Kompaun JPJ Naik 333 Peratus
KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.
Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.
Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.
Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.
Pandangan peribadi saya :
1) Tindakan yang menyukarkan pengguna. RM300 pun sudah berat dan besar , inikan pula RM1,000. Kadang-kadang kesalahan jalan raya yang dilakukan tanpa disengajakan.
2)Umur dipinda dari 16 ke 17 tahun? Makin ramaila pelajar sekolah yang datang ke sekolah tanpa lesen memandu yang sah yang membahayakan keselamatan mereka juga.
3) JPJ dah takde duit ke? Duit jual plat kenderaan pun berjuta-juta dapat sebulan, kenapa mahu dibebankan lagi pengguna? Kesedaran pengguna jalan raya adalah lebih penting daripada menghukum pengguna dengan kadar yang terlalu membebankan.
4)Pandangan saya,mungkin kesalahan 1-5 kali gunakan yang asal, kesalahan ke 3 dan ke atas, barulah gunakan yang kenaikan 333% itu. RM300 tu cukup untuk belanja makan satu keluarga beberapa minggu.
Apa pandangan anda pula ?
1)Tindakan yang agak bagus. Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
2)Tindakan yang agak tidak bagus. Ekonomi baruje nak pulih, seakan-akan mahu menekan pengguna lagi.
3)50-50.
haah la, rm300 bole belanja 3 minggu, kalau rm1000 bole 10 hari kot..
ReplyDelete4) satu lagi penindasan kepada rakyat.
ReplyDelete50-50 lor.. tapi kalau terkena ni, mau sebulan tak makan nasik, duit kerja abis bayar saman je..
ReplyDeleteSaya rasa 50-50. Ada bagus dan ada kurangnya.
ReplyDeleteTapi berkenaan denda dinaikkan apabila kesalahan sama untuk kali ke2 ke3 dan seterusnya saya cukup setuju.
mudah saja, kalau kita tak buat salah, kita tak kena denda. Letak lah RM10k sekali pun. Jadi bawaklah kereta lebih cermat. Kan?
ReplyDeletemasalahnya bila pemandu dari negara jiran yang suka bikin panas kat highway. mereka tak kisah sangat RM300 tu. Sebab currency mereka besar.
Bagi saya, elok juga. Nasib baik tak buat macam di Jepun, lagi laju kita bawak, lagi mahal saman!
saya rasa bagus kot. lagi ketat lagi bagus. lagi selamat orang kat Malaysia ni.
ReplyDeletemampus bayar saman! T________T
ReplyDeletesyah rasa mmg sangat2 ketara membebankan rakyat..dahla brg semua mahal2..tambah lak kalu sebulan kena dua saman..mmg korek tabung la jawabnye..^^
ReplyDeletelepas ni bawak kereta dengan bersopan santun huhuhu besar tu saman.. kalau dapat boleh beli sofa sebijik
ReplyDeletekalau perbaiki sistem pengangkutan awam lagilah bagus.
ReplyDeletekita pun bukannya nak jadi supir setiap hari. kalau dapat jadi mem besar dalam bas yang berhawa dingin, tepat masa, mesra pelanggan sambil membuat entri di blog kan bagus.
asyik nak mengetuk je diorang ni ya. saman satu hal lah, belum lagi servis tax yang lelain tu, saya kira itu pun saman secara terhormat, dan belum lagi 'dendaan' berupa tol di lebuh raya.
Aiyoh! hangat! I ada 3 saman tembak tak bayar2 lagi neh.. 1 saman yang turun signature pun x bayar lagii
ReplyDeletebro..pandangan saya 50-50...ada baik..ada kurangnya...
ReplyDeleteso, kalau taknak kena saman, ikut je peraturan jalanraya..pandu cermat dan tak membahayakan nyawa orang lain...
agak2 pegawai jpj pun kene saman jugak tak kalu wat salah?..sy tgk yg peronda pun xpakai tali pinggang..pe cer?..hahaha
ReplyDelete*lagi tggi saman, lg senang polis cap ayam cari makan..haha
X patut dan sangat merepek, agaknya seorang uncle yang naik motor pakai helmet ayam ngeram pon akan dikompaun 1000 ke? logiknya takde
ReplyDelete