Showing posts with label piala thomas 2010. Show all posts
Showing posts with label piala thomas 2010. Show all posts

May 16, 2010

China Juara Piala Thomas 2010

Tahniah buat China  kerana baru sahaja menjuarai Piala Thomas 2010 menewaskan Indonesia 3-0. Pasukan mereka begitu mantap dan mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang begitu tinggi dan membanggakan.

 Berikut adalah Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Piala Thomas 2010 :

Perlawanan Pertama (Perseorangan 1) : Lin Dan vs Taufik Hidayat 21-7, 21-14



Perlawanan kedua (Beregu 1) : Chai Yun/Fu Haifeng vs Markis Kido/Hendra Setiawan : 25-23, 16-21, 21-12
Perlawanan Ketiga (Perseorangan 2) :Chen Jin vs Simon Santoso :19-21, 21-17 ,

China Juara Piala Thomas 2010 yang Malaysia nanti-nanti berpuluh-puluh tahun lamanya
Bila pula giliran Malaysia ternanti-nanti saya
Masih banyak pembaharuan dan resepi kejayaan yang perlu dicari dan dijelma
Semoga 2 tahun lagi Malaysia dapat membawa pulang Piala Thomas pula

P/s : Syabas juga buat Skuad Indonesia yang memberikan persembahan dan semangat juang yang tinggi.

P/s/s : Bila ya Malaysia bakal membawa pulang Piala Thomas kembali?

May 15, 2010

Malaysia Tewas Di Tangan China Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Di manakah Silapnya?

Salam dari Eyriqazz,

Auto publish entry. Ketika ini mungkin tengah bermandi-manda di Ulu Yam sempena Family Day Sekolah Isteri. Entry Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs China dirujuk. Malaysia Tewas Di Tangan China Separuh Akhir Piala Thomas 2010. Persoalannya :

Di Manakah Silapnya ? Bilakah Piala Thomas Akan Kembali Semula ke tangan Malaysia?

Inilah pandangan saya kenapa skuad Badminton Malaysia gagal melangkah ke Pusingan Akhir Piala Thomas 2010 :

1) Emosi yang agak terganggu oleh pemain. Corak permainan jauh berbeza jika dibandingkan ketika menentang Denmark ketika Pusingan Suku Akhir.Agak terburu-buru dan mudah melakukan kesilapan.Mungkin gugut dengan sorakan ribuan penonton.

2) Kekurangan Pemain Pelapis. Rasanya pasukan pelapis patut dilatih sejak di bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebunnya. Ambil contoh Keluarga Anak-anak Sidek yang begitu berjaya dalam bidang Badminton dan kali terakhir Piala Thomas dimenangi dengan bantuan mereka.

3) Insentif yang tidak cukup lumayan bagi menceburi diri menjadi pemain badminton negara.

4) Semangat juang yang semakin layu terutamanya apabila ketinggalan jauh. Maaf , pandangan peribadi pula.

P/s : Apa pula pandangan anda?

May 14, 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs China

Salam dari Eyriqazz,

Masa yang di nanti-nanti telah tiba, jomla kita layan :


Separuh  Akhir Piala Thomas 2010 di antara Malaysia dan China

Inilah Keputusan Semasa/Terkini dan gambar yang sempat dirakamkan dengan skrin HDTV dengan Astro B.yond  ketika Separuh Akhir Piala Thomas 2010  (akan diupdatekan dari masa ke semasa) :

Sebelum itu, Indonesia layak ke Pusingan Akhir Selepas menewaskan Jepun 3-1

Lee Chong Wei masuk ke gelanggang ( riak wajah agak gemuruh)
Perlawanan Pertama ( Perseorangan Pertama)  : Lee Chong Wei vs Lin Dan : 17-21  (Lin Dan penuh bersemangat walaupun puluhan ribu penyokong Malaysia menyokong LCW, LCW tidak bermain seperti sebelum ini, agak gugup dan banyak buat silap,LCW mula mengejar namun tewas juga) 8-21 (makin hanyut persembahan LCW, Lin Dan menewaskan LCW)

P/s : Aksi menghampakan dari LCW, persembahannya lebih kurang persembahan ketika menentang Lin Dan ketika Sukan Olimpik beberapa tahun yang lepas.

Perlawanan Kedua ( Beregu Pertama ) : Koo Kean Keat/Tan Boon Heong vs Cai Yun/ Fu Hai Feng : 15-21 (kalah set pertama), 10-21 ( persembahan kurang memberansangkan,terburu-buru, dan banyak kesilapan,  kalah lagi!!)

Mampukah Wong Choon Han mencipta kejutan?

Perlawanan Ketiga ( Perseorangan Kedua ) : Wong Choon Han vs Chen Jin : 16-21 ( tertidur sekejap tengok perlawanan ini), 7-21 (tewas mudah WCH)

Keputusan Penuh : 0-3

MALAYSIA TEWAS DI TANGAN CHINA, MALAYSIA GAGAL KE PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2010

Tamat sudah perjuangan Malaysia Piala Thomas 2010

May 13, 2010

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas dan Uber 2010 | Malaysia lwn China

Begitu teruja dengan Keputusan Suku Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia Vs Denmark , jom kita tengok :

Jadual Perlawanan SeparuH akhir Piala Uber dan Piala Thomas

Piala Uber:

13 Mei
Jepun lwn Korea Selatan — 12 tgh China lwn Indonesia - 6 ptg

Piala Thomas:

14 Mei
Malaysia lwn China730malam
Jepun lwn Indonesia — 230 petang— Sumber : Tournament Software

May 12, 2010

Keputusan Suku Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs Denmark

Salam dari Eyriqazz,


Balik kerja tadi, terusje layan :
Suku Akhir Piala Thomas 2010 di antara Malaysia dan Denmark.
Inilah Keputusan Semasa/Terkini dan gambar yang sempat dirakamkan dengan skrin TV ketika  Suku Akhir Piala Thomas 2010 :

Datuk Lee Chong Wei MantAp di Gelanggang
Lompatan Maut Peter Hoeg Gade
Penyokong Denmark Kusyuk Menyokong
Keputusannya Datuk Lee Chong Wei mengalahkan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17

Perlawanan Kedua (Beregu Pertama) : Koo Kean Keat/Tan Boon Heong  mengalahkan Carsten Mogensen/Mathias Boe 21-17,21-19

(Perseorangan Kedua) : Wong Choong Han vs Jan Ø Jørgensen : 20-22, 21-16,18-21 (Komenku : Pertarungan yang agak sengit, WCH mula hilang fokus bila bertukar gelanggang di set ketiga, namun persembahannya masih agak memberansangkan dan paling menarik malam ini)

Perlawanan Keempat ( Beregu Kedua) : Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen : 26-24 (fuhh, sengittt gilerr...teruja aku menontonnya...Hebat penangan Thien How Hoon), 12-21 (kalah set kedua , dah hanyut sedikit persembahan dan Denmark menukar corak permainan), 19-21 (Denmark menang)

Fairurizuan Tazari tak main ke? Umm, beriya-riya aku bergambar dengannya tahun lepas

Perlawanan Kelima (Perseorangan Ketiga)  : Mohd Hafiz Hashim vs Joachim Persson 21-12 ( Permainan Hafiz better than semalam, dia suka terjah!!.Mantap dia Bermain Malam Ini....) 21-10 ( cukup sengit dan bertenaga Hafiz malam ini)

Keputusan Penuh 3-2

Kemenangan menjadi milik Malaysia..Bakal bertemu China di Separuh Akhir...

Hafiz Hashim menjadi penyelamat negara
Aku gembira aku teruja
Tahniah buat Skuad Badminton Malaysia
Kejutan yang ku pinta di Separuh Akhir ketika menentang China

Tahniah lagi dari saya
Persembahan menarik dan menghiburkan saya suka
Inilah persembahan yang penonton pinta
Semangat juang terus membara

UPDATED : Jadual Separuh Akhir Piala Thomas dan Piala Uber

Piala Uber:


13 Mei
Jepun lwn Korea Selatan — 12 tgh
China lwn Indonesia - 6 ptg

Piala Thomas:
14 Mei
Malaysia lwn China — 730 malam
Jepun lwn Indonesia — 230 petang— Sumber : TicketPro dan TournamentSoftware
Related Posts with Thumbnails