May 15, 2010

Malaysia Tewas Di Tangan China Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Di manakah Silapnya?

Salam dari Eyriqazz,

Auto publish entry. Ketika ini mungkin tengah bermandi-manda di Ulu Yam sempena Family Day Sekolah Isteri. Entry Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs China dirujuk. Malaysia Tewas Di Tangan China Separuh Akhir Piala Thomas 2010. Persoalannya :

Di Manakah Silapnya ? Bilakah Piala Thomas Akan Kembali Semula ke tangan Malaysia?

Inilah pandangan saya kenapa skuad Badminton Malaysia gagal melangkah ke Pusingan Akhir Piala Thomas 2010 :

1) Emosi yang agak terganggu oleh pemain. Corak permainan jauh berbeza jika dibandingkan ketika menentang Denmark ketika Pusingan Suku Akhir.Agak terburu-buru dan mudah melakukan kesilapan.Mungkin gugut dengan sorakan ribuan penonton.

2) Kekurangan Pemain Pelapis. Rasanya pasukan pelapis patut dilatih sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebunnya. Ambil contoh Keluarga Anak-anak Sidek yang begitu berjaya dalam bidang Badminton dan kali terakhir Piala Thomas dimenangi dengan bantuan mereka.

3) Insentif yang tidak cukup lumayan bagi menceburi diri menjadi pemain badminton negara.

4) Semangat juang yang semakin layu terutamanya apabila ketinggalan jauh. Maaf , pandangan peribadi pula.

P/s : Apa pula pandangan anda?

8 comments:

  1. aiman, daddy setuju aje alasan2 yg diberikan itu. memang kita 10 langkah dibelakang China dlm permainan badminton ini. kita perlu lahirkan 10 org mcm Datuk Lee. Heran tul la apakah yg dihasilkan oleh SS Bukit Jalil? Masa x de sek ni pun kita boleh menang. Bila ada habuk pun tarak...

    ReplyDelete
  2. Saya tiada pandangan cuma tambahan kepada pandangan GTO.

    1. Saya rasa kena buat perlawanan tertutup. Buat siaran secara tertutup juga. Tak perlu ada penonton, tambah-tambah penonton yang kutuk pemain negara sendiri. Mungkin pemain baru boleh fokus, tiada tekanan dari penyokong sendiri.
    Agak-agak rakyat bersetuju tak ?

    2.Yang ini tidak pasti sangat kebenarannya. Mungkin rakyat lebih berminat belajar akademik dari melibatkan diri dengan sukan.

    3. Saya rasa insentif yang diberikan kerajaan sudah banyak, pemain sahaja yang tidak menghargai usaha kerajaan.
    Kalau dikira semasa zaman anak-anak Sidek dahulu...rasanya insentif tidak sebanyak sekarang.

    4. Terlalu cepat mengalah, hingga nampak seperti tidak memberi persaingan kepada pihak lawan. Sikap yang perlu diubah pada pemain tak kiralah badminton mahupun bola sepak.

    ReplyDelete
  3. tu yang pelik bro...sokongan moral dah full support dah, tapi still kalah jgk..

    btw, ini pandangan sy pulak -> http://sembangbincang.blogspot.com/2010/05/piala-thomas-pandangan-aku.html

    ReplyDelete
  4. harap2 nanti dapat buat yang terbaik..

    ReplyDelete
  5. mungkin salah percaturan pemain. kalau ikut rekod chong wei bertemu lin dan, memang jarang yang menang. tak boleh letak chong wei lawan dgn pemain kedua china ke? hehehe.

    ReplyDelete
  6. Hohoh diorang dah penat sangat kot. Lagipun betul jugak, tgk ramai sangat penyokong, tetiba rasa nak menang gila sampai main dengan gelabah. Huuhuhu tapi apa2 pun tetap sokong Malaysia :)

    ReplyDelete
  7. tak per..lepas ni latih anak kamu pilih main badminton..mana tau dia boleh jadi pemain uber pulak nanti

    ReplyDelete
  8. mmg sedih apa yg berlaku.. tekanan terlalu tinggi di bahu pemain.. tak terdaya nak memikulnya..

    Selepas Sejadah, Telekung Pula Berdiri

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails