Showing posts with label keputusan semasa. Show all posts
Showing posts with label keputusan semasa. Show all posts

October 30, 2010

Keputusan Terkini/Semasa Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 | Kelantan vs Negeri Sembilan

Keputusan Terkini/Semasa Perlawanan Akhir Piala MalaYsia 2010 | Kelantan vs Negeri Sembilan

Baruje balik dari 2 event menarik hari ini dan juga sempat singgah di Digi Centre Berjaya Time Square. Balikje terus terjah tengok Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan N. Sembilan. Inilah keputusan terkini/semasa dan juga komen dari saya (tonton Channel 801) :

Minit 24 : Kelantan 0-1 Negeri Sembilan (Aisehh,adakah trajedi tahun lepas bakal berulang??)


Minit 45 : Masih tidak berubah. Persembahan pemain kelantan kurang memberansangkan. Adakah sudah terkena sengatan Ikan Sembilang?


Minit 57 : Kelantan 1-1 Negeri Sembilan (Hasil tandukan Hairudin Omar yang berasal dari Terengganu, ketiadaan Aidil begitu dirasai di bahagian pertahanan N. Sembilan)


Minit 65 : Kelantan 2-1 Negeri Sembilan (Jaringan Badri Radzi) . Semakin mantap persembahan Permainan Pemain Kelantan. 


Keputusan Penuh : Kelantan 2-1 Negeri Sembilan.


Tahniah, Kelantan Juara Piala Malaysia 2010.

May 16, 2010

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Thomas 2010 | China vs Indonesia

Salam dari Eyriqazz,

Baruje pulang dari Jom Heboh di Putrajaya yang tidakla begitu heboh dan agak mengecewakan. Pulang-pulang sudah perlawanan ketiga Piala Thomas 2010 perlawanan akhir ini. Jomla kita layan sekali :

Perlawanan Akhir Piala Thomas 2010 di antara China dan Indonesia

Inilah Keputusan Semasa/Terkini Perlawanan  Akhir Piala Thomas 2010 (akan diupdatekan dari masa ke semasa) :

Perlawanan Pertama (Perseorangan 1) : Lin Dan vs Taufik Hidayat 21-7, 21-14

Perlawanan kedua (Beregu 1) : Chai Yun/Fu Haifeng vs Markis Kido/Hendra Setiawan : 25-23, 16-21, 21-12


Perlawanan Ketiga (Perseorangan 2) :Chen Jin vs Simon Santoso :19-21 (begitu sengit perlawanan ini),  21-17 (sengit,kalaula pemain Malaysia main camni, Perlawanan yang begitu menarik), 21-7

Keputusan Penuh : 3-0


CHINA MEMBAWA PULANG/MENJUARAI PIALA THOMAS 2010. TAHNIAH BUAT SKUAD BADMINTON CHINA

May 14, 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 | Malaysia vs China

Salam dari Eyriqazz,

Masa yang di nanti-nanti telah tiba, jomla kita layan :


Separuh  Akhir Piala Thomas 2010 di antara Malaysia dan China

Inilah Keputusan Semasa/Terkini dan gambar yang sempat dirakamkan dengan skrin HDTV dengan Astro B.yond  ketika Separuh Akhir Piala Thomas 2010  (akan diupdatekan dari masa ke semasa) :

Sebelum itu, Indonesia layak ke Pusingan Akhir Selepas menewaskan Jepun 3-1

Lee Chong Wei masuk ke gelanggang ( riak wajah agak gemuruh)
Perlawanan Pertama ( Perseorangan Pertama)  : Lee Chong Wei vs Lin Dan : 17-21  (Lin Dan penuh bersemangat walaupun puluhan ribu penyokong Malaysia menyokong LCW, LCW tidak bermain seperti sebelum ini, agak gugup dan banyak buat silap,LCW mula mengejar namun tewas juga) 8-21 (makin hanyut persembahan LCW, Lin Dan menewaskan LCW)

P/s : Aksi menghampakan dari LCW, persembahannya lebih kurang persembahan ketika menentang Lin Dan ketika Sukan Olimpik beberapa tahun yang lepas.

Perlawanan Kedua ( Beregu Pertama ) : Koo Kean Keat/Tan Boon Heong vs Cai Yun/ Fu Hai Feng : 15-21 (kalah set pertama), 10-21 ( persembahan kurang memberansangkan,terburu-buru, dan banyak kesilapan,  kalah lagi!!)

Mampukah Wong Choon Han mencipta kejutan?

Perlawanan Ketiga ( Perseorangan Kedua ) : Wong Choon Han vs Chen Jin : 16-21 ( tertidur sekejap tengok perlawanan ini), 7-21 (tewas mudah WCH)

Keputusan Penuh : 0-3

MALAYSIA TEWAS DI TANGAN CHINA, MALAYSIA GAGAL KE PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2010

Tamat sudah perjuangan Malaysia Piala Thomas 2010
Related Posts with Thumbnails