Showing posts with label jadual separuh akhir piala thomas. Show all posts
Showing posts with label jadual separuh akhir piala thomas. Show all posts

May 14, 2010

Senarai Pemain Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs China

Piala Thomas begitu mengujakan tahun ini. Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas antara Malaysia vs China yang bakal berlangsung pukul 730 malam ini dan Keputusan Suku Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs Denmark betul-betul mendebarkan dan menggembirakan. Siapakah yang bakal menjadi taruhan Malaysia dan China di Separuh Akhir dan mari kita lihat :
Senarai Bakal Pemain Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas 2010
 
 
Malaysia
 
Perseorangan Pertama : Lee Chong Wei

Perseorangan Kedua : Wong Choon Han

Perseorangan Ketiga : Mohd Hafiz Hashim

Simpanan : Tan Chun Seang

Beregu Pertama: Koo Kean Keat/Tan Boon Heong

Beregu Kedua : Mohd Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How

Simpanan : Fairurizuan Tazari/Ong Soon Hock

China

Perseorangan Pertama : Lin Dan

Perseorangan Kedua : Chen Jin

Perseorangan Ketiga : Bao Chunlai ( baru saja lepas mengalahkan Lin Dan tahun ini )

Simpanan : Chen Long

Beregu Pertama: Cai Yun/ Fu Hai Feng

Beregu Kedua : Xu Chen/Guo Zhendong

Simpanan : Chai Biao/Zhang Nan

P/s : Walaupun di atas kertas , China mempunyai kelebihan namun di dalam Sukan Badminton tiada yang mustahil . Marilah sama-sama kita menyokong dan mendoakan kejayaan Skuad Badminton Malaysia. Sudah hampir 20 tahun Piala Thomas tidak kembali ke Malaysia, dan diharapkan bermain di tempat sendiri akan memberikan sedikit kelebihan dengan sorakan penyokong tempatan.

P/s/s : Agak-agak siapa yang bakal menang ya? Kalau mereka bertemu di Final tentu lagi seronok kan?

May 13, 2010

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Thomas dan Uber 2010 | Malaysia lwn China

Begitu teruja dengan Keputusan Suku Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia Vs Denmark , jom kita tengok :

Jadual Perlawanan SeparuH akhir Piala Uber dan Piala Thomas

Piala Uber:

13 Mei
Jepun lwn Korea Selatan — 12 tgh China lwn Indonesia - 6 ptg

Piala Thomas:

14 Mei
Malaysia lwn China730malam
Jepun lwn Indonesia — 230 petang— Sumber : Tournament Software

May 12, 2010

Keputusan Suku Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs Denmark

Salam dari Eyriqazz,


Balik kerja tadi, terusje layan :
Suku Akhir Piala Thomas 2010 di antara Malaysia dan Denmark.
Inilah Keputusan Semasa/Terkini dan gambar yang sempat dirakamkan dengan skrin TV ketika  Suku Akhir Piala Thomas 2010 :

Datuk Lee Chong Wei MantAp di Gelanggang
Lompatan Maut Peter Hoeg Gade
Penyokong Denmark Kusyuk Menyokong
Keputusannya Datuk Lee Chong Wei mengalahkan Peter Hoeg Gade 21-17, 21-17

Perlawanan Kedua (Beregu Pertama) : Koo Kean Keat/Tan Boon Heong  mengalahkan Carsten Mogensen/Mathias Boe 21-17,21-19

(Perseorangan Kedua) : Wong Choong Han vs Jan Ø Jørgensen : 20-22, 21-16,18-21 (Komenku : Pertarungan yang agak sengit, WCH mula hilang fokus bila bertukar gelanggang di set ketiga, namun persembahannya masih agak memberansangkan dan paling menarik malam ini)

Perlawanan Keempat ( Beregu Kedua) : Mohd Zakry Abdul Latif/Thien How Hoon vs Lars Paaske/Jonas Rasmussen : 26-24 (fuhh, sengittt gilerr...teruja aku menontonnya...Hebat penangan Thien How Hoon), 12-21 (kalah set kedua , dah hanyut sedikit persembahan dan Denmark menukar corak permainan), 19-21 (Denmark menang)

Fairurizuan Tazari tak main ke? Umm, beriya-riya aku bergambar dengannya tahun lepas

Perlawanan Kelima (Perseorangan Ketiga)  : Mohd Hafiz Hashim vs Joachim Persson 21-12 ( Permainan Hafiz better than semalam, dia suka terjah!!.Mantap dia Bermain Malam Ini....) 21-10 ( cukup sengit dan bertenaga Hafiz malam ini)

Keputusan Penuh 3-2

Kemenangan menjadi milik Malaysia..Bakal bertemu China di Separuh Akhir...

Hafiz Hashim menjadi penyelamat negara
Aku gembira aku teruja
Tahniah buat Skuad Badminton Malaysia
Kejutan yang ku pinta di Separuh Akhir ketika menentang China

Tahniah lagi dari saya
Persembahan menarik dan menghiburkan saya suka
Inilah persembahan yang penonton pinta
Semangat juang terus membara

UPDATED : Jadual Separuh Akhir Piala Thomas dan Piala Uber

Piala Uber:


13 Mei
Jepun lwn Korea Selatan — 12 tgh
China lwn Indonesia - 6 ptg

Piala Thomas:
14 Mei
Malaysia lwn China — 730 malam
Jepun lwn Indonesia — 230 petang— Sumber : TicketPro dan TournamentSoftware
Related Posts with Thumbnails