November 3, 2009

Terimakasih NCCC

Sambungan kepada entry Tipah Tertipu sebelum ini,aku masih belum berpuashati.Aku membuat laporan kepada NCCC berkenaan perkara ini kerana aku merasakan sebagai pengguna ,aku berhak mendapat balik hakku :



Beberapa hari lepas tu,aku mendapat  salinan surat daripada NCCC kepada pusat pengurusan tol Lebuhraya Pantai Timur Tersebut (MTD InfraPerdana Berhad).Inilah lebih kurang isi surat tersebut :

1)Pengadu tidak berpuashati dengan perlakuan kakitangan dan perkhidmatan pihak tuan.Pengadu merasakan beliau tidak sepatutnya dikenakan sebarang bayaran.Sepertimana di peruntukkan oleh Seksyen 9(2) Perlindungan Pengguna 1999 (first time dengar pasal akta ni,hehehe,kurangnya ilmuku sebagai seorang pengguna), tidak ada sesiapa boleh mengelirukan pengguna mengenai sesuatu perkhidmatan.

Minggu lepas aku mendapat salinan surat daripada MTD kepada Ketua Eksekutif NCCC berkenaan respons mereka yang diturut di CC kan kepada Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan,dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.Inilah lebih kurang rumusan balas tersebut :

1)Mereka merumuskan pengguna tidak sepatutnya mempercayai maklumat daripada pihak ketiga yang boleh membawa kepasa salah faham (saya mendengar sendiri perbualan tersebut dengan pihak MTD)

2)Di dalam sidang akhbar yang telah diadakan,kenyataan laluan percuma selama 5 jam iaitu dari 12 malam sehingga 5 pagi pada dua tarikh tersebut tanpa meperincikan mekanismanya dan adalah tidak adil dikatakan mengelirukan(kalau anda,apa yg anda faham,entry point,closing point,or both?Lagi satu,kenapa dalam sidang akhbar tersebut tidak diperincikan mekanismanya.Biarlah terang dan bersuluh)

3)Ini merupakan aduan pertama yang MTD terima tentang jurutol enggan memberikan resit (Salah aku ke?pastu manalah aku check nama mamat yg jaga tol tu!!)

4)Namun,atas semangat sambutan Hari Raya yang baru sahaja berlalu dan bagi mencapai matlamat dan membantu meringankan beban pengguna,MTD dengan ini bersetuju membenarkan pengguna menikmati kemudahan tol tersebut dan memulangkan semula bayaran beliau sebanyak RM21 tanpa prejudis (masih tidak mahu mengaku kesalahan/kalau mahu mengurangkan beban,kenapa tidak dihapuskan sahaja tol sempena hari raya??Tak pernah lagi kudengar,tol operator buat kerugian dalam satu tahun) :


Walaupun hanya RM21,ianya tetap duit.Cukup untuk breakfast ku selama seminggu

Komenku terhadap perkhidmatan NCCC:

1)Memang bagus dan pantas.Walaupun perkhidmatan ini dikendalikan secara sukarela dan tanpa bayaran,perkhidmatan yang ditawarkan memang berkualiti tinggi.Setakat ini sudah lebih daripada 3 aduan ku adukan seperti perkhidmatan fitness centre yang mengelirukan,perkhidmatan MLM dan perhotelan dan semua respons kuterima daripada NCCC adalah tersangat memuaskan.

2)Antara khidmat ditawarkan NCCC : 1.Menerima dan merekodkan aduan, 2.memberikan khidmat nasihat
3.Membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual, 4.Menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut, 5.Membuat analisa dan penilaian terhadap aduan yang diterima, 6.Menyalurkan maklumat analisa dan penilaian kepada pihak kerajaan dan umum

Jadi,sekiranya anda mengalami masalah tentang barangan dan perkhidmatan,bolehlah buat aduan kepada NCCC.Setengah-setengah org kata lecehla,susahla,tak ble buat apa-apalah,namun sebagai pengguna kita mestilah menjaga dan mempertahankan hak kita sebagai pengguna.Bak kata pepatah,Bersatu Kita Teguh,Bercerai Kita Roboh.Laman web NCCC adalah http://www.nccc.org.my

Last but not least,terimakasih NCCC.Perkhidmatan anda memang tersangat memuaskan.Rating :11/10

P/s : Hargai dan pertahankanlah hak kita sebagai seorang pengguna.Jangan lah kita asyik mengharapkan kepada pihak berkuasa,kita pun mesti memainkan peranan kita.Tanpa pengguna,siapalah pengedar,penjual, dan sebagainya.Jadi,stand for ur right and do what you think the best for you and society.

2 comments:

  1. Good one!

    I have shared it with my blog friends and readers here too ;)
    http://secondtimeparenthood.blogspot.com/2009/11/national-consumer-complaint-centre.html

    I have linked it to ur blog..;) hope u don mind!

    Cheers!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails