Showing posts with label keputusan piala malaysia 2010. Show all posts
Showing posts with label keputusan piala malaysia 2010. Show all posts

October 30, 2010

Keputusan Terkini/Semasa Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 | Kelantan vs Negeri Sembilan

Keputusan Terkini/Semasa Perlawanan Akhir Piala MalaYsia 2010 | Kelantan vs Negeri Sembilan

Baruje balik dari 2 event menarik hari ini dan juga sempat singgah di Digi Centre Berjaya Time Square. Balikje terus terjah tengok Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dan N. Sembilan. Inilah keputusan terkini/semasa dan juga komen dari saya (tonton Channel 801) :

Minit 24 : Kelantan 0-1 Negeri Sembilan (Aisehh,adakah trajedi tahun lepas bakal berulang??)


Minit 45 : Masih tidak berubah. Persembahan pemain kelantan kurang memberansangkan. Adakah sudah terkena sengatan Ikan Sembilang?


Minit 57 : Kelantan 1-1 Negeri Sembilan (Hasil tandukan Hairudin Omar yang berasal dari Terengganu, ketiadaan Aidil begitu dirasai di bahagian pertahanan N. Sembilan)


Minit 65 : Kelantan 2-1 Negeri Sembilan (Jaringan Badri Radzi) . Semakin mantap persembahan Permainan Pemain Kelantan. 


Keputusan Penuh : Kelantan 2-1 Negeri Sembilan.


Tahniah, Kelantan Juara Piala Malaysia 2010.

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 | Kelantan vs Negeri Sembilan

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 | KelantaN vs Negeri Sembilan

Apakah agaknya keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010 yang bakal berlangsung malam ini diantara kelantan dan Negeri Sembilan? Saya sudah jadi separuh kelantan, dan sudah semestinya kelantan menjadi pilihan saya, Gomo kelantan Gomo dan dengan persembahan konsisten Kelantan, saya meramalkan Kelantan bakal Menjadi Juara Piala Malaysia 2010. Saya rasa ,kelantan bakal menang 2-0.

Apapun, sama-samalah kita saksikan malam nanti. Menang atau kalah, harap-harap tiadalah Insiden yang tidak diingini/stadium di bakar. Agak kurang manis melihatnya di Perlawanan Akhir Piala Malaysia .

P/s :Apa pula kata anda? Rasanya siapa yang bakal memenangi Perlawanan Akhir ini?

October 16, 2010

Keputusan Suku Akhir PIALA MALAYSIA 2010

Balikje Shopping dari Midvalley ni terusje terjah Utusan Malaysia untuk mengetahui Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2010 ( Pusingan Kedua) . Dengan harapan Terengganu menang, namun kecewa bila lihat keputusannya :



Perlis 1 Negeri Sembilan 3 (Negeri Sembilan layak agregat 4-1)
- Kedah 3 Terengganu 0 (Kedah layak agregat 5-2)
- Pahang 2 Johor FC 1 (Johor FC menerusi peraturan gol di tempat lawan (2-2))

Hampa/sedih , Terengganu Tidak Melayakkan diri ke Pusingan Separuh Akhir. Takpe2 ,lepas ni boleh sokong Kelantan pula ,sekarang ni kan dah jadi Separuh Kelantan sejak berkahwin. Tahniah buat pasukan Kelantan kerana berjaya mengalahkan Selangor 3-0 semalam.

Inilah Pasukan Yang layak ke Separuh Akhir dan Jadual Perlawanan Separuh Akhir Rabu depan :

- Kedah lwn Kelantan (Stadium Darul Aman, Alor Setar)
- Negeri Sembilan lwn Johor FC (Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi)

P/s : Gembira juga coz bulan 11 nanti akan ada Event Futsal untuk GplusMy Club NuffnangCerita Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting )
. Jom sama-sama terjah dan apply jadi member GplusMy . Saya sudah jadi member, anda bila lagi?

P/s/s :Agak-agak siapa yang bakal bergelar Juara Piala Malaysia 2010 ya?

October 12, 2010

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2010

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2010


Gambar kredit to Sharinginfoz dan lebih lanjut sila refer entry dari SharingInfoz yang bertajuk Keputusan Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2010: 12 Oktober 2010 

Perlawanan kegemaran saya semuanya berakhir dengan seri, Terengganu 2-2 Kedah (saya orang terengganu) .Selangor 0-0 Kelantan (Alisya dilahirkan di Selangor, wife orang kelantan)

Harap-harap Terengganu dan Kelantan/Selangor dapat masuk Separuh akhir. Yieza, tak pernah lagi pi Stadium tengok bola Piala Malaysia or Bolasepak di Malaysia ni, best ke ya?

P/s : Korang sokong team Mana? Ehh, pasukan Myteam dah tak main bola sepak ke ya? Bukan main rancak lagi dulu-dulu realiti tv di tv3....
Related Posts with Thumbnails