February 22, 2010

Tips Berblogwalking

Salam semua. Kalini seperti yang eyriqazz janjikan , eyriqazz ingin memberikan satu lagi tips. Tips ni dari beginner dan lebih sesuai untuk beginner.Jadi, andai ada salah silap, terlebih dulu minta maaf ye? Tips yang eyriqazz ingin kongsi harini adalah :

Tips Berblogwalking

Inilah tips yang ingin eyriqazz kongsikan melalui pembacaan, pengalaman, dan bertanya blogggers-bloggers lain yang lebih berpengalaman :

1)Tinggalkan Komen yang membina

Seperti yang eyriqazz  tekankan sebelum ini, bila menyinggah blog orang, jangan lupa mengomen jika sempat .Namun, bagilah komen yang membina yang akan dihargai oleh penulisnya. Jangan hanya tinggalkan komen seperti good post, great entry, nice dan berharap penulis tersebut akan menyinggah kembali.Andai tidak sempat mengomen, kalau ada shoutbox, tinggalkan la jejak di sana.Untung-untung, penulis menjejaki kembali.

2)Kualiti atau Kuantiti ?

Saya ingin kongsikan ayat daripada Kak Jie yang betul-betul memberi kesan kepada saya sebelum ini. Komen ni diambil dari forum Gengblogger. Inilah komennya :
"Kemudian mulalah melawat jiran tetangga. Jangan terlalu ghairah mengexplorasi diri di setiap blog sehingga anda kelihatan seperti spammer. Persahabatan perlu dibina, tak akan muncul dalam sehari dua tak akan datang tanpa di cari, tak akan dapat tanpa MEMBERI! Membina perhubungan adalah seni pengurusan yang memerlukan sistem pentadbiran yang kemas iaitu pentadbiran peribadi yang baik. Kita belajar menguruskan ego seseorang, keperluan emosi , psikologi dan sosial teman berkenaan. Bila teman sekeliling kita merasa segar, bertenaga dan selesa dengan apa yang kita lakukan, barulah kita mendapat tindakbalas yang baik."
Jadi, fikir-fikirlah balik .Komen yang berkualiti akan memberikan loyal reader yang berterusan namun jika hanya mengejar short term visitor dan meninggalkan komen hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, loyal reader anda akan lari.

Dulu, saya pernah buat silap dalam berblogwalking ini. Namun, sekarang, walaupun semakin kurang yang dapat saya singgahi setiap hari berbanding masa dahulu, namun saya akan pastikan yang saya baca entry mereka dan cuba tinggalkan komen yang berkualiti dan boleh diterima. Saya tetap akan singgahi ke semua pengomen, cuma cepat atau lambat sahaja. Quality is better than Quantity,kan? Jadi, tepuk dada,tanya selera.

3) Long Term or Short Term?

Kalau mahukan visitor untuk long term, cubalah bagi komen yang berkualiti dan konsisten. Saya amalkan dan ianya berjaya bagi saya. Jika mahukan visitor yang ramai dalam masa yang singkat, tinggalkan komen di shoutbox selalu. For me, saya buat kedua-duanya, yang mana komen di shoutbox, saya balas di shoutbox, yang mengomen di entry, saya komen entry. Give and take kan ?Lagipun, mungkin agak kurang selesa bila kita mengomen di shoutbox namun meminta balasan mengomen di entry?Jadi, fikir-fikirkanlah.Saya pun baru sahaja letak shoutbox supaya saya boleh berinteraksi dengan visitors saya dan ianya bagus untuk bloggers baru seperti saya .



4)Give and Take

Saya biasanya lakukan ini sebelum pukul 12 malam. Jika anda Nuffnangers, check Analytic Nuffnang dan tengok referral. Di sana ada lebih kurang top 15 referral, jadi jangan lupa berblogwalking di blog mereka dan tinggalkan komen. Tentu mereka rasa dihargai dan ingin teruskan kasi backlink kepada anda di masa hadapan. Sama-sama menolong baguskan?

5) Blogwalking bagus untuk Kesihatan Blog Anda

Yang ni tiada kaitan sangat.Cuma nak relatekan kan dengan pengalaman peribadi. Kalau anda mahu menjadi pelari jarak jauh, larian yang konsisten dan stamina amatlah dititikberatkan ( long term visitors juga). Kalau mahu menjadi pelari jarak dekat yang berjaya, pecutlah sekuat hati (short term visitors).

Jadi, pilihan di tangan anda.Bagi saya, hasilnya, inilah yang saya dapat di hari Sabtu yang lepas (satu entry/paling kurang berblogwalking minggu lepas/weekend )


252 visitors (Oklah bagi saya yang masih baru ini)

P/s : Ok ke tips ni? Saya sedar, apa yang saya utarakan ini tidak semestinya betul.Apa pula pandangan anda?

84 comments:

  1. bagus tips ni. sesuai untuk aku yg masih beginner. kata2 kak jie tu memang sedap didengar la. kak jie tu memang selalu ada ayat power..

    ReplyDelete
  2. sokong2..shaye akan praktiskannye selalu..seronok berblogwalking ni..sebenarnye kite lebih banyak jumpe kawan..sambil2 klik nuff masing2..package tu..hehe..:)

    ReplyDelete
  3. sangat setuju kat semua point tu..lagi2 yang give and take tu..kita memang tak boleh nak harap org bagi kat kita je..kena ingat juga kan,yang memberi lebih baik dari yang menerima..kalau boleh,cuba setiap kali kita terima dari orang,berikan yang lagi bagus utk dia..haaa,sendra dah mula cakap macam bagus dah kau diam sendra..

    hahah,tapi tulah yang dapat difahami konsep paling penting dalam blogwalking rasanya..sila beri tunjuk ajar kat blog kueh tart.masih baru lagi dari oven tu..haha.

    cheers,
    sendra.

    ReplyDelete
  4. to me, semuanya benar...
    and tip no.4 tu, is something new for me....
    thx bro...

    ReplyDelete
  5. thanks for sharing this info.. sgt berguna utk blogger baru mcm zana..

    dulu zana jarang visit blog ni but semakin hari semakin mantap entry kat blog ni, so terus teruja utk read this blog.. tahniah!!

    ReplyDelete
  6. wahhh satu hari jer dpt 250 visitor..salute lah kat u..

    saya stuju part give n take tu,kalau kita buat komen kat entry org,diorng akan datang balik baca dan buat komen kat kita.

    v.nice info,thanks bro.

    ReplyDelete
  7. hebat. terima kasih bg tip. masalah blogwalking ni ialah ia makan masa. smpi makan punya masa pon effect :P

    ReplyDelete
  8. saya tak penah capai 200 lagi..tp masih maintain 100++..akan cube baiki penulisan.n ikut tips nih..time kasih!

    ReplyDelete
  9. eyriqazz memang bagos la..
    selalu bagi tips2...
    ye la, otai katakn;p
    he3..

    ReplyDelete
  10. GTO..byk btul tips.harus digna pakai oleh sy yg masih bru dlm blogging ni..bravo

    ReplyDelete
  11. btol tu bro..sumer info btol..lagi satu tu, biar ikhlas bila memberi komen. jangan mengharap sgt dilawati kembali. kalo tak, tertekan nnt..berblog biar ikhlas..baru best..go bro go!

    ReplyDelete
  12. bagus tips ni.aku selalu blogwalking.tapi kadang2 tak sempat nak drop komen.yang penting rss feed kena setting btol2 la sebab nanti orang tak tau kita update belog.

    ReplyDelete
  13. thanks for the tips bro. saya dah cuba implement a few tips2 yang bro publish sebelum ini, dan alhamdulillah sudah nampak progress.

    betul kata bro, kena bersabar dan lebihkan usaha. saya akan terus berusaha! :D

    ReplyDelete
  14. slalu gak blog walking...
    yelah...sy masih newbie...
    xfames lg hehhe

    ReplyDelete
  15. betul la ni...sape kata salah...sebab yang penting dalam berblog adalah reationship tan interaction..sapa kata fakta abang ni salah bagi tau saya biar saya lipat silang gunting...hak2

    ReplyDelete
  16. sy akn amalkn tips ni.. tq share info..

    ReplyDelete
  17. tips yang berguna dari bro eyriqazz. btol2, kualiti itu lagi penting..untuk jangka masa yang panjang.

    ReplyDelete
  18. thanks for sharing..:)

    ReplyDelete
  19. sy dulu selalu blog walking tapi tak tinggalkan jejak. bila dah lama sikit baru berani tinggalkan komen membina atau sekurang2nya say Hi kat shout box.

    ReplyDelete
  20. tk pnh beri comen membina. takut salah comen, karang ade yg kecil hati. adesh.

    ReplyDelete
  21. tq2... tips yang sgt berguna utk new blogger cam ai..:)

    ReplyDelete
  22. tq bro for the tips :)

    slalu baca blog bro & really inspire me.betul tu jalinan persahabatan bkn sehari 2 dapat dibina kan,apatah lagi blog fwenz.

    ReplyDelete
  23. betol la tu..

    setuju sangat..

    akan digunapakai..

    jgn mara aa cikgu

    thanx~~

    ReplyDelete
  24. bagus cikgu tip nie.sy nak try guna tip blogwalking nie

    ReplyDelete
  25. saya setuju, bina persahabatan, lebih mudah diingati, kadang-kadang kalau nama yang pendek sangat dan hampir sama dengan nama orang lain pun boleh buat kite terlupe kan, huhuhu mcm nama Eyriqazz GTO ni mmg unik, saya memang ingat..peace...........(^_^)

    Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  26. nak sentiasa bloghoping mmg tak sempat kan, tu yang penting nya kualiti dr kuantiti..
    kita sendiri pun mcm tak suka kalau dpt komen pendek2 sekadar kata 'nice entry' entah baca ke tidak kan

    ReplyDelete
  27. baru semalam buat, cek referal kat nuffnang sebab visitor semalam ada sedikit luar dari kebiasaan..

    mekasih kat tuan tanah sebab buat link saya semalam..
    ada ubi ada batas... ada hari nanti ku balas

    ReplyDelete
  28. aiyyyooh link apa letak tadi??? it is me lah! ada ubi ada batas...!

    ReplyDelete
  29. wah, 200 lbh tu... aku nak sampai 150 pun semput.. haha

    aku stuju dgn tips ni.. aku pnh cuba semua.. mmg btl

    bila aku kuat walking tp komen kat shoutbox je, esoknya aku check analytic mmg jumlah visitor meletop..

    esoknya hilang semua.. huhu

    ReplyDelete
  30. Salam... Tips yang bagus.. Setuju bile bercomment mesti bagi komen membina yang berkualiti...

    Bagi budak baru belajar macam saya masih banyak yang kena belajar..

    ReplyDelete
  31. hahaha,
    dah byk aku malkan tips kau abang gto..
    alhamdulilah.
    makin hari visitor makin naik..
    aku pulak makin hepi dan bersemanagat lagi..

    tapi satu je , jgn ingat kau dah bagi byk2 tips..
    kitorang takkan tembak mase main paintball nnt....
    hahahahak..

    ReplyDelete
  32. visit u, visit me back ya..itulah yg slalu aku dpt..huhu

    follow u, follow me back ya

    ReplyDelete
  33. memang bagus kan sharing tip-tip ni..seronok akak baca...
    wah makin lebatlah lepas ni buffered earning kamu..

    ReplyDelete
  34. tips yang mantap dan jitu..sangat mudah untuk di praktikkan..tapi setiap usaha itu haruslah dilakukan dengan penuh keikhlasan dan sabar untuk mendapatkan balasan atas segala usaha yang kita lakukan itu..selamat berjaya..

    Adi Azli Dot Com

    ReplyDelete
  35. waa...terima kasih atas info anda...sangat bersetuju...

    ReplyDelete
  36. tq bro....sy pun beginner jugak....sharing is caring...

    ReplyDelete
  37. bgs tips ko bro.. tq 4 sharing.. point2 ko 2 sgt membantu lg2 tuk org yg baru menapak cam aku..thumbs up tuk ko..!!

    ReplyDelete
  38. memang kena rajin betul2 la nak membina persahabatan belog2 ni.. :D

    ReplyDelete
  39. wah..ader tips tuk beginner ni yg best ni..paper pun,sy da follow ur blog..

    ReplyDelete
  40. i selalu tinggal komen after baca seluruh entry and baca komen2 kat entry tu skali.. kalo x complete 2-2 mmg x tinggal jejak.. heh.

    aah. stuju sgt dgn lbihkan kualiti dr kuantiti tue.. btol2

    ReplyDelete
  41. terima kasih ...setuju dengan pandangan cikgu GTO :-)

    ReplyDelete
  42. Kak Jie dah makin kurang blogwalking.....terus terang..makin lelah..makin kelabu mata nak mengadap pc mcm dulu2...

    jadi dah usaha daari awal2..skrg ni tunggu SEO je

    ReplyDelete
  43. okey.. bg saya yg masih baru.
    Thank bab caring.. huhu

    ReplyDelete
  44. thanks3~! suke bace tips2 uncle eyriqazz nih...sungguh membina... :)
    mintak2 berterusan...so bleh cilok byk lg dr beliau... ngeee ^_^

    ReplyDelete
  45. terima kasih sebab saya memang pemalu sikit nak tinggalkan komen..but this was really good advice.thanks a lot

    ReplyDelete
  46. oh! sangat berguna semua tips tu.terima kasih ye

    ReplyDelete
  47. baru terperasan entry ni..sy cam tertanya2 gak..berapa lama ek eyriqazz spend a day untuk blog walking ni? and berapa byk blog sehari are recommended for us beginner ni? :D

    ReplyDelete
  48. wah! tips bagus ni..sy pun beginner kn..tak tau apa2 lg pasl blogging ni. bila dah baca post td tu,baru la terbuka minda ni sikit..thanx!

    ReplyDelete
  49. wah! tips bagus ni. sy pun masih baru lg dalam dunia blog ni lg,xtau apa2. bila dah baca tips tu..hah..baru la terbuka minda ni sikit. baru la bersemangat sikit nak tulis blog. thanks~

    ReplyDelete
  50. suka baca tips2 di blog anda ni. Tips yang bagus dan bernas. saya berblog walking, tapi selalu je lupa nak tinggal jejak. tapi saya sebenarnya baca entri di blog tu. kalau ada idea nak komen, saya komen, kalau tak de, saya diam je. lebih baik saya mendiamkan diri daripada beri komen yang bukan2. saya juga tak pecut ketika blogwalking, slow jog je. take time nak baca and komen, sebab selalunya saya explore setiap blog yang saya masuk, buat sedikit kajian dan analisa.

    ReplyDelete
  51. tips yg sangat baik...actually aku ni memang budak mentah...ada entry berkaitan tip2 camni bagus gak....yela...bukan senang nak senang kan...mohon tunjuk ajar....

    ReplyDelete
  52. saya setuju sangat dengan tips berblogwalking saudara eyriqazz...saya tak suka dengan iklan nuffnang sebab itu saya tak letak di blog saya...hihi...yang tips lain semuanya tip top...thanks

    ReplyDelete
  53. tips yang bagus utk blogger beginner mcm sye nie..blogging adalah bkn skadar utk earn money..tp lebih dr pkr tersebut..dengan blog kte bleh dpt pahala sbb share ape shj pkr2 berguna kearah kebaikan..dgn blog..kte kte bleh eratkan silaturahim antara manusia walaupun di alam maya yg kte sdri pun xknal siapa org tu..dengan blog..kte dpt kebaikan..dengan blog kte dpt keburukan..ia bergantung pada diri sdri mcm mane kte menggunakan medium blog nie dalam pernyampaian sesuatu pkr..

    teruskan usaha berblogging kerana ia bukan sekadar berblogging smata2..

    ReplyDelete
  54. thank sesangat bro dengan ilmu ini.selalu kiter terfikir mcmana nak tarik orang atau pembaca ke blog saya,sedangkan mereka tidak mengenali saya.Good info.thank sekali lagi.

    ReplyDelete
  55. thank sesangat bro dengan ilmu ini.selalu kiter terfikir mcmana nak tarik orang atau pembaca ke blog saya,sedangkan mereka tidak mengenali saya.Good info.thank sekali lagi.

    ReplyDelete
  56. TQ infonya... very good tips :)

    ReplyDelete
  57. TQ infonya... very good tips :)

    ReplyDelete
  58. terima kasih enchik GTO..
    sangat membantu..
    terutama bagi orang baru nak berjinak2 ng blogging macam saya ni..
    arap ng info ni dapat membantu saya dalam dunia blog ni.. terima kasih.. ;)
    selamat maju jaya.. ;)

    ReplyDelete
  59. thanz untuk tip yg bgs ni,lbh2lg untuk beginner mcm sy..tp mcm segan jer nak komen kat bloger yg otai2...hu..hu..

    ReplyDelete
  60. saya baru jumpa blog awk.sy dh follow sbb byk ilmu disini.heheeh
    tq

    ReplyDelete
  61. salam, byk sungguh info pasal blog kt sini.senang nk paham buat saya yg sgt new dalam berblog ni.. Insyaallah saya akan try step by step.. saya dpt tahu blog ni dr RM.. :)

    ReplyDelete
  62. setuju..
    tapi kadang2 orang yg komen cuma nak dapatkan follower..komen bagitau dia dah follow blog kita,mintak kita follow blog dia plak..

    kalau komen tu satu pendapat yang boleh kita tukar2 pendapat best gak,short discussion..

    ReplyDelete
  63. Wahhh,entri yang sangat membina!!keep it up!

    ReplyDelete
  64. deqdeq mmg dh jatuh cinta dgn Eryqazz nih.....tima kasih sgt2 dgn info yg sgt berguna kepada beginner mcm deqdeq nih...plz give more and more great info for us....

    ReplyDelete
  65. hi eryzaqq...tq atas segala tunjuk ajar yg banyak dalam belog awak nie...berguna sgt2 bg saya sbg irg baru...insyaAllah akan dipraktikkan..

    ReplyDelete
  66. salam, tq for the tips. memg kena follow ni spt saya yg newbie. nanti nak add u lah . tq

    ReplyDelete
  67. tq sangat2,ppl nie suri rumah n la nieada baby kck tak dpt nak luangkan byk masa untuk berblog nie,curi2 masa jee...hrp info ni blh membantu...

    ReplyDelete
  68. ppl follow untuk dapatkan lbh info di masa akan datang...

    ReplyDelete
  69. akk nak tanyer nie : ape yang penting kalau time berblogging ?

    p/s : tolong inform kat s.box saye kalau dah balas. :)

    ReplyDelete
  70. akk nak tanyer nie : ape yang penting kalau time berblogging ?

    p/s : tolong inform kat s.box saye kalau dah balas. :)

    ReplyDelete
  71. mmg betui2 berguna tips ni bg blog sy yg biasa2 jer tue...:D

    tgk BW kt sini n lepak lama gak..:D

    ReplyDelete
  72. SETIAP MANUSIA MEMPUNYAI KEMAHIRAN DAN KELEBIHAN SENDIRI DIJAKAN OLEH ALLAH TAALA SEMOGA GREAT TEACHER ONIZUKA SUKSES ...SALAM BLOGGER

    ReplyDelete
  73. seriously rimas gila dgn blogger yg singgah lepas tu komen sepatah dua je.

    lepas tu taruk link ke blog dia dgn harapan utk kita singgah balik.

    well, as a blogger, saya singgah juga dan ambil masa utk baca dan tinggalkan komen pada entri dia walaupun dia hanya singgah dan cakap 'hai'

    hurm...

    nampak sangat blogger tersebut hanya mahu kejar trafik dan bukannya hendak buat connection.

    ReplyDelete
  74. like la..blh dijadikan panduan utk sy yg masih baru berjinak2 dgn blog ni..terima kasih daun keladi kalau ada tips lain kongsi2 la lagi yer:)

    ReplyDelete
  75. erm..sy xpenah tau pon dunia blog ni infinity.selalu tak ambil kisah sangat.mula start nak blog secara serius pon bila jumpa blog otz..kagum sekejap.Blog buat kita rasa bermasyarakat walaupon tak sua muka..thanks for sharing. :)

    ReplyDelete
  76. thanks bro kongsi tips2 yg berguna terutama utk beginner macam saya nie...saya selalu gak berblgwalking kat blog org, n bro punya blog antara yg kerap saya singgah ar..cuma saya x brapa nk handal lah nk kongsi2 tips n entry yg gempaks2..msh dlm proses belajar lg nie...

    ReplyDelete
  77. salam. thanks kerana kongsi tips2 macam ni. alhamdulillah. saya baru je beli domain dot my. n blog lama saya dah delete dan buat yg baru. jadi kat blog u ni pun i boleh dapat ilmu. thanks. :)
    btw selamat hari raya.

    ReplyDelete
  78. Terima kasih atas tips yg sangat2 berguna pd saya yg baru 'berani'open blog for public. Sebelum ni private je sbb tak berapa yakin. Banyak lagi kena belajar.

    Salam perkenalan

    ReplyDelete
  79. terima kasih kerana berkongsi ilmu..saya ni baru nak berblog, byk perkara yang perlu dipelajari..duk search kat internet td terus jupe website nie.. Harap2 dapat lg byk info yang bagus dan berguna untuk saya yang baru belajar berblog sbb nak bisnes.

    ReplyDelete
  80. perkongsian yg bgs terutamanya bagi saya yang baru terjerumus ke kancah ini...

    ReplyDelete
  81. Info yang berguna. Baru je saya komen ringkas pada entri dalam blog ni. Rupa-rupanya ada kesan pasal komen ni. Perlu bernas dan berguna. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails