Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 saya hadiri
Di Putrajaya Marriot, 16 December 2011 event ini
Bloggers dari serata Asia Pacific turut sertai
Inilah pengalaman saya untuk dikongsi
Bersama Robb Chew (Ex-Nuffies), Beautifulnara, dan Je Jai
Robb Chew - First nuffies yang saya kenali. One of the best Nuffies pernah saya kenal. Beautifulnara - First blogger popular pernah saya jumpa sejak first event bersama Nuffnang tahun 2009. Je Jai - Tidak perlula saya perkenalkan lagi, dari Fasha Sandha sekarang sibuk nak menackle Rozita Che Wan, hai,hai,hai, memang nak kena luku dengan bini.
Hik3, Eyriqazz diapit oleh 6 Isteri yang Hot dan Jelita ( Cik Lily Putih, Hanani, Mak Dara, n the rest, let me know ur blog url ya...)
Bersama Je Jai, Bean Moreno dan Mohd Zaid antara pelakon utama filem terbaru arahan Rosyam Nor tak lama lagi. Tajuk filemnya "Lelaki,Blogger, dan ........."
Hanis Zalikha. Maintain hot dan jelita seperti selalu.
Kenwooi, antara finalist Hidden Blog Germ. Kagum dengan cara dia menulis
Aummm, Shahrul Hairy mengaum Lisa Surihani tidak buat penampilan kali ini
Meriah. Rasanya dalam 500+ bloggers menghadiri event ini dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Singapura, Thailand, China, Japan, Filipina, dan Hong Kong
Meja kami, meja 21. Rasa kerdil la pula disamping bloggers-bloggers popular di meja ini i.e. Viruspadu,Ceeramoon, Cik Epal, ShilaShower, Anna Joe, dan Je Jai (asyik-asyik dia kan??)
Ucapan alu-aluan dari Co-Founder Nuffnang, Timothy Tiah dan Cheo Ming Sen. Kagum dengan pencapaian mereka, umur belum cecah 30 tahun, sudah menjadi businessman yang berjaya
Senarai penuh pemenang malam itu, bolehla terjahi entri INI
Astro, antara advertiser yang turut dijemput di majlis ini
Bersama Nani Rostam @ Mama Hanis Zalikha
Serius, memang cantik orangnya. Macam adik dengan kakak dengan Hanis Zalikha. Peramah dan lemah lembut. No wonder, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Kalau digandingkan dengan Jejaka Hensem ini, memang kiri kanan mata akan jealous memandang.
Tak sangka pula, Nani Rostam know about my blog dan turut :
Invite Eyriqazz menghadiri majlis kahwin anak @ Kakak Hanis Zalikha weekend nanti. Cantik kad kahwinnya
Redmummy turut membuat penampilan. Due date anytime soon, tetap meluangkan masa untuk hadir ke event yang menarik ini.
P/s : Bean, hutang payungkan kami tu sila carry forward tahun depan ya...
Bersama Jen @ Orang kuat GplusMY . Psst, kenapa makin kurang aktif berblog? Dah nak kahwin ke Jen?
Cik Epal, blogger popular yang semakin mencipta nama. Hik3, sesuai ke eyriqazz jadi Duta Celcom?
Overall, event ini memang meriah dan best. Dapat jumpa ramai bloggers dari seluruh pelusuk Asia Tenggara dan juga rakan-rakan bloggers yang lain. Special thanks to Nuffnang kerana menjemput saya, memang saya cukup teruja, antara event terbaik yang pernah saya hadiri bersama Nuffnang. Yup, there are something money can't buy, i.e. great event with Nuffnang.
2 tahun bersama Nuffnang kini
Pelbagai event menarik telah saya sertai dan joini
Namun, tetap teruja untuk lebih aktif di masa hadapan nanti
Pengalaman menarik yang sukar dicari dan ditukar ganti
