ReplyDelete
  24. splat istiqorah sebelum pergi mengundi..hehe

    dari dulu lagi golongan sederhana terpinggir

    cth ;

    yg kaya-menteri² siap ada elaun beribu utk selenggara rumah, elaun luar negara dll (wife tengok sendiri)

    yg dikategorikan miskin(kerajaan)-duit taska hanya rm30 sahaja

    sederhana-???

    ReplyDelete
  25. #n@m@n:thanks bro for the suggestion..InsyaAllah, next year eden kluar mengundi..hopefully, yang dipangkah itu mampu berikan yang terbaik....

    ReplyDelete
  26. Mengundi adalah kewajipan. 1 undi anda penting sekali.

    ReplyDelete
  27. melanjutkan tempoh berkhidmat cuma akan menambah kadar pengangguran graduan yang baru keluar..sudah sudah la..bagi laluan pada yg nak mula hidup pulak.. kan..

    saya tak pernah harap pada budget negara..never expected anything sebab all along memang saya tak pernah rasa benefit dari apa yg dibajetkan..hihihi..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails