Showing posts with label cabaran guru. Show all posts
Showing posts with label cabaran guru. Show all posts

March 18, 2012

Cabaran Suami Kepada Guru

2 minggu lepas, sebelum Cuti Sekolah, ada exam di sekolah. Isteri mengajar petang. Sebelum balik kerja, wifey pesan suruh hantarkan kertas soalan periksa ke sekolah coz besoknya exam pagi dan dia tertinggal nak bawa kertas soalan tu. Besar juga Cabaran Seorang Guru Millenium kan?

Fuhh, satu kotak penuh. Eyriqazz pula terlupa nak masukkan dalam kereta pagi tu 

Umm, serius sampai skang saya tak faham kenapa guru-guru masih dibebani dengan kerja-kerja Admin. Buat soalan, taip sendiri, hantar, stapler sendiri, bawa sendiri.Kalau saya pi kursus camne? Dah la wifey tengah sarat mengandung, nak angkat barang berat-berat, memang kesian dibuatnya.


Hari nak hujan. So, tunggula teksi

Naik teksi hantarkan kertas soalan peperiksaan

Hik3, Inilah antara Cabaran Suami kepada Seorang guru. Siapa cakap jadi guru ni senang ? Siang kerja, malam kerja, time cuti pun bekerja (semak kertas peperiksaan etc). Jadi Cikgu Mudah? . Cubala apply jadi cikgu dan alami sendiri.

Dari saya sekolah rendah sampaila dah beristerikan seorang guru, saya perhatikan kerja-kerja Administration yang kurang menyumbang kepada produktiviti masih lagi berterusan. 

Di manakah Silapnya? Bukankah sepatutnya kerja-kerja sebegini di "Outsource kan kepada kerani etc jadi Cikgu dapat menumpukan lebih perhatian dalam menghasilkan tenaga kerja dan pelajar yang lebih cemerlang?

May 16, 2011

Cabaran Seorang Guru Millenium

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru di Malaysia terutamanya buat Isteri tersayang. Besar rupanya cabaran seorang guru di zaman millenium ini, nampak saja macam mudah dan banyak cuti, tapi tidaklah seindah itu :

Banyak kegiatan Kokurikulum perlu dibuat sama 
Macam Isteri, jadi Bendahari PIBG la, Guru Kelab Tarian, dan macam2 lagi
Belum lagi dicampur dengan kerenah anak-anak murid yang semakin mencabar dan suka melawan
Juga IbuBapa yang semakin menyalahkan guru bila anak-anak membuat silap di sekolah
Plus pelbagai kerja yang mengganggu kerja utama seorang guru
Terimakasih buat semua guru di Malaysia. Andalah yang menggerakkan masa hadapan yang lebih cemerlang. Memang bertepatan dengan Tema Hari Guru 2011, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. 
P/s : Teruskan perjuangan anda guru-guru. Kurangkan kontroversi, lebihkan prestasi.

Related Posts with Thumbnails