Showing posts with label blog cik epal. Show all posts
Showing posts with label blog cik epal. Show all posts

August 10, 2011

Blog Pilihan August 2011

Fuhh, sejak update Blog Pilihan Eyriqazz untuk March 2011, tersangkut di tengah jalan. Mood agak kerajinan skit, so Inilah blog Pilihan Eyriqazz untuk August 2011 :



1) Denaihati  - Hidupkan untuk Memberi. Salah seorang blogger kegemaran eyriqazz yang banyak buat Contest dengan hadiah-hadiah yang menarik. Antaranya Insentif tunai untuk setiap trafik ke blog denaihati . Selain itu, banyak berkongsi isu-isu semasa, keagamaan, sukan, dan sebagainya. Yup, memang benar, saya ada praktikkan, Hidupkan Untuk Memberi, dan it's true, The More you give, the more you will get.

P/s : X sabar menanti next contest dari bro denaihati.



2) Cik Epal - Blogger unik yang mempunyai identiti tersendiri.Cik Epal gonjeng yang terkenal dengan Segmen Menternak lemak, Shaheizy Sam, anonymous,keluar magazines, dan pelbagai lagi.  Gaya penulisannya yang outspoken dan tulus memberikan kekuatan tersendiri di blognya. Blog peribadi yang mencecah 10K+ UV sehari memang sukar dicari dan cikepal telah membuktikannya.RM5K+ sebulan dengan berblogging,memang menjadi idaman setiap bloggers di luar sana. In person dan di blog, itulah orangnya. Tiada sorokan identiti dan apa yang boleh saya katakan, Cik Epal, salah seorang top blogger di Malaysia. Well,well, it's not easy being her, tak gitu Cik Epal?

P/s : Cik Epal, bila mahu payungkan kami berbuka puasa?


3) Mat Gebu - Blogger masakan yang selalu membuatkan air liur saya meleleh dek keterujaan melihat masakan yang dimasak oleh Mat Gebu. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Oh, alangkah indahnya kalau dapat berbuka puasa bersama Mat Gebu. Salah seorang blogger masakan yang cukup top, online users beratus-ratus setiap kali. Umm, siapa cakap blogger Blogspot tak mampu pergi jauh? Mat Gebu sudah membuktikannya.

P/s : Mat Gebu, bila nak ajak saya  makan-makan di rumah mat gebu?

4) Kak Ina KL  - Ketua Talibarutz. Seorang ibu, blogger yang mempunyai ciri istimewa. Mana nak cari blogger yang bukan setakat terror memasak namun selalu join dan menceriakan event-event bloggers? Satu keluarga pula menyokong sama. Blogger yang unik yang berkongsi suka duka kehidupan, kekeluargaan, masakan yang mampu mengalahkan 5 star hotel, dan tak lokek dengan senyuman dan nasihat. A few entries sebelum ini yang saya dedicatedkan untuk Kak Ina, bolehla terjahi ----> SINI

P/s : Bilakah agaknya akan tertunai hasrat di hati untuk makan di rumah Kak Ina KL ?
Abang Ensem @ http://abangensem.com


5) Abang Ensem  - Sesuai dengan nama blognya, memang hensem orangnya. Peramah pulak tu. Inilah blogger Jutawan yang saya kagumi. Mempunyai lebih kurang 14 buah rumah yang mostly disewakannya. Inilah Sang Penyu yang eyriqazz kagumi, di dalam diam banyak membuat side Income dengan hartanah, jualan ebook, seminar dan etc. Banyak perkongsian menarik berkenaan tips hartanah yang memang best untuk diterjahi especially cam eyriqazz yang baru nak berjinak-jinak dengan sewa rumah.

P/s : Bro, taknak kasi ''Ebook sebagai free gift ke untuk saya ker sebagai hadiah raya?" . Boleh saya tolong reviewkan dan jadi affiliate bro... Tak lupa juga, berminat nak join seminar bro tu...Hik4...rezeki ada di mana-mana saja kan?

P/s : Apa pula blog pilihan anda bulan ini? Kongsi-kongsikan di sini, jika ada yang berkenan di hati, boleh saya masukkan  untuk Bulan September pula nanti...

October 26, 2010

Selamat Kembali Cik Epal


Misteri Kehilangan Cik Epal terjawab . Cik Epal kini kembali untuk menggegarkan kembali persada blogging di Malaysia ini. Thanks to Sharinginfoz memaklumkan hal ini.  Selamat Kembali Cik Epal. Ramai yang merindui penulisanmu. Semoga kesihatanmu beransur pulih...

P/s : Good Luck  buat Cik Epal. Jom terjah blognya beramai-ramai...

July 15, 2010

Misteri Kehilangan Cik Epal

Cik Epal Nama diberi
Orangnya Cantik Comel Sekali
Tiba-tiba menghilangkan diri
Tertanya-tanya apakah sebabnya sehingga kini

Cik Epal tidak perlulah saya perkenalkan lagi. Cukup sinonim namanya di kalangan bloggers baru dan lama. Ada Apa Dengan CIk Epal ? . Bagi saya, Cik Epal adalah blogger contoh terutamanya di kalangan blogger melayu. Popular, mesra reader, ada aura tersendiri , rajin menyinggah dan mempunyai follower yang ramai .

Mengancam Bukan?

Ini hits diambil bulan Jan 2010, average uniques visitors ketika itu 1,500+ sehari. Mengancam bukan. Cik epal salah seorang inspirasi saya untuk terus maju dan di dalam segmen TERJAH  saya dialah yang menjadi blogger pertama yang saya terjah dan penangannya begitu memberansangkan dan saya mula dikenali selepas itu.Bolehla refer Penangan Cik Epal dan Melromeo . Sampaikan Nazz Ahmad turut menjadi follower di blognya. Cukup unik dan aura tersendiri yang sukar dicari di dunia blogging di Malaysia ini.

Komennya di blog saya turut menjadi inspirasi dan semangat buat saya.Antara yang saya tak dapat lupakan adalah :

cik EPAL said...

uihhh terkejut. hehehehe. blog ni pon tak lama lagi masuk paper ni. tengok lah satu hari nanti blog bro eyriqazz meletop :)
April 14, 2010 12:05 AM

Pandai Cik Epal bergurau masatu. Namun, saya berfikiran positif dan Alhamdulillah, apa yang diucapkan Cik Epal membantu dan prestasi blog saya semakin memberansangkan dari hari ke hari. Terima Kasih Cik Epal.

Namun, dunia blogging dikejutkan apabila Cik Epal mengambil keputusan untuk Privatekan blognya . Apakah yang telah terjadi? Adakah Sang Anonymous telah mengganggu Privasi Cik Epal? Sukar untuk diketahui, hanya Cik Epal yang mampu menjawabnya. Namun ,inilah pandangan saya kenapa Cik Epal privatekan blog :

1) Mahu fokuskan kepada pelajaran
2) Sudah tidak tahan diganggu Sang Anonymous
3) Personal matter

Apapun, Good Luck Cik Epal. Namamu dan jasamu akan sentiasa mekar dari ingatanku dan juga blogger-blogger yang lain rasanya. Bila sudah tenang emosimu dan sampai masanya , Kembalilah. Kami dan diriku merindui penulisanmu yang ikhlas dan straight to the point itu.

Saya Dedicatekan Lagu Ini buatmu Cik Epal :

Kau Pergi - Aizat (Kredit Picture to Bingkisan Nurani )

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

Kau Pergi membawa diri
Permata blogger, kaulah Inspirasi
Terimakasih dari saya ini
Mata pena, penulisan unik kurindui hingga kini

P/s : Cik Epal telahpun privatekan blog dan berundur dari dunia blog. Bila pula masa saya? Hik3, anything can happen, sedangkan cuaca boleh berubah, inikan pula hati manusia? Lagipun ,andainya saya berundur, tiada siapa yang akan menyedari kehilangan ini.

P/s/s : Apa pula pandangan anda? Terasa something/kehilangan tak bila penulisan Cik Epal sudah tidak dapat dibaca lagi?

April 14, 2010

Terima Kasih Cik Epal

Cik Epal namanya semakin disebut di mana-mana
Aura Hebat, Follower beribu-ribu ,entry menyengat , aku teruja
Entry ini khas buat Si dia
Buat Cik Epal, Terima kasih kerana entry yang penuh bermakna

First of All, nak minta maaf dengan Cik Epal kerana ambil gambaR tanpa kebenaran dan kasitau awal-awal akan ku copy sedikit ayat dia di entry ku ini nanti. Namun, entry terbaru Cik Epal telah memberikan aku inspirasi, kesedaran, dan motivasi untuk terus menulis blog. Betul-betul tersentuh dan teruja dengan entry itu. Entry yang ku maksudkan itu adalah :



Antara ayat yang telah menyentuh perasaan dan begitu mengujakan ku adalah ( dushh, kena taip satu-satu balik, tidak dibenarkan copy, hak3, aku tetap degil,tetap copy. Sila kutuk saya hebat-hebat jika tidak suka.Hik3...)

1) I am Newbie. Banyak lagi nak belajar..... (fuh,masih down to earth walaupun sudah mantap sekarang)

2) Follow the flow. Jangan terus berlari. Nanti akan jatuh tersungkur. Teruskan usaha. Don't give up . Biar merangkak dan bertatih tatih macam baby itu. ( Aku rasa apa yang cuba disampaikan, biarlah lambat,asalkan selamat,jangan jadi pantas tapi terkandas di tengah jalan)

3)Sekarang ini blog tumbuh macam cendawan. Macam-macam jenis cendawan ada.... ( Umm,betul juga,hari-hari blog baru muncul)

Dan yang tak dapat dilupakan, ayat ini .Begitu tersentuh dan memberi kesan yang mendalam membacanya :

"Tapi bila cakap pasal blog, itu terpulang pada citarasa dan niat. Kalau niat nak glamour itulah yang kau dapat. Kalau niat nak dapat duit, itulah yang kau dapat. Blogger yang berjaya bukan blogger yang nak duit atau or trafik semata, sebaliknya lebih kepada berkongsi maklumat dan info."

Betul juga katanya, jika dilihatkan bloggers-bloggers popular dan berjaya seperti:

Kennysia - Berkongsi kehidupan dengan cara yang begitu memikat hati. Lawak-lawak dan ayat yang disusun begitu hebat sekali. Aku jatuh hati dan sebelum aktif berblog, blog Kennysia memang ku singgah hari-hari.
Redmummy - Berkongsi info kekeluargaan, blogging, produk terkini daripada Advertorial dan lain-lain lagi.
BeautifulNara - Berkongsi informasi gosip artis terkini.
Melromeo - Berkongsi tips berblogging, gaya penulisan yang menarik dan pengalaman berblogging yang mengujakan

Tepuk dada tanya selera. Tidak hairanlah, CikEpal walaupun kurang dari 2 tahun berblogging sudah mampu mendapatkan Advertorial Job daripada Nuffnang yang masih menjadi impian ramai bloggers termasuklah saya sendiri. 

Informasi CikEpal ini saya cuba praktikkan untuk entry hari ini, ketika entry ini ditulis ( Selasa, 13 April 2010) dengan entry ini :


Dan inilah Hasilnya :

Hits Tertinggi Minggu Ini

Terima Kasih Cik Epal di atas inspirasi dan entry yang memberikan motivasi dan pembakar semangat. Aura Cik Epal memang mengancam, bolehla rujuk di entry ini juga :


Akan ku cuba mencari rentak ku tersendiri,entry Cik Epal ini benar-benar memberikan nafas baru dan informasi yang dikongsi di sana, betul-betul memberikan kesan mendalam ke atasku.

Last but not least, terimakasih Cik Epal sekali lagi. Dua pantun buatmu :

Cik Epal , usia muda banyak ilmunya
Rajin berusaha kelainan dalam penulisan senjata utama
Teruskan usaha potensi yang besar ada padanya
Mungkin suatu hari nanti 'Redmummy Junior' bakal tercipta

Walau apa yang orang kata
Tetap utuh meneruskan perjuangan dan berkongsi untuk semua
Terima Kasih tidak terhingga
Kesedaran dan informasi yang diterima besar maknanya

P/s : Apa pula pandangan anda berkenaan entry yang saya maksudkan itu? Jom kita berkongsi-kongsi pendapat pula untuk kebaikan bersama.
Related Posts with Thumbnails