Jom pi menonton Axiata Cup weekend ini. Dah lama juga tak menonton Badminton live. Harap-harap keadaan mengizinkan la untuk pergi besok...
Showing posts with label badminton. Show all posts
Showing posts with label badminton. Show all posts
March 23, 2012
February 20, 2011
ChurpChurp Racquet-Ful Session
Date: February 19, 2011
Time: 10:00AM to 12:00PM
Venue: Michael’s Badminton Academy (MBA), Taman Megah
Venue: Michael’s Badminton Academy (MBA), Taman Megah
Inilah dia Pengganti Lee Chong Wei
Michelle (One of Nuffies) with BF
Rina/Husband vs Michelle/Bf . Siapa menang ya?
Walaupun berseluar jeans, semangat yang penting tu...
Overall, eyriqazz main 3 games dan menang semua. What a lucky day. I Must thanks my Partners, Rina & SaimatKong. They r really good in Badminton. Gembira coz dah lama giler tak main badminton. Berpeluh habiss...
Thumb up to ChurpChurp. Event sebegini patut diadakan lagi di masa depan. Menyihatkan badan dan bagus untuk kesihatan. My Wish List : Futsal!!! Dah lama tak main futsal. Hik3...
P/s : Time camni la saya semakin mengidam untuk memiliki DSLR. Especially bila dibandingkan gambar di atas dengan gambar ini [ Nuffnang Glitterati Plus Badminton Day #gplusmy ] . Oh, suatu hari ini dikau bakal jadi milikku DSLR...
Labels:
badminton,
churpchurp,
event,
main badminton,
racquet-ful session
May 16, 2010
Keputusan Perlawanan Akhir Piala Thomas 2010 | China vs Indonesia
Baruje pulang dari Jom Heboh di Putrajaya yang tidakla begitu heboh dan agak mengecewakan. Pulang-pulang sudah perlawanan ketiga Piala Thomas 2010 perlawanan akhir ini. Jomla kita layan sekali :
Perlawanan Akhir Piala Thomas 2010 di antara China dan Indonesia
Inilah Keputusan Semasa/Terkini Perlawanan Akhir Piala Thomas 2010 (akan diupdatekan dari masa ke semasa) :
Perlawanan Pertama (Perseorangan 1) : Lin Dan vs Taufik Hidayat 21-7, 21-14
Perlawanan kedua (Beregu 1) : Chai Yun/Fu Haifeng vs Markis Kido/Hendra Setiawan : 25-23, 16-21, 21-12
Perlawanan Ketiga (Perseorangan 2) :Chen Jin vs Simon Santoso :19-21 (begitu sengit perlawanan ini), 21-17 (sengit,kalaula pemain Malaysia main camni, Perlawanan yang begitu menarik), 21-7
Keputusan Penuh : 3-0
CHINA MEMBAWA PULANG/MENJUARAI PIALA THOMAS 2010. TAHNIAH BUAT SKUAD BADMINTON CHINA
May 15, 2010
Malaysia Tewas Di Tangan China Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Di manakah Silapnya?
Auto publish entry. Ketika ini mungkin tengah bermandi-manda di Ulu Yam sempena Family Day Sekolah Isteri. Entry Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs China dirujuk. Malaysia Tewas Di Tangan China Separuh Akhir Piala Thomas 2010. Persoalannya :
Di Manakah Silapnya ? Bilakah Piala Thomas Akan Kembali Semula ke tangan Malaysia?
Inilah pandangan saya kenapa skuad Badminton Malaysia gagal melangkah ke Pusingan Akhir Piala Thomas 2010 :
1) Emosi yang agak terganggu oleh pemain. Corak permainan jauh berbeza jika dibandingkan ketika menentang Denmark ketika Pusingan Suku Akhir.Agak terburu-buru dan mudah melakukan kesilapan.Mungkin gugut dengan sorakan ribuan penonton.
2) Kekurangan Pemain Pelapis. Rasanya pasukan pelapis patut dilatih sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebunnya. Ambil contoh Keluarga Anak-anak Sidek yang begitu berjaya dalam bidang Badminton dan kali terakhir Piala Thomas dimenangi dengan bantuan mereka.
3) Insentif yang tidak cukup lumayan bagi menceburi diri menjadi pemain badminton negara.
4) Semangat juang yang semakin layu terutamanya apabila ketinggalan jauh. Maaf , pandangan peribadi pula.
P/s : Apa pula pandangan anda?
May 14, 2010
Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs China
Masa yang di nanti-nanti telah tiba, jomla kita layan :
Separuh Akhir Piala Thomas 2010 di antara Malaysia dan China
Inilah Keputusan Semasa/Terkini dan gambar yang sempat dirakamkan dengan skrin HDTV dengan Astro B.yond ketika Separuh Akhir Piala Thomas 2010 (akan diupdatekan dari masa ke semasa) :
Sebelum itu, Indonesia layak ke Pusingan Akhir Selepas menewaskan Jepun 3-1
Lee Chong Wei masuk ke gelanggang ( riak wajah agak gemuruh)
Perlawanan Pertama ( Perseorangan Pertama) : Lee Chong Wei vs Lin Dan : 17-21 (Lin Dan penuh bersemangat walaupun puluhan ribu penyokong Malaysia menyokong LCW, LCW tidak bermain seperti sebelum ini, agak gugup dan banyak buat silap,LCW mula mengejar namun tewas juga) 8-21 (makin hanyut persembahan LCW, Lin Dan menewaskan LCW)
P/s : Aksi menghampakan dari LCW, persembahannya lebih kurang persembahan ketika menentang Lin Dan ketika Sukan Olimpik beberapa tahun yang lepas.
P/s : Aksi menghampakan dari LCW, persembahannya lebih kurang persembahan ketika menentang Lin Dan ketika Sukan Olimpik beberapa tahun yang lepas.
Perlawanan Kedua ( Beregu Pertama ) : Koo Kean Keat/Tan Boon Heong vs Cai Yun/ Fu Hai Feng : 15-21 (kalah set pertama), 10-21 ( persembahan kurang memberansangkan,terburu-buru, dan banyak kesilapan, kalah lagi!!)
Mampukah Wong Choon Han mencipta kejutan?
Perlawanan Ketiga ( Perseorangan Kedua ) : Wong Choon Han vs Chen Jin : 16-21 ( tertidur sekejap tengok perlawanan ini), 7-21 (tewas mudah WCH)
Keputusan Penuh : 0-3
Keputusan Penuh : 0-3
MALAYSIA TEWAS DI TANGAN CHINA, MALAYSIA GAGAL KE PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2010
Tamat sudah perjuangan Malaysia Piala Thomas 2010
Senarai Pemain Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs China
Piala Thomas begitu mengujakan tahun ini. Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas antara Malaysia vs China yang bakal berlangsung pukul 730 malam ini dan Keputusan Suku Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs Denmark betul-betul mendebarkan dan menggembirakan. Siapakah yang bakal menjadi taruhan Malaysia dan China di Separuh Akhir dan mari kita lihat :
Senarai Bakal Pemain Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas 2010
Malaysia
Perseorangan Pertama : Lee Chong Wei
Perseorangan Kedua : Wong Choon Han
Perseorangan Ketiga : Mohd Hafiz Hashim
Simpanan : Tan Chun Seang
Beregu Pertama: Koo Kean Keat/Tan Boon Heong
Beregu Kedua : Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How
Simpanan : Fairurizuan Tazari/Ong Soon Hock
China
Perseorangan Pertama : Lin Dan
Perseorangan Kedua : Chen Jin
Perseorangan Ketiga : Bao Chunlai ( baru saja lepas mengalahkan Lin Dan tahun ini )
Simpanan : Chen Long
Beregu Pertama: Cai Yun/ Fu Hai Feng
Beregu Kedua : Xu Chen/Guo Zhendong
Simpanan : Chai Biao/Zhang Nan
P/s : Walaupun di atas kertas , China mempunyai kelebihan namun di dalam Sukan Badminton tiada yang mustahil . Marilah sama-sama kita menyokong dan mendoakan kejayaan Skuad Badminton Malaysia. Sudah hampir 20 tahun Piala Thomas tidak kembali ke Malaysia, dan diharapkan bermain di tempat sendiri akan memberikan sedikit kelebihan dengan sorakan penyokong tempatan.
P/s/s : Agak-agak siapa yang bakal menang ya? Kalau mereka bertemu di Final tentu lagi seronok kan?
May 13, 2010
Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas dan Uber 2010 | Malaysia lwn China
Piala Uber:
13 Mei
Jepun lwn Korea Selatan — 12 tgh China lwn Indonesia - 6 ptg
Piala Thomas:
14 Mei
Malaysia lwn China — 730malam
Jepun lwn Indonesia — 230 petang— Sumber : Tournament Software
May 12, 2010
Keputusan Suku Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs Denmark
Balik kerja tadi, terusje layan :
Suku Akhir Piala Thomas 2010 di antara Malaysia dan Denmark.
Inilah Keputusan Semasa/Terkini dan gambar yang sempat dirakamkan dengan skrin TV ketika Suku Akhir Piala Thomas 2010 :
Datuk Lee Chong Wei MantAp di Gelanggang
Penyokong Denmark Kusyuk Menyokong
Keputusannya Datuk Lee Chong Wei mengalahkan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17
Perlawanan Kedua (Beregu Pertama) : Koo Kean Keat/Tan Boon Heong mengalahkan Carsten Mogensen/Mathias Boe 21-17,21-19
(Perseorangan Kedua) : Wong Choong Han vs Jan Ø Jørgensen : 20-22, 21-16,18-21 (Komenku : Pertarungan yang agak sengit, WCH mula hilang fokus bila bertukar gelanggang di set ketiga, namun persembahannya masih agak memberansangkan dan paling menarik malam ini)
Perlawanan Keempat ( Beregu Kedua) : Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen : 26-24 (fuhh, sengittt gilerr...teruja aku menontonnya...Hebat penangan Thien How Hoon), 12-21 (kalah set kedua , dah hanyut sedikit persembahan dan Denmark menukar corak permainan), 19-21 (Denmark menang)
Fairurizuan Tazari tak main ke? Umm, beriya-riya aku bergambar dengannya tahun lepas
Perlawanan Kelima (Perseorangan Ketiga) : Mohd Hafiz Hashim vs Joachim Persson 21-12 ( Permainan Hafiz better than semalam, dia suka terjah!!.Mantap dia Bermain Malam Ini....) 21-10 ( cukup sengit dan bertenaga Hafiz malam ini)
Keputusan Penuh 3-2
Kemenangan menjadi milik Malaysia..Bakal bertemu China di Separuh Akhir...
Hafiz Hashim menjadi penyelamat negara
Aku gembira aku teruja
Tahniah buat Skuad Badminton Malaysia
Kejutan yang ku pinta di Separuh Akhir ketika menentang China
Tahniah lagi dari saya
Persembahan menarik dan menghiburkan saya suka
Inilah persembahan yang penonton pinta
Semangat juang terus membara
UPDATED : Jadual Separuh Akhir Piala Thomas dan Piala Uber
Piala Uber:
13 Mei
Jepun lwn Korea Selatan — 12 tgh
China lwn Indonesia - 6 ptg
Piala Thomas:
14 Mei
Malaysia lwn China — 730 malam
Jepun lwn Indonesia — 230 petang— Sumber : TicketPro dan TournamentSoftware
Subscribe to:
Posts (Atom)