May 20, 2010

Gaji 600,000 kakitangan awam disemak | Adakah Gaji Isteri Turut Disemak?

Wah, Durian runtuh lagi buat kakitangan awam

Ole-ole dan hadiah daripada kerajaan lagi. Ada by election lagi ke lepas ni?. Tiba-tiba Gaji 600,000 kakitangan awam disemak , jumlah yang agak besar tu.

Petikan daripada Berita Harian :

KUCHING: Kira-kira 600,000 kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua dijangka akan menerima durian runtuh apabila kerajaan difahamkan sedia menyemak tangga gaji mereka bagi membolehkan pendapatan melebihi RM40,000 setahun.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman, berkata berdasarkan Model Baru Ekonomi (MEB), kerajaan menetapkan pendapatan rakyat di negara perlu melepasi AS$15,000 (RM48,000) dan sebagai permulaan semakan gaji kakitangan dilakukan.

Katanya, semakan ini membabitkan cadangan penghapusan kelayakan akademik Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berikutan ia dinaikkan kepada sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini bermakna kakitangan Kumpulan Sokongan Satu dan Dua seperti pemandu, pembantu tadbir rendah, tukang masak, atendan haiwan, penolong jururawat akan menikmati kenaikan gaji sekali ganda atau sekurang-kurangnya RM1,500.

“Mereka yang mahu menyertai perkhidmatan awam selepas ini perlu memastikan memiliki kelayakan sekurang-kurangnya SPM seperti diperkenalkan polis baru-baru ini melalui skim pengstrukturan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

P/s :Dush,baru je bercadang mahu Isteri belanja makan di RESTORAN BERPUTAR SERI ANGKASA, MENARA KUALA LUMPUR  . Terpaksa batalkan niat, Isteri tidak tergolong kategori itu.

P/s/s : Banyak insentif untuk kakitangan kerajaan sekarang ni, bagaimana pula dengan kakitangan swasta? Any news ??

19 comments:

  1. Kakitangan swasta? Tertakluk kepada bos masing2 laaaa kot! =)

    ReplyDelete
  2. mahu durian!! kelihatan sedap~
    (tak kait dgn entry. maaf)

    ReplyDelete
  3. gaji naik ok tapi takutnya barang2 nanti semua nak naik

    ReplyDelete
  4. ye, kalau gaji gomen naik sure harga brg pun duk naik juga sedang gaji swasta duk tang tu gak.huhu~

    ReplyDelete
  5. durian runtuh lagi kan...ok gak kalau ada byk by election...tp kan bro lately takde by election pun dpt durian runtuh mcm pdrm, pengawal keselamatan hatta golongan belia pun dpt peruntukan bagus la mcm tu...

    private biasa arrr depends on company nye performance....

    ReplyDelete
  6. wife u kakitangan sokongan ke?

    ReplyDelete
  7. Swasta kena tunggu cadangan kerajaan dilaksanakan dulu.

    ReplyDelete
  8. takpa, gaji cikgu lagii banyak dari kumpulan2 tu...:)

    ReplyDelete
  9. takde dlm kategori still bleh blanje lg tuuu

    ReplyDelete
  10. wah wah wahh,.. rezeki jangan di tolakkk.. bestnye makan duriann.. lagi-lagi durian runtuh! hu hu

    ReplyDelete
  11. dia semak nak bagi naik ke? swasta mcm kita gigit jari je..huhu

    ReplyDelete
  12. Hurmmmmmm...untung betul pekerja kerajaan

    ReplyDelete
  13. gaji naik.. barang n perkhidmatan ponnn naik... huhuhuhuhu akhirnya.. sama jeeee..hehehehehehe

    ReplyDelete
  14. kakitangan swasta terus terabai :(, mungkin sbb takder kesatuan dan yg sama waktu dgnnya.

    k long

    ReplyDelete
  15. gambar durian....

    sedap tu....

    hehehe

    ReplyDelete
  16. bro, aku br lepas makan restoran berputar. haha, x payah tunggu durian runtuh....

    ReplyDelete
  17. durian runtuh @ tidak, sy mmg ttp menyukai durian... yg runtuh itu biaq p laaaa.... bkn mender baru...udoh lamo...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails