Showing posts with label fahrin ahmad. Show all posts
Showing posts with label fahrin ahmad. Show all posts

May 17, 2012

Seindah Sakura Serius Touching

Seindah Sakura lakonan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad serius touching
Hampir meleleh air mata layan drama ini 
Credit Picture to Nurizspace
Ini antara Drama TV3 terbaik yang pernah saya tonton...
Touching maybe coz diketengahkan Isu keluarga Miskin dan juga "Great Teacher" yang memang dekat di hati saya...

Sinopsis Seindah Sakura :
Seindah Sakura membuktikan hakikat sebuah kehidupan di dunia yang sementara ini sememangnya penuh dengan ranjau berduri. Kegagalan dan kekecewaan bagaikan sudah sebati dalam tubuh gadis yang bernama Shakira. Namun hatinya terus berpesan agar tidak terus kecundang dalam melayari perjalanan kehidupan yang singkat. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, Rohani namun dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah. Sesungguhnya Shakira amat merindui ibunya tetapi apakah daya dia buntu mengenangkan sebab ibunya terus hilang tanpa khabar berita. - Credit to TV3 Online-


Tahniah buat TV3 kerana berjaya membuatkan saya melekat di depan kaca TV menonton Seindah Sakura ini. Nasib baik ada Astro B.yond PVR, bolehla rekodkan aja dan tak perlu risau kalau terlepas tengok drama ini....
Related Posts with Thumbnails