Showing posts with label muslihat ptptn. Show all posts
Showing posts with label muslihat ptptn. Show all posts

March 4, 2011

Jawapan PTPTN|Pertukaran Kos Pentadbiran dari 3% Kepada 1% (UJRAH)

Sambungan entry Muslihat PTPTN|Aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam, Akhirnya, semalam saya menerima jawapan balas dari PTPTN. Surat dialamatkan atas nama Isteri

Efficient kan? Aduan 26 Jan ,balas 17 February (more than 2 weeks, than lebih dari KPA gov kurang dari 2 minggu kan? )
Jom terjah jawapan balas PTPTN

Inilah lebih kurang jawapan dari mereka :

1) Yup, perjanjian asal bayaran balik adalah 180 bulan. Suka suki je mereka turunkan bayaran balik kepada 120 bulan dan hasilnya, kena bayar lebih.The more, the merrier kot. Dari RM200 ke RM300 lebih kurang. Banyak beza tu kan? Dahla tak bertanya terlebih dahulu, main taram je. Inilah nama nya " Prestasi sendiri didahulukan, pembayar di kemudiankan"

2) Boleh buat rayuan untuk tempoh penurunan bayaran balik .Well,well , ni dah dua kali kerja dan nampak sangat macam ajak-ajak ayam. In the first place, apa salahnya kalau PTPTN telefon, e-mail or hantar surat bertanyakan berapa yang mampu dan tempoh maksimum yang boleh ditawarkan? .Make it win-win situation la. Kalau pinjam ngan bank pun boleh nego, takkan ngan PTPTN takble?

3) Faedah dan kelebihan membuat bayaran melalui potongan gaji. Nahh, ingat pembayar bodoh ke yang mana baik or lebih menyenangkan? Give us a choice, siapa yang suka potongan gaji, buat potongan. tak suka, boleh bayar sendiri hantar cek etc...Kalau 2-3 bulan tak bayar, apa susah? bolehje cancel balik perjanjian tu dan naikkan balik interest kan?

4) Tak setuju ngan potongan gaji coz nampak tak cantik di slip gaji dan akan mengurangkan jumlah yang layak untuk membuat pinjaman lain ie. pinjaman perumahan di masa depan. Kan mudah kalau cakap, dengan potongan gaji, kerja kami lebih mudah, tak perlu nak hantar legal letter  dan bolehla bergoyang kaki untuk untuk mengutip kembali pinjaman. Umm, fikirkan cara mudah je. Ada buat survey kepada peminjam ke sebelum buat sesuatu keputusan? yeye,memang kami nak bayar, tapi tak perlula beri syarat yang menyusahkan hidup .

P/s : Apa pula pendapat anda?

January 26, 2011

Muslihat PTPTN|Aduan dibuat kepada Biro Pengaduan Awam

Biro Pengaduan Awam/Public Complaints Bureau Jabatan Perdana Menteri

Entry Permohonan PTPTN Pertukaran Kos Pentadbiran dari 3% Kepada 1% (UJRAH) Diluluskan dirujuk dan akhirnya saya mengambil keputusan/tidak berpuas hati dengan muslihat PTPTN ini dengan membuat aduan kepada :

Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri

Honestly said, biro ini antara badan agensi kerajaan yang saya kagumi. Begitu profesional dan cekap menjalankan tugas, respons pun pantas. Saya pernah membuat aduan berkenaan kelewatan bayaran balik Income Tax terlebih bayar LHDN dan tiada respons dari JAKIM berkenaan Status Halal Old Town White Cafe dan dengan bantuan Biro pengaduan Awam, respons positif dan saya berpuas hati.

Main point aduan saya adalah berkenaan dengan bayaran balik dan juga potongan gaji melalui LHDN. Kita tengokla apa pula jawapan yang akan diberikan oleh PTPTN nanti, i will update disini nanti bila menerima jawapan dari mereka. This is our right and we have to fight for it. Jangan ingat mudah nak memperkotak katikkan kami. Kos sara hidup makin meningkat dan mahu menekan lagi? No, no, I won't let this time happen to our family.

Small step will make a bigger impact if we work together on that. Wish me luck.. Saya anti sebarang Muslihat dan sesuatu yang semakin menyusahkan pengguna.
Related Posts with Thumbnails