November 5, 2011

Madu Kelulut dari Yuyu Zulaikha


Thanks Yuyu Zulaikha, madu kelulut yang eyriqazz minta kirimkan dari Pulau Langkawi sudah sampai semalam. Punyalah teruja, yerla, sejak beli first time di Pulau Langkawi tahun 2008, selepas itu kalau pergi langkawi or minta kawan kirimkan either dah sold out ataupun susah nak jumpa. 

Susah payah Mak Yuyu perah dari sarang kelulut di rumahnya. 


Bungkusan yang diterima

Hik3, comel je Mak Yuyu letakkan madu dalam botol-botol ini. 

Inila lebih kurang madu kelulut kalau beli kat luar. Warnanya lebih jernih jika dibandingkan dengan Madu Kelulut

Madu Kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut - sejenis lebah yang bersaiz kecil (sebesar saiz lalat). Sarang lebah kelulut selalunya dijumpai di akar-akar atau tunggul pokok berhampiran permukaan tanah (tidak seperti sarang lebah biasa di atas pokok).

Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman. - Sumber SINI

Yey, tertunailah hasrat di hati....Once again :

Thanks a lot Yuyu Zulaikha 

As a token of appreaciation to yuyu, ada small contest buat 3 pemenang bernilai RM10 Cash/top up each. Lengkapkan slogan ini :

"Saya suka baca blog Yuyu Zulaikha  kerana ............................... ". 3 Slogan terbaik akan saya minta yuyu zulaikha sendiri pilihkan pemenangnya. 

13 comments:

  1. arghhh! malu nyaaa!! haishh,..dah cakap jangan buat entry tu! grr! heheh.. ada botol panjang je.. emak tarok dalam botol tu, macam lebih sangat ^^ lalala... bedal je la :P

    alooo! ade pulak small contest.. ayyoo.. T_T hmm..

    ReplyDelete
  2. Saya suka baca blog Yuyu Zulaikha kerana dia baik hati bagi Eyriqazz madu lebah kelulut... eheheheh

    guro2 jer bro... ehehehe

    ReplyDelete
  3. Aku tak pernh jumpa madu ni bro.. Ni spesis penyengat tanah ke?

    ReplyDelete
  4. errkkk....ada guna jugak bnda halus kelulut tu..selalu kalo jmpa sembur ridsect ja sebab dia selalu buat sarang dlm ekzos motor =))

    ReplyDelete
  5. Gto,pertama kali saya dgr lebah kelulut...mcm mana agaknya rupa kelulut tu ye

    ReplyDelete
  6. tak tahu pun blh makan benda alah madu kelulut ni..

    ReplyDelete
  7. "Saya suka baca blog Yuyu Zulaikha kerana blog yuyu simple dan senang nak loading manakala entry yuyu pulak santai dan seronok dibaca".

    ReplyDelete
  8. entry yang hebat giler terbaboom,
    Header yang comel aku suka sangat,
    Yuyu Zulaikha blogger yang baik hati,
    Melayan peminatnya tak kira bangsa.

    ReplyDelete
  9. Saya suka baca blog Yuyu Zulaikha kerana gaya penulisannya yang secomel raut wajahku.

    -AE-

    ReplyDelete
  10. Saya suka baca blog Yuyu Zulaikha kerana gaya penulisan mudah, penyampaian yang sempoi, kisah anak remaja telus dan tidak berpura-pura, personal blog yang sentiasa mencuri perhatian :)

    ReplyDelete
  11. amboii.. jauhnya datang madu tu... btw.. yuyu comel..

    ReplyDelete
  12. saya suka baca blog Yuyu Zulaikha kerana jalan penceritaannya mudah difahami serta penulisan yang santai lahir dari hati yang ikhlas.

    ReplyDelete
  13. wahhh dpt madu .... first time ni dgr madu kelulut

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails