October 9, 2012

Rebut Peluang Menjana Pendapatan di Internet




Peluang terhidang di dunia tanpa sempadan, menjana pendapatan di Internet. Perniagaan dan penghasilan ebook misalnya, semakin mendapat tempat di hati pengguna yang sentiasa dahagakan ilmu dan jalan penyelesaian tanpa perlu menyimpan buku fizikal dan membacanya di mana sahaja .

Kreativiti dan pemasaran yang berkesan mampu menjana pendapatan yang lumayan. Berikut antara medium pemasaran yang berkesan yang boleh digunakan bagi mempromosikan dan menjual ebook tersebut :


# 1 – Blog
Blogger semakin mendapat tempat di mata pengguna kini. Pengguna lebih merasa hubungan dua hala melalui medium blog. Produk ebook boleh dipasarkan dengan menjemput penulis jemputan, membayar entri berbayar kepada blogger dengan niche yang sesuai, dan menggunakan reputasi dan nama baik yang sedia ada dalam memasarkan Ebook yang dihasilkan.



# 2 – Facebook
Kreativiti dalam memasarkan ebook melalui medium Facebook mampu memberikan hasil yang memuaskan. Laman ‘Fanpage’ misalnya boleh dijadikan medium untuk memberikan informasi berkenaan ebook, harga promosi, dan mengajak pembeli sedia ada memberikan testimoni di laman fanpage tersebut.

# 3 – Affiliate
Kalau anda sibuk dalam memasarkan ebook tersebut, bolehlah upah orang lain bekerja dan mempromosikan bagi pihak anda. Satu langkah yang agak berkesan kerana dengan insentif, lebih ramai yang rasa tertarik untuk mempromosikan dan mendapatkan hasilnya. Langkah ‘menang-menang’ ini mampu menghasilkan promosi di luar jangkaan, lebih-lebih lagi sekiranya ebook yang dihasilkan mampu menarik affiliate yang mempunyai pengaruh yang kuat.


Walau apapun medium pemasaran yang digunakan, konsistensi itu amatlah penting. Manusia mudah lupa akan sesuatu walau sehebat mana produk tersebut. Patutlah banyak syarikat yang terkenal di luar sana sentiasa mempromosikan produk mereka secara konsisten dan berterusan seperti Nestle, Mc Donalds, Nike, Adidas, dan pelbagai lagi.


Medium pemasaran melalui blog melalui entri berbayar misalnya dalam mempromosikan ebook. Ebook hartanah misalnya, mungkin bulan ini anda boleh menjemput Aqif Azizan, bulan seterusnya Abangensem.com or Matjoe.com dan  diteruskan lagi bagi memberikan impak yang lebih maksima dan target pengguna yang lebih meluas. Lagi ramai target pengguna yang sesuai, lagi baguskan?

Tepuk dada, tanya selera. Sebenarnya banyak peluang terhidang bagi merebut peluang menjana pendapatan di Internet. Hendak atau tidak, rajin atau malas. Kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam, memang hasilnyapun sekadar cukup-cukup makan. 

Namun, jika usaha yang berterusan ditambah dengan sikap tidak mudah putus asa, hasilnya tentu menggembirakan. Buktinya, tengok saja pada kejayaan beberapa penulis ebook yang berjaya di luar sana seperti Aqif Azizan, MeorZaidee, Saufi Karim dan ramai lagi yang mampu menjana 3-4 (maybe 5?) angka sebulan hasil dari penjualan ebook.

“ Jangan Direnung Letihnya Usaha tapi Renunglah Manisnya Kejayaan”

P.s : Doa-doakan eyriqazz dalam menyiapkan my 1st Ebook.

21 comments:

  1. aku paling suka quote last tu
    “ Jangan Direnung Letihnya Usaha tapi Renunglah Manisnya Kejayaan”..good luck bro!

    ReplyDelete
  2. orang pertama baca
    saya juga try buat fan page sendiri di facebook
    kot-kot boleh jana pendapatan sampingan masa depan
    di samping kongsi info dengan rakan

    ReplyDelete
  3. Semoga Berjaya menyiapkan ebooknya..InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Usaha yg berterusan dgn semangat yang kuat InsyaAllah pastinya ada kejayaan...

    ReplyDelete
  5. mudahan "my 1st Ebook" bro succes hendaknya, insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Gua doakan keberhasilan ebook lu tu nanti.

    ReplyDelete
  7. masalah kebanyakan kita adalah konsistensi.. ramai yg nak result dlm tempoh yg singkat.. bila ambil masa mudah putus asa..

    ReplyDelete
  8. masalah kebanyakan kita adalah konsistensi.. ramai yg nak result dlm tempoh yg singkat.. bila ambil masa mudah putus asa..

    ReplyDelete
  9. salam...peluang memang banyak, tapi takpa2 ramai menggunakan peluang yg ada.
    semoga ebook tuan akan terbit tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  10. Yang penting usaha tanpa jemu..

    Good Luck bro, tak sabar nak tunggu e-book :)

    ReplyDelete
  11. Semuanya terletak pada minat dan kesungguhan. Sudah pasti kejayaan akan jadi genggaman. Insya-Allah.

    Good luck untuk penghasilan 1st ebook.

    ReplyDelete
  12. Kena minat serta berusaha...:-)
    Gd luck n all the best..

    ReplyDelete
  13. good luck bro.. untuk ebook pertama tu.. aku org pertama yg nak beli ebook hang.. hehehe

    ReplyDelete
  14. gud luck.. memang kena rajin kalau nak buat blog jadi pendapatan sampingan,,

    ReplyDelete
  15. good luck siapkan ebook..cepat sket .. nadot x sabar nak bli ni...hehe

    ReplyDelete
  16. apa pon bermula dari usaha kan.. :)

    ReplyDelete
  17. Jangan Direnung Letihnya Usaha tapi Renunglah Manisnya Kejayaan

    saya suka gila dengan quote ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails