April 25, 2003

TRIP TO BLACKPOOL 1

Semalam hari yg begitu menyeronokkan.Trip ke Blackpool berjalan dgn lancar.Bertolak dari University pukul 930 pagi,lepas tuh naik train ke preston,dan terus ke Blackpool Pleasure Beach.Sampai2 jer terus tak sabar menikmati keindahan taman permainan di Blackpool.Trip turut disertai oleh Syed,Helmi,Diyana,Mas Ayu,JIden,Kak Jas,Kak Zieha,Ana,KHalid,dan tak Lupa kak Idlan.Semangat begitu berkobar2,yeler,enjoy sebelum term start balik.Hari yg begitu indah,ngan matahari memancar memeriahkan lagi suasana.Sampai di Blackpool kol 1200 tgh hari lebih kurang,terus ke tempat nya.Beratur utk membeli tiket,uumm,bleh tahan semua angkut yg ada waistband,hampir semua benda bleh masuk.£26 rasanya cukup berbaloi,kalo kat Genting RM 40 dah bleh pusing sumer.takpeler,money is not everything in the world.

Lepas jer beli tiket terus tak sabar2 utk merasai suasana taman ria Blackpool.Suasana meriah mulai terasa dengan kehadiran ramainya org di tempat tersebut.Pencarian bermula.SEbagai permulaan,kitorang start ngan yg simple dulu.BUMPER CARS menjadi pilihan.apa org melayu kata,kereta langgar.hehe,best jugak main benda nih,tapi sayang tak reti bawak keter,so,main bedaljer,dan asyik kena langgar dek org.kelibat kitorang mmg cukup memeriahkan suasana dan seperti ditugaskan kak idlan menjadi JUrurakam kitorang.Aksi roz begitu bergaya setelah keretanya berpusing2 di tengah gelanggang dan sempat di langgar oleh kHalid.heheh,rupanya ada gaks org senasib ngan aku.muakakakaka,cayoler roz.

Penat blom dirasai,DOCTOR SPIN menjadi pilihan kedua.perghh,giler gayat aku tgk.benda bergayut yg berpusing 360 darjah cukup membuatkan sesiapa yg mahu menaikinya berfikir beberapa kali termasukler aku.ahh,keputusan dibuat,aku takleh mudah mengaku kalah,walaupun kak jas sudah berundur,aku tidak boleh berundur di saat akhir.malu ler aku ngan dak pompuan walaupun di hati,semakin kuat degupan jantung ku berbunyi.Jiden,Khalid,diana,mas,kak zieha,dan ana dilepaskan dulu.Bunyi tepikan budak2 pompuan disusuli bunyi senyap mat salleh setiap kali benda tuh berada di bawah.ahh,sempatker lagi aku kalo mahu mengubah fikiran?mungkin tidak...sampai giliran kitorang,aku,helmi,dan syed bermula utk meneruskan.12 pusingan bukannya cukup cepat bagiku.Berada diatas,perghh,giler cantik pemandangan di Blackpool,nampak pantai dan keindahan alam ciptaan Tuhan.MMg best.walaupun lama di atas,gayat tidak begitu dirasai.pusingan dimulakan,ahh,tidak,.giler laju pergerakannya dgn kitorang berpusing2 di udara.rasa cam superman sesat cuba nak belajar terbang.ekekek,perasaan bercampur baur,...ketakutan semakin hilang,bila ia berpusing ke bawah,aku sempat melaungkan go milan..hehe,milan still tak dilupai.perghh,giler best,tanpa diduga aku mampu menaiki benda nih,bila tgk video balik cam tak percaya rasanya.hehehe...kalo org lain berani,kenapa aku tidak?eyriqaz blom mahu mengaku kalah..SPACE INVADER menjadi pilihan ketiga.lebih kurang cam roller coaster gelap.okler,biaser sajer,cuma kepala rasa cam kekiri kekanan pabila ia asyik membelok.kemeriahan semakin dirasai.tiba masanya utk MILLENIUM BUG.macam bulatan yg berpusing2 ngan lajunya cukup utk membuatkan kepala kitorang berpusing2..aduh,pening eden.takperler,nanti takyah naik lagi,buat peningkan kepala ajer.MOTOR BOAT RIDE menjadi pilihan seterusnya.naik motor boat air.hehe,bermain air ler pulak setelah puas dipeningkan.helmi dan diyana menjadi pengemudi perahu kitorang.aisehh,bestnya dapat bermain air.hujan mula turun ngan renyai2 tapi cukup utk membuatkan badanku kesejukan.walaupun sejuk semangat utk menaiki benda2 lain belum hilang.Sebagai langkah berjaga2 takutkan hujan semakin lebat,MAX BIG ONE menjadi pilihan.roller coaster yg begitu tinggi dan curang.lama juga menunggu.penantian berakhir,kitorang memulakan langkah.perghh,bagaikan berada di awangan,dengan kesejukan dan kenderaan angkasa yg memecut lebih dari 70 km/j.hehe,ntah,yeler kot.kelajuan nya cukup utk membuatkan helmi dan syed menutup mata ditambah ngan belokan merbahaya cukup utk membuatkan aku gerun.pergh,kepuasan jelas tergambar setelah menamatkan perjalanan.rasanya roller coaster kat genting lagi takut kalo nak comparekan ngan yg nih.setelah habis,masa utk berehat sebentar.masa utk makan,makan tengahhari dulu.aku masih kenyang,so,chip menjadi pilihanku.helmi dan jid order fish&chips berlaukkan kari manis.teringat makan ayam masak merah manis masa kat Kelantan.perjalanan diteruskan setelah perut diisi.TRAUMA TOWERS dan GHOST TRAIN menjadi pilihan.tak byk yg boleh diperkatakan,cukup bosan,hantu yg langsung tak menakutkan.takper,perjalanan belum berakhir.umm,setakat ini dulu.Nanti di sambung kembali...

Inzaghi’s annoying habits may not make him everybody’s favourite footballer, but his knack of being in the right place at the right time has taken Milan into the semi-finals of Europe’s most prestigious competition quote from THestar.For me,he is the hero.Go Inzaghi,beat inter and REal in FInal..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails