Showing posts with label legoland. Show all posts
Showing posts with label legoland. Show all posts

October 12, 2012

Legoland Malaysia Pengalaman Mempesona

Kami sekeluarga semangat berkobar-kobar untuk bercuti ke Legoland Malaysia. Seawal pagi, sudah menunggu teksi ke Menara Maybank. 


Percutian ke Legoland Malaysia 3D2N yang ditaja sepenuhnya oleh Maybank dari pengangkutan, makanan, tiket ke Legoland, hotel penginapan dan pelbagai lagi. Excited mode, memang teruja dan ternanti-nanti apa yang menanti. 


Di atas bas, Set lego sebagai ole-ole buat Alisya. Bukan main gembira lagi Alisya dibuatnya

Turut disertai beberapa bloggers ternama di Malaysia dan juga wakil dari The Malay Mail

Penginapan di Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru

Memang puas hati menginap di sini. Bilik yang selesa dan lengkap, kemudahan wifi percuma (senang nak update blog dan surfing internet), layanan yang mesra dan dekat dengan bandar.
Media Pass turut diberikan

Memang layanan Istimewa diberikan, media pass yang membolehkan saya keluar dan masuk Legoland bila-bila masa di hari tersebut dan turut diberikan Press release, t-shirt dan juga topi legoland sebagai cenderahati. 


Meriah, memang ramai orang di hati pertama ini. Semua excited untuk menerjah Legoland Malaysia
Siap dengan Annual Pass lagi mereka ini

Rakan seofis saya yang turut datang pada hari tersebut memang mengakui, ramai yang datang berkunjung sampaikan dia sendiri lebih kurang 1 jam setengah untuk mendapatkan annual pass yang sudah dibayar melalui internet. Sambutan memang hangat dan meriah.


Around 12 tengah hari, Isteri dan anak-anak pun sampai ke Legoland Malaysia ini

First impression Isteri dan anak-anak, cuaca di sini memang agak panas. Nasib baik ada topi dan payung yang sudah dibawa. Kurang la sedikit rasa panasnya dan lebih selesa untuk ke sana ke mari.

Harga tiket Legoland Malaysia
Ada Apa di Legoland Malaysia?

Secara ringkasnya, Legoland Malaysia ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu The Beginning (sebelum pintu masuk), Lego City,Mini Land, Land Of Adventure,Imagination, Lego Kingdom dan Lego Technic yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Lebih lanjut bolehla layari laman web official Legoland Malaysia : http://www.legoland.com.my

Langkahan pertama, kami menerjah Miniland, tempat pelbagai monumen menarik yang dibina dengan menggunakan Lego. Alisya dah excited, terus berlari ke sana ke sini menerjah tempat yang dia gemari :

Say Lego.... Bukan main lagi Alisya beraksi

Giliran kami seisi keluarga pula
Happy Mode. Alisya memang sangat excited dan gembira. Langsung tidak nampak dia kepenatan walaupun di bawah panas terik mentari
Monumen KLCC
Aksi berpayung bersama Papa
Sanggup beratur panjang lebih setengah jam demi anak tersayang

Alisya nak sangat naik keretapi Lego ini. Memang panjang queuenya. Yerla, dari keretapi ni boleh pusing-pusing sekitar kawasan Legoland Malaysia. 




Tertunailah hasrat di hati. Bukan main gembira lagi Alisya dapat naik keretapi Lego
Berehat sebentar. Lunch di Market Restaurant
Order set Fish & Chip. RM23.50 termasuk air dan mushroom sup
Meneruskan perjalanan. Alisya naik kereta

Ini favourite Alisya. 2-3 kali juga dia beratur kembali naik kereta ini. Walaupun gaya pemanduan nya macam papanya sebelum dapat lesen memandu, tetap dia beranikan diri untuk terus mencuba. Usaha tangga kejayaan, tak gitu?


Beratur panjang lagi untuk naik bot. Dapat juga

Ini pun best...Tak sempat nak mencuba

Honestly, 5jam rasanya begitu singkat untuk explore Legoland Malaysia ini. Banyak tempat yang tak sempat disinggahi dek kesuntukan masa dan juga beratur panjang di tempat yang Alisya gemari. Takperla, at least kami dapat gembirakan hati Insan tersayang. InsyaAllah, ada rezeki boleh singgahi lagi. 

Bolehla juga baca pengalaman rakan bloggers yang turut berkunjung ke sini, antaranya :


First time kamera yang dicharge penuh habis bateri lebih kurang pukul 4 petang dengan lebih dari 300 gambar yang diambil dan juga beberapa video yang diambil. Video dan lebih banyak gambar bolehla tengok di sini :


Cenderahati yang sempat dibeli dan dibawa pulang untuk keluarga dan pembaca blog
Action speak for itself. Tertidur kepenatan Alisya pulang dari Legoland Malaysia
Maybank antara Official Partner Legoland Malaysia
2 tiket Legoland Malaysia Percuma turut diberikan selepas trip tersebut. Speechless, boleh la bawa keluarga ke Legoland Malaysia lagi lepas ini

Overall, rasanya ini destinasi terbaik untuk bawa anak-anak bercuti. Much more better jika dibandingkan dengan Sunway Lagoon dan Genting Highlands pada pandangan eyriqazz.

Legoland Malaysia Pengalaman Mempesona
Percutian Menarik idaman saya sekeluarga
Akan terjahi lagi di lain masa
Destinasi pilihan saya rekomenkan kepada semua

September 18, 2012

Tiket Legoland Malaysia Percuma


Pucuk dicita, ulam mendatang. Sponsored Trip ke Legoland Malaysia ditaja Maybank, tidak cukup dengan itu turut dihadiahi 2 tiket Legoland Malaysia secara percuma lagi. Expiry date 31 December 2012. Yey, bolehla terjahi Legoland lagi sekali. Lagipun time pergi aritu banyak tempat yang belum sempat disinggahi dan diterjahi. 


Tentu semakin berseri-seri wajah Alisya dapat pergi ke Legoland lagi nanti. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang akan bawa Alisya sekali lagi ke sini. Dah ada dua tiket percuma, just beli tiket untuk Alisya nanti.


Maybank masih bermurah hati, lebih dari 10 pair tiket untuk dimenangi, berminat nak menang, syarat-syaratnya bolehla singgahi SINI

P.s : Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...

September 17, 2012

(Gambar) Legoland Malaysia Opening Day

Sekitar gambar ketika Legoland Malaysia dibuka secara rasmi kepada orang awam, 15 September 2012 :


Around 9 pagi, Masih lagi lengang kawasan ini

9.30am, Dah mula ramai beratur membeli tiket
Staff Legoland Malaysia yang peramah dan sentiasa tersenyum

Persembahan yang dibawakan khas dari Denmark 

Meriah...

Semakin ramai, semakin panas, getting hotter

Semakin meriah, semakin tak sabar untuk Legoland dibuka

Lucky to be part of it
Tarian dari Staff Legoland

Jom Menari bersama

Excited..10.30 pagi dibuka untuk orang awam

Bukan main teruja lagi Mamat ni...

Siapa kata Eyriqazz Cool, sila angkat tangan..

Meriah, berpusu-pusu orang menerjah

Kanak-kanak tersenyum riang

Nak terjah mana dulu ya?

Pelancong asing pun ramai yang datang


Lepas ni harga hotel sekitar Johor Bahru tentu akan naik


Interview dari media. Best dapat masuk TV


Semakin ramai yang berkunjung


Big Boss Legoland 
Excited.Annual Pass. Cantik kamera

Ye,saya memang teruja...Ni live ke?

Bila nak beli Annual Pass juga ni?

Lagi 300+ gambar on Legoland Malaysia, bolehla singgahi SINI

Related Posts with Thumbnails