November 8, 2011

Kos Rawatan Perubatan Swasta Semakin Mahal

Korang ada RM36,000 tak? . Umm, honestly, bukan setakat 36K, RM10K pun takde dalam simpanan. Yup, kos perubatan sekarang especially swasta semakin mahal kini. Kalau surgery etc, riban-riban memang dalam tangan.

Last few weeks, Isteri direferkan ke Ampang Puteri Specialist Hospital kerana tekanan darah tinggi . Almost masuk ward, tekanan 160/110, baru 3 bulan pregnant. Nasib baik tidak masuk ward...

Berkongsi pengalaman, inilah kos :

Ubat yang diambil di APSH. RM300

Fuhh, giler mahal kan? Ni just 2 ubat untuk pregnancy. Belum campur lagi dengan charge perkhidmatan doktor etc. Nasib baik ianya dicover oleh syarikat eyriqazz. Tapi, sampai bila kan?

Kata pepatah beringat sebelum kena. Kos rawatan perubatan semakin meningkat naik. Kalau tidak mengambil langkah dari sekarang, maybe one day, kita hanya akan sepenuhnya bergantung kepada hospital kerajaan yang mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan rawatan (berdasarkan pengalaman).

P/s : Mencegah lebih baik dari mengubati, Sediakan Payung Sebelum Hujan.

13 comments:

  1. tu la, kalau kerajaan pon mahal jugak, tp gomen subsidi jadi la x nampak mahal sangat

    ReplyDelete
  2. itulah..nasib baik ofis cover kan..tak terasa sgt..sy ni gomen servant..mmg ke gomen spital jer lah..takde mimpi ke private2 ni...

    ReplyDelete
  3. Salam bro, rawatan kat hospital kerajaan pun dah bagus sekarang nih....lagi murah...tapi kena banyak bersabar je lah.

    ReplyDelete
  4. kesiannyer azwa...get well soon dear

    ReplyDelete
  5. moralnya, masri la jalani amalan hidup sihat

    ReplyDelete
  6. kos perubatan kat hospital swasta memang tinggi. beruntung kalau siapa yang berkerja dengan company yg cover medical expenses.

    pengalaman menguruskan perubatan parents menyedarkan tentang pentingnya insurans/takaful.

    contoh: pembedahan katarak untuk both eyes.
    GH: RM1000 tapi kena tunggu giliran dan macam-macam hal lagilah
    KPJ: RM13000. after medical check-up terus boleh proceed.

    tu belum IJN lagi. kos ubat untuk 6 months dah RM1000++ padahal ubat sama jer dengan GH.

    beringatlah, sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  7. Memang betul bro.. kalau takda insurans cover memang hospital kerajaan lah jawabnya kita tuju..

    Minggu lepas wife antar checkup dekat KPJ Damansara.. Kos checkup dengan 2 jenis ubat je mencecah RM150.. selamat wife ada insurans company cover kalau tak memang setiap kali checkup kena keluar duit poketlah jawabnya..

    Sebab tu Insurans ni memang penting time2 kecemasan ni.

    ReplyDelete
  8. normal lah tu..
    dia check tekanan darah..amik suhu....dah 90 hinggit...

    tu pasal lah gaji dia jota2...

    ReplyDelete
  9. Kalau pusat perubatan swasta memang amat tinggi kos bayarannya... aku pernah admit DUA KALI kat KPJ SEREMBAN.....huhuhu

    ReplyDelete
  10. kat ppukm pun harga ubat dah naik... itu pun pesakit masih nak komplen...

    ReplyDelete
  11. kurang bernasib baik buat diriku.. hubby kerja sendiri, aku pun skang ni keje mcm tak keje jer

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah, dulu risau jugak kalo jadi hal2 kecemasan kat diri sendiri. xnak diri sendiri jadi beban keluarga pulak.
    skng dah ada insurans, boleh la tarik nafas lega. kalo company xbleh nak tanggung, insurans utk diri sendiri dah amik da. alhamdulillah beli awal. taun depan kadar insuran pun dah nak naik lagi....

    ReplyDelete
  13. Biasala. Ubat Original. Pharmalif ada pengalaman belikan ubat kanser RM 30 k sebulan untuk seorang makcik. Nasib guna duit gomen. hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails