Sudah lama mengidam mahu makan Nasi Tumpang, sejak mengetahui makanan ini adalah salah Satu Malaysia Heritage Food and Drinks 2009 . Apakan daya, kat KL dan Terengganu sukar diperolehi makanan yang begitu popular di Kelantan ini.
Sedikit informasi pasal Nasi Tumpang seperti di Wikipedia : Rice packed in a cone-shaped banana leaf. A pack of Nasi Tumpang consists of an omelette, meat floss, chicken and/or shrimp curry and sweet gravy. It is traditionally meant for travellers.
Hasrat di hati akhirnya tertunai. Mak mertua bawakan nasi tumpang ketika datang melawat kami sekeluarga di kampung minggu lepas :
Nasi Tumpang oh Nasi Tumpang
Lain dari yang lain kan?
Pandangan peribadi biasa saja rasa Nasi Tumpang ni dan saya tidak begitu menggemari. Namun, lain pula bagi Isteri, dia begitu menggemari makanan ini. Almaklumla anak jati Kelantan. Lain padang lain belalang kan?
P/s : Pernah makan Nasi tumpang ? Apa pula pandangan anda?