July 11, 2012

Taman Rama-Rama, Pulau Pinang

Semasa bercuti di Pulau Pinang bulan lepas, hari pertama sempatlah jalan-jalan di Taman Rama-Rama, Pulau Pinang. Ramai yang suggestkan tempat ini, so terjah la. Lokasinya di Teluk Bahang yang tidak jauh dari Batu Ferringhi.


Taman Rama-Rama, Pulau Pinang
Dibuka setiap hari dari 9pagi sehingga 6 petang

First impression, semasa sampai, agak terkejut. Yerlah, banyak parking kosong walaupun kami sampai time weekend. Umm, wondering, why tak ramai orang?


Harga tiket, Dewasa RM18
Kanak-kanak, RM10

Rasanya harganya agak mahal just nak tengok rama-rama.  Harga Tiket di Zoo Negara yang ada pelbagai binatang pun baru RM20 untuk dewasa. Beratus-ratus binatang di dalam tu..



Alang-alang dah sampai, bayarje la kan

Rama-rama dan Beluncas

Cantik juga rama-rama

Rama-rama lagi.
Papa, kupu-kupu
Eyriqazz : Bukan Sayang, Rama-rama
Apa beza kupu-kupu ngan rama-rama ya?

Cantik rama-rama

Ada Kolam kecil. Saya lebih teruja tengok Ikan Kelisa itu berenang-renang
Rama-rama memang suka buah nenas ekk?

Konon-konon berada di ........?

Koleksi rama-rama
Lagi rama-rama


The Emergence of A New Life 

Papa, ni je ke? Itulah kata Isteriku. Adalah benda lain lagi selain rama-rama di sini. Honestly, pandangan peribadi eyriqazz, tempat ini sesuai dikunjungi bagi sesiapa yang sukakan rama-rama. Namun masa sampai tu pun, takdelah banyak sangat rama-rama yang ada disini. In term of harga, rasanya tak berbaloi.Agak mahalMyself, rasanya ini kali pertama dan kali terakhir singgahi Taman Rama-Rama ini kot unless bila Alisya or Azim besar nanti, diorang excited gilerr nak singgahi sini lagi... 

Taman Rama-Rama Pulau Pinang kami singgahi
Tiket mahal, biasa-biasaje pengalaman bagi kami
Lain padang, lain belalang hanyalah pandangan peribadi
Berkongsi pengalaman ketika singgahi sini

22 comments:

  1. rama rama kalau banyak jadi geli pulak bila hinggap kat badan..hehe

    ReplyDelete
  2. sebab tu lah agaknya orang tak ramai.. sebab mahal

    ReplyDelete
  3. Hahaha. Taman Rama-Rama tak pernah masuk pun walaupun orang pulau pinang !

    ReplyDelete
  4. Aku tak pernah masuk dekat taman ni bro.. walaupun dekat je dengan kg. mertua aku.. hehehe.. Boleh tahan mahalnya.. huhu

    ReplyDelete
  5. masa aku ngan Kid kecik2x dulu ada singgah sini time balik kampung ....

    ReplyDelete
  6. bnyk ke rama2 dlm tu..cam xberbaloi plak tiket rm20 tu

    ReplyDelete
  7. rama-rama memang cantik sangat.

    tapi beluncas tu tak berapa nak boleh gi sangat...hehehe

    ReplyDelete
  8. Memang cantik tempat tu..untung kita di Malaysia bnyk tempat cantik yg lawati.

    ReplyDelete
  9. beza rama-rama dan kupu2, rama2 akan melebarkan sayapnya apabila berehat, tapi kupu-kupu sayapnya mengucup gitu bila berehat :)

    mahal btol tiketnya yer padan x ramai orang. ulat jer pun kan jadi rama2 :p

    ReplyDelete
  10. saya sokong benar ttg harga tiket yang mahal tu. just tengok rama rama ja kan. Ntah le, mungkin dorang ni tak study kot ttg harga kat tempat lain.

    ReplyDelete
  11. baru hari tu saya dengan wife masuk taman rama-rama kat KL..hehe

    ReplyDelete
  12. mahu ke sini satu hari nanti, target dalam dua tahun akan datang, bercuti bersama yang tersayang..

    ReplyDelete
  13. Boleh tahan mahal harga tiketnya. Kalau dekat kaki pusat Sains Negara ada taman rama-rama masuk percuma sahaja. Ada juga haiwan didalam akuarium yang boleh ditonton.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails