Hai susahnya dalam hati
Nak kahwin duit tak cukup lagi
RM20 ribu sudah pasti
Rasanya ingin buat pinjaman peribadi
Namun syarat tak cukup lagi
Masih belum disahkan jawatan sehingga kini
Si dia ternanti-nanti
Mak dan ayah tak sabar menanti
Menantu untuk si puteri
Puteri tunggal penawar jantung hati
Apalah yang perlu ku buat lagi
Takut si dia disunting orang lain diterima keluarga menyesal tak sudah nanti
Aduhai,pilunya hati
Kenapa perlu jadi begini
Kalau Pinjam Ah Long faedahnya menggunung tinggi
Usah cari nahas perkara begini tiada kompromi
Tekadkan usaha pasangkan niat di dalam hati
Kalau dah jodoh ke gunung tinggi sanggup didaki
Lautan api sanggup direnangi
Berkata-kata mudah sekali
Cubalah sekali aku nak tengok bukti
Wahai adikku berat sungguh bebanan lelaki
Mencari duit untuk bakal si isteri
Cincin ala kadar buat malu je nanti
Majlis kahwin hanya sekali
Memang dah takdir si lelaki
Adat dan resam mesti ditepati
Mulut orang susah nak dizipi
Untuk menjadi raja sehari
Banyak halangan yang perlu ditempuhi
Bukan mudah ada yang tertewas bawa diri
Ada pula yang kahwin lari
Tak cukup duit,kahwin lari pun jadi
Kahwin oh kahwin , hanya yang mengalami yang mudah mengerti
P/s :
Luahan hati sendiri
Sebelum kahwin rintangan perlu ditempuhi
Kewangan masalah utama zaman kini
Mujurlah semuanya berjalan rapi
Pinjaman peribadi berjaya diperolehi
Isteri penyayang ,anak yang jelita,dan dimurahi rezeki
Terima kasih di atas kurniaan Illahi
GTO nak tips ? ym aku . aku guide skit ;)
ReplyDeletenanged:
ReplyDeleteRezeki akan mencurah² kalau dapat anak. itu aku tau dari ustaz :) dia ada ceritakan pengalaman hidupnya yang sangat sukar kepada sangat sempurna
marriage.. a wonderful thing to do..
ReplyDeletebut certainly takes alot of commitment, dedication and responsibility =)
kenwooi.com
'tak cukup duit, kawen lari pun jadi'
ReplyDeletehaha. tindakan tak baik ni.. hehe.
He hehe... Samalah kita.. cuma aku lum jumpa lagi siapa..
ReplyDeletePerkahwinan memerlukan komitmen yang tinggi. suami isteri perlu bertoleransi..
ReplyDeleteTidak akan berlaku penceraian jika kita sefahaman dan saling memaafi dan dapat menerima kekurangan setiap pasangan kita. Jauhi sikap ego jika tidak anak2 jadi mangsa penceraian.
yup, sy x nafikan yg tanggungjwb lelaki mmg BERAT!!
ReplyDeletehal perkahwinan memerlukan kerjasama 2 pihak..
buat ala kadar je..tak yah la buat grand grand..ikut kemampuan..yg perempuan pun jgn lah demand...yang perlu dipikirkan adalah perbelanjaan dan kewangan lepas kahwin...
ReplyDeletechop!
ReplyDeleteanuar zain ngn wife dia ke?
bila masa kahwin?
moga pasni bertambah2 anak =)
ReplyDeleteMula2 kwin mmg mcm2 dugaan..lame2 kte akn sdar byk hkmah yg tsmbunyi..rzki pun alhamdulillah melimpah ruah..
ReplyDeletehuhuhu...
ReplyDeleteteringin sgt nak kawen..
bilek ek??
adoyai!!!
"jawabnya tak kawen2 la sampai kini"..huhuhu
ReplyDeleteHah hahahaaaa ... kelakar!
ReplyDeleteEh, kalau nak share RM10, jenguklah blog akak k!
nak kawin gak laa nak tau mcmn.
ReplyDeletekawen??takot nak kawin..
ReplyDeleteEh, Anuar Zain dengan siapakah itu?
ReplyDelete=]
Nak kumpul duit bukan sebab nak kawin~ Calon pun takde~ Nak kumpul duit beli kereta~ Heheh~
Melz : Melz,u r rite.Bila ada anak ini,walaupun ada masalah,rezeki Alhamdulillah,semakin mencurah2...
ReplyDeletei dah add u di ym tapi tunggu u tak online pula.nanti i mesej u back ye
kenwooi : U r rite.It is a wonderful things but really need a lot of commitment,dedication,and responsibility.
chah :It not me.I kahwin cara halal.I mean itulah yg terjadi masa kini,dan ada org yang saya kenal kahwin lari coz tak cukup duit.
zool :Selamat mencari.kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum namun nak mencari kuntuman yang bersesuaian bukannya mudah.
joijoi80 :tepat sekali..
aDieyza : yup,ramai kawan2 saya sampai sekarang tak kahwin lagi kerana belum cukup duit .kesian bila fikir2kan.
ReplyDeletenizaa :U will know what i mean.Walaupun tak grand,macam2 mulut org akan berkata2...sesimple majlis sekarang ni pun,rasanya takde RM20k mmg tak ble kahwin.
zack :Anuar zain blom kahwin.tuh gambar dia bergambar dengan pengantin.takut terlepaske?Still ada chance zack.
izzahfarhana :thanks a lot.InsyaAllah.
Hernee Nazir : U r rite..Alhamdulillah,lepas kahwin rezeki bertambah.
Ghostone :Masanya akan tiba.semoga berjaya.
ReplyDeleteJMR :Wah,mendalam bunyinya.u pun ada masalah kewangan nak kahwin ke?
Precious :nanti saya singgahi.Saya akan cuba singgah kesemua blog yg komen.
ezzati :takut nak kahwin.Umm,kahwin itu indah.Asam garam kehidupan.
LORDZARA :tak pasti la pula..ambil gambar di internet.try u search google,mesti temui jawapannya.
ni yAng maLas ni. Nak kahwin je kEna banyAk duiT. DaLam isLam ada kata, ikut kemampUan je la. Xyah pAksa.
ReplyDeleteAku x yAkin dengAn keikhLasan bakaL isTeri kaLau aku kEna pAksa cAri duiT gitu. So, aku cAri je yAng lain kaLau aku di tempaT kau. haha~
However, seLamat berUsaha~
serious ingat ke anuar zain dah kawen tadi..hahaha..tapi mmg besh la puisi tu..
ReplyDeletelelaki kena gak bersusah sikit..supaya nampak kesungguhan dia betul2 nak kat perempuan tu..kalau senang sangat dapat kang tak appreciate pulak..
tapi takde la sampai luar kemampuan pulak..kalau dah pompuan tu letak tinggi sangat tu..maknanya 2 je la kot..samada dier mmg tak suke kat laki tu..takpon dier ada niat tak berapa besh..
lgpon semua duit tu nnt ke persiapan kenduri jugak..bukannye kami2 ni buat gi beli handbag LV ke Coach ke ape..
just my 2cents jek :D
hmmm...kahwin guna banyak duit..haihhh...letih la nak tunggu cukup duit. nasib baik ada pinjaman peribadi...
ReplyDeleteadeh2..aku ingat anuar zain dh kawen tadi..sgt saspen tengok gambar..wakaka
ReplyDelete