October 11, 2012

Pemandu teksi Malaysia paling teruk di dunia?

Assalamualaikum

Sebenarnya reputasi buruk pemandu teksi Malaysia bukan berita baru bagi kebanyakan warganegara dan pelancong di ibu negara. Cuma apabila ranking ini dikeluarkan secara rasminya di laman web Londoncabs.co.uk, ianya mendapat liputan meluas dan mula diperbincangkan dengan serius oleh media media cetak di negara kita.

Amaran oleh Tripadvisor : ErrantKL taxi driver


Kurang ajar, selekeh, teksi bau busuk hal biasa.Mengenakan tambang tak masuk akal untuk perjalanan yang pendek, tidak menggunakan meter dengan alasan meter rosak bukan juga perkara baru yang kita dengar. Kalau di tengah KL, banyak yang enggan bawa penumpang ke destinasi yang dituju dengan alasan jalan jem. Walau pun, kes jenayah seperti serangan seksual dan rompakan oleh pemandu teksi masih dikira kes terpencil, ianya adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Bagi penumpang teksi, jangan sesekali tertinggal barang berharga dalam teksi yang dinaiki. Peluang untuk menemuinya kembali amat tipis.


Ini adalah contoh harga tambang yang dikenakan kepada seorang penumpang warganegara Jepun dari KLIA ke Kuala Lumpur. Terdapat 3 resit, dan semuanya tidak kurang dari RM200. Rakan sepejabat saya warga tempatan mendedahkan tambang teksi yang dikenakan kepadanya untuk perjalanan dari KLIA ke KL selepas waktu tengah malam hanya RM150 dengan belian kupon di kaunter yang disediakan.

Kalau hendak bercerita soal pengalaman buruk dengan perkhidmatan teksi di Malaysia ni memang sampai bila pun tidak akan habis. Google saja, akan keluar bermacam aduan tentang perilaku memalukan pemandu pemandu teksi ini. Sama ada warga tempatan mahu pun luar negara.


Bagaimana pun, hakikatnya, kebanyakan pemandu teksi di Malaysia ni hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau jatuh sakit, tak ada pendapatan. Bagi yang menyewa pula, kos menyewa biasanya tak kurang dari RM1500 sebulan atau RM50 sehari. Jadi tak hairanlah kalau mereka terpaksa memeras ugut penumpang bagi menampung kos sewa tersebut.

Saya kurang arif tentang undang-undang dan syarat untuk menjadi pemandu teksi. Tapi, melihatkan fenomena yang berlaku, pada saya undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan dengan baik. Kesannya, kita boleh lihat ramai warga asing menjadi pemandu teksi sekarang ni.



Pemandu teksi dikatakan adalah ambassador kepada negara, maka kualiti pemandu teksi ini sepatutnya di pantau bagi mengelakkan isu ini terus menerus mencacatkan imej negara di mata dunia. Dan dalam masa yang sama, saya berharap agar tindakan yang sesuai akan diambil bagi membela nasib pemandu teksi. Jumlah pemandu teksi juga perlu disemak semula kerana bilangan yang tinggi di satu kawasan boleh menyebabkan persaingan yang sengit berlaku dan mengurangkan pendapatan mereka.

Dengan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang yang berterusan, mereka tak akan berkesempatan lagi nak memeras ugut penumpang seperti yang sering berlaku pada hari ini.



Sebagai pengguna pula, kita kena ambil tahu hak kita. Jangan biarkan pemandu teksi ni ambil kesempatan pada kita. Gunakan sistem kupon yang disediakan dan bagi wanita, elakkan dari menaiki teksi seorang diri pada waktu malam. Sifat berhati-hati mungkin boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda kita.

Sekian.


Di kesempatan ini saya nak mengucapkan ribuan terima kasih buat saudara Eyriqazz kerana sudi memberi peluang dan ruang buat blogger picisan seperti saya untuk menulis di sini. Bagi seorang blogger yang tak berapa nak femes seperti saya, peluang seperti ini adalah ibarat bulan jatuh ke riba.


Tentang penulis : Dengan menggunakan nama pena Rai, saya telah mula menulis sejak tahun 2008. Kebanyakan penulisan saya adalah berkisar tentang aktiviti keluarga, perkembangan anak-anak yang diselang selikan dengan pandangan dan perkongsian tentang hasil pembacaan saya mengenai isu semasa, kesihatan dan kecantikan. Bagi yang tercari cari info tentang sistem rawatan air yang baik, saya juga ada kongsikan tips bagaimana memilih teknologirawatan air yang baik dan boleh dipercayai dalam beberapa entry yang agak panjang lebar tetapi amat berbaloi untuk dibaca.

Follow saya
Blog : Ourkizuna
Google+ : Rai Ourkizuna

13 comments:

  1. ada keluar paper hari tu ttg status teksi malaysia yg terburuk
    malu jer...
    kementerian prmok malaysia utk pelancing tp teksi merosakkan (nila setitik rosak sebelanga)

    ReplyDelete
  2. sy ade bace nih kat blog kawan..die ade update..

    ReplyDelete
  3. part selekeh + bau busuk tu mmg biasa kena. lg2 mereka yg merokok.. rasa nak keluar je ambik teksi lain.. tu belum masuk yg bau badan.. mmg boleh pening tahan nafas dlm aircond.. ~blerrgghh~

    dah la sy ni mmg pengguna setia teksi.. tp kdg seronok dpt pemandu teksi yg rajin berborak.. rasa mcm tak nak turun dgn pengalaman dorg bercerita...

    ReplyDelete
  4. Assalam, memang tak baik dari segi pandangan pelancong... lagi pun pelancong akan menaiki kenderaan awam seperti teksi utk ke destinasi2 mereka.. mereka nie sebenarnya adalah ikon pelancongan negara... pihak berwajib kena ambil tindakan segera nie... kalau tak buruk padahnya nanti...

    ReplyDelete
  5. macam2, dulu ada jugak terkena masa mula2 pergi kl...tp skang dh xnaik teksi dh.

    ReplyDelete
  6. Kenyataan yg tidak boleh disangkal sebab itu bila tetiba tesenarai dalam top 10 taxi bandar di dunia yg terburuk. Malu!!

    ReplyDelete
  7. tahniah rai ;)
    ko mmg ada bakat menulis.

    ini lah yg dikata krn nila setitik rosak susu sebelanga
    fil aku lepas pencen bawak taxi..mcm2 karenah penumpang dia jumpa
    yang berkira,yang kurang ajar dan buat depa mcm hamba abdi,beberapa kali dia kena rompak oleh penumpang.diletak pisau kat leher pun pernah..tapi kes begini takde sapa yang nak ambik kisah..kesian kan?betul kata ko,kalau demam sminggu taxi tak jalan tapi sewa taxi tetap kena bayar kalau cth:rm45 sehari x 7 hari=rm315 tetap kena bayar.sendiri fikirlah.lepas ni tulis pulak kisah syarikat taxi yang jadi 'ahlong'menindas pemandu yang seagama dan bangsa kita

    ReplyDelete
  8. yess...malaysia antara yang teruk pemandu teksinya... akan tetapi pemandu negara CHINA pun problem jugak.... sebab anda takkan ke mana2x kalau tak TULIS MANDARIN untuk alamat yang anda nak pergi... diorang ZERO ENGLISH bro...

    ReplyDelete
  9. gumbira...gumbira...sbb ini bukan setakat entry kosong, ini entry yg membina. dan bukan juga entry jiwang2 buta cinta:)

    terima kasih rai...sangat impress dgn tulisan nieh. hope tulis banyak2 macam ni lagi.

    oohh...teksi?

    kena ada cara. kena pandai detect teksi. Byk yg tipu. Kalau tiap2 hari naik, bukan saja jumpa yg tipu...yg baik juga insyaAllah. Ada tpt tak boleh naik teksi..kena jalan sikit bila mencari ataupon...

    ...silakan naik bas dan LRT:)

    ReplyDelete
  10. Salam. Wah your blog sgt menarik & ohsem! =) Jom join.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/segmen-cik-misya-nak-follow.html

    ReplyDelete
  11. Setuju sgt. Lagi2 kat JB ni.. panas baran pun ada. Memang perlu diperbaiki.

    ReplyDelete
  12. Ada terbaca artikel mengenai keburukan pemandu teksi dinegara kita. Bukan tidak ada pemandu teksi yang jujur oleh kerana ada segelintir yang ambil kesempatan memnyebabkan semua pemandu teksi dilabelkan buruk.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails