November 7, 2009

Ahakz and the Gang

Tengah-tengah dok surf internet, terclick laa fotopages gambar-gambar lama.Teringat pula zaman di universiti dulu bila buka gambar-gambar lama.Betul kata orang,sekeping gambar membawa seribu makna.Ingin ku kongsi kan gambar benda-benda yang aku ambil semasa tengah boring dan tak dapat nak lelapkan mata di sana:


Cermin mata : Dulu aku pakai cermin mata khas untuk study.Untung belajar kat sana,cermin mata dapat subsidi,£200  kalau tak silap rasanya.Teddy bear dan medal :Teddy bear aku beli semasa di Carboot,medal kemenangan Manchester UKEC games (bola tampar).Setem : Setem UK ada yang 1st dan 2nd class,gambar Queen of England.


Duit £5.Kat UK duit £5 dah beli ble byk makanan.Yerla,Kit Kat baru 40 pence(sen), pisang 20 pence, set lunch £3.Tiket percuma wayang dan Keychain Bart Simpson :Dulu suka tgk citer the Simpson.Kelakar,antara favourite cartoon ku .


Loceng kecil  yang kubeli di Carboot (apa itu Carboot?,try google search).£5 voucher buku dan kad telefon di bilik di asrama university.Namanya pun dah mengancam, Anjing dan tulang.Tapi,kejap je pakai kad ni kerana masa di UK ambil line boleh call 1000 minit ke any number(including Malaysia) percuma.Mmg bergayut sampai habis baterila jawabnya.


Tempat letak handset, tiket wayang (tgk Hellboy) dan Student Card. Seronok tengok wayang di UK kerana seat dia luas.Aku lagi suka tgk wayang di Manchester kerana suasananya lebih menarik.


Kad fotostat, kad dobi dan Unirider Bas. Mudah,tak perlu nak masukkan syiling nak fotostat di perpustakaan universiti ataupun dobi universiti.Kad bas pun dijual sebulan.Murah dan memang berpatutan.Boleh pusing satu zon di Manchester.Nak pusing satu Manchester kena beli yang utk semua zon la.Perkhidmatan bas dia pun memang efisien,kalau kata sampai 1015 mmg 1015 la dia sampai.Tak perlu risau,tip top nya servis.Terharu aku tgk keadaan bas di Malaysia,dahler macam sardin,tak menepati waktu pula tu.

P/s : Masa itu emas.hargailah ia sebelum kita menyesali masa yang terbuang dengan sia-sia.

2 comments:

Related Posts with Thumbnails