Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

July 23, 2010

Penangan Kopi Dangdut | Taman Warisan Pertanian, Putrajaya



Kopi Dangdut

Nampak Menyelerakan

Pekena di Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

First time try masa singgah di Putrajaya minggu lepas. Umm, boleh tahan juga, rasanya, lain dari yang lain . Sedap pun sedap, lepas minum ni bolehla ajak Je JAI dan Beautifulnara berdangdut. Mereka memang suka pi berdangdutni.

Kopi Dangdut nama diberi
Rasanya enak sedap sekali
Datang sini nanti mahu try lagi
Bolehla berdangdut sampai pagi

P/s : Honestly, tak pernah lagi pi dangdut. Bestke menari dangdut ni? Bro Je Jai, boleh tolong ajarkan? Hik3...

P/s/s : Korang pernah try kopi ni tak? Amcam, best?

October 31, 2009

Jalan-jalan di Putrajaya

2 minggu lepas, emak,nenek,adik-adikku ,dan sepupuku datang KL.Adik perempuan ku booking Apartment di Putrajaya.Khas untuk kakitangan kerajaan.Inilah pemandangan dari Apartment di Putrajaya tersebut (tingkat 14) :


Masjid Putrajaya

Jambatan Putrajaya

So far,oklah juga Kuarters Kerajaan ni cuma ianya tidak dijaga dengan betul.Yerlah,sampaikan kusyen di ruang tamu pun hilang,2 katil single rotan (setiap bilik/ada 3 bilik), dan tempat nak sidai tuala pun tiada.Setakat nak tidur oklah.Cuma Rm50 semalam.Camne nak booking?Untuk staff kerajaan,boleh booking di laman web ni : www.bph.gov.my

Sempat semalam je di Putrajaya kerana mak dan nenek ada hal di kampung.Jadi kami tak sempat pusing Putrajaya mana dan kami pi Nilai pagi tu.Boleh tahan,barang-barang di situ,murah-murah.Kami sempatlah memborong seratus dua ( tikar buluh, frame , dan baju-baju).



Petangtu baru sempat singgah di Masjid di Putrajaya dan bergambar di depan Bangunan Kerajaan.Apa nama bangunan ni ye?

Alamak,Putri takde.Nenek dia dah dukung bawa jalan-jalan ke Masjid Putrajaya

Sebenarnya byk tempat/aktiviti menarik untuk dikunjungi di Putrajaya,tapi atas masa yang tidak mengizinkan ,kami tak sempat pergi.Antaranya :

1)Naik Cruise Putrajaya
2)Jalan-jalan dan Shopping di Alamanda
3)Makan di Kampung Warisan (yangni kami sempat).Kat sini ABC dia memang sedap.Sate kajang pun ada dijual disini.Mee hun/Mee sup dia pun boleh tahan.
4)Apa lagi ye?

 
P/s :Please vote for me for 2012 Contest at http://2012.com.my/default.asp?preselpid=163 .If i win, I will organize more contest with more interesting prize to my readers.
Related Posts with Thumbnails