December 6, 2009

Laughter is the Best Medicine


Saiful Apek dan Nabil, pelawak No. 1 di Malaysia


Tergelak aku bila baca cerita lawak di http://luculawakonline.blogspot.com/ .Ini adalah antara story di sana :

1)Pemikiran Kreatif

Dalam kelas, matapelajaran Matematik Permulaan, Nora, cikgu tadika bertanyakan soalan.
"Ada 3 ekor burung di atas pokok.
Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi baki yg tinggal di atas pokok?"
Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"hmm salah tu Mat! Jawapan yg betul tentulah 2, 3 tolak 1 sama dengan 2.
Tapi cikgu suka cara kamu berfikir"..kreatif' ..tambah cikgu tu lagi

Ketika waktu rehat, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Sambil menikmati aiskrim yg dihadiahkan oleh Cikgu nya itu, Adik Mat tetiba bertanya, ..
"Cikgu.., ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu makan dgn style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"..

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. tapi cuba berlagak neutral cikgu pun jawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu la kot.."..
"Salah cikgu.., yang ade pakai cincin laa yang dah kahwin... Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir".. kreatif..

hehehe... mat mat.
 
2)Soalan Licik ,Jawapan Cerdik

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?

Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?

Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.

P/s : Tak salah berjenaka kalau kena dengar caranya.Cuma,janganlah pula kita yang buat lawak bodoh atau lebih teruk diperbodohkan.Hey,siapa kata lawak tak boleh buat duit?Lihatla Nabil,Saiful Apek, Senario,Mr Bean (he got PHD maa), dan juga Stephen Chow.Bukan main kaya raya lagi.Yang penting,minatt....Siapa sangka Nabil dari seorang mat despatch sekarang sudah menjadi Jutawan?

10 comments:

  1. hahaha..gelak di pagi hari..gelak terapi minda act..

    ReplyDelete
  2. hahahahaha.. I really laugh with this one .. :D

    Fyzals Territory

    ReplyDelete
  3. hahahahaha..
    itu je yang mampu aku kata.
    =P

    ReplyDelete
  4. hehehehe..
    a ah...
    ble ketawa hilang stresss...
    hepy je rase...
    ble da bis ketawa,stat stress blik:(

    ReplyDelete
  5. JMR :Gelak di pagi hari.awal bangun?

    Fyzal :Which one?camne u buat link tu ye?

    Daline : I love it too

    Lord Zara :Ramai2 pun ble..

    Zack :Comel u gelak.

    Porcupine :jgn stress sgt.u should enjoy ur life

    aleene :meh gelak sama2

    ReplyDelete
  6. Kalau saya jadi pengetua, saya promote cikgu tu jadi assistant dah.... Hahaha.

    ReplyDelete
  7. cikgu tu kreatif, anak murid tu pun kreatif. hehehe.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails