July 6, 2010

Arja Lee Berbogel | Kan Dah Kena Tegur dengan Menteri, Lu Fikirlah Sendiri

Selingan di tengah malam , terbaca kisah Menteri Tegur Arja Lee Berbogel di Mstar :


Babak Arja Lee berbogel yang mencetuskan kontroversi (Kredit picture to Mstar )

 Ulasan MStar :

" Akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan dalam Sunday Star, Ahad lalu melaporkan, Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli yang memegang watak transeksual bernama Ruby dalam filem itu sanggup berbogel untuk memastikan lakonannya lebih realistik.


Kata Arja, keputusan berbogel itu dibuat selepas dia tidak berpuas apabila wataknya yang sedang mandi itu tidak kelihatan sempurna ketika dia memakai seluar dalam.

"Saya yang bersetuju untuk berbogel tetapi jangan terkejut anda semua tidak nampak "anu" saya kerana saya sudah "menyembunyikannya"," katanya dalam akhbar itu.

Sementara itu penerbit filem berkenaan Raja Azmi berkata, niatnya menerbitkan filem itu adalah untuk berdakwah kerana ...Dalam Botol memberi mesej yang baik kepada penonton berdasarkan kepada kisah benar seseorang yang diadaptasikan dalam bentuk filem."
 
Akhirnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan meminta pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau dan mengambil tindakan yang bersesuaian sama ada dalam bentuk peringatan atau dalam bentuk lain kepada pihak terbabit.
 
Komen Peribadi : Dussh, dah berani berbogel dalam filem pula?  Alasan berdakwah? Apa pula lepas ini? Adegan Seks  untuk nampak lebih real dan melariskan filem? Ataupun Filem ini diadaptasikan dari kisah benar Ariel Peterpan, Luna Maya, Cut Tari and the Gang. Lepastu letak remark " Untuk tontonan 18 tahun ke atas saja". Umm, Malaysia Boleh, Bola Tak Boleh Ah Moi Boleh.
 
Dalam Botol, anu sudah disorokkan ianya tersembunyi
Memberi alasan mudah sekali
Nampak tak nampak tolak ke tepi
Publisiti yang dicari untuk melariskan filem kali ini?
 
Hik3, sorry merapu pula malam-malam begini. Yang berbogelnya lelaki, kalau wanita, tentu dah hangat kan dan sure sibukla Pakcik Google buat kerja.
 
P/s : Lu Fikirla Sendiri. It's take a small step to make a bigger step. Faham-faham la ya.
 
P/s/s : Azharudin Ramli ni adik beradik Azhar Ramli @ JAI ke? Fuhh, famousla bro JAI lepas ni. BeautifulNara pun tak boleh cari makan la camni. Hik3, gurau je bro.
 
P/s/s/s : Apa pula pandangan anda? Boleh terima ke alasan tu?

10 comments:

  1. uik berani betul mamat nie ek? abislah generasi akan datang. semuanya open.

    p/s: Bro Jai, confirm adik beradik ke? hehehhe gurau je.. okeh

    ReplyDelete
  2. boleh.... boleh blah....


    bro jai - tak yah berblog la lepas ni coz da terlebih terkenal... ehehhhe

    ReplyDelete
  3. aik mcm xcaye lakk.tah hape2.eh mula2 baca pun ingat brade jai.kui3.

    ReplyDelete
  4. huhu....takkan la sampai macam tu skali kot kalau nak berkarya. ni la dia orang filem, bila dilarang dikatakan tak dapat nak berkarya. bila diberi peluang, sampai melanggar batas agama. sedangkan isu orang pakai sexy pun tak sudah lagi. ini kan pulak bogel terus. ingat lelaki boleh la?

    memang kena pikir sendiri la wey...

    ReplyDelete
  5. alasan tak boleh blah haha. berbogel tak penonton tak nampak tak payah la bogel kan kan kan? bikin panas aje padahal nak show off kat kru penggambaran huhu.

    ReplyDelete
  6. punya la nak feel lebih, sanggup berbogel...

    ReplyDelete
  7. arja lee bukan adik beradik azhar ramli.

    ingat tak siri audition musim pertame? arja lee mase tu menamekan dirinye sebagai "boy" dan kemudiannye tukar jadi "tresz". kemudiannye die tukar jadi "arja" waktu menghantar demo ke syarikat2 rakaman. kini namenye "arja lee".

    ReplyDelete
  8. kalau ya pun nak bogel sbb nak dapatkan feel dlm lakonan, buat diam2 sudah.. tak perlu hebohkan pada dunia.. sekarang siapa yang kena? silap2 dengan filem sekali kena ban..

    ReplyDelete
  9. ahhhhh..ahh yang bener sihh..kok gue dikerjain...ahaks..FAKTA Sebenar AZHAR RAMLI lagi Hensem dari AZHARUDDIN RAMLI..AZHAR RAMLI takyah bugil,cukup sekadar tunjuk muka pasti ramai yang menjerit (dek ketakutan)..hehe..

    Ciklily - ewahhh..pakatan nampak..hehe

    Daydeck - Bila gua dah famous gua tempah hang tangkap gambar 24hours non stop..ahaks

    izzah - macammana buleh ingat saya pulak..nie penangan GTO punyer brainwashlah nie..hehe

    Anon - Betul..bukan adik beradik saya,adik beradik orang lain..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails