July 30, 2010

Asyraf Juara Imam Muda

Siapakah dari Finalist ini ( Asyraf dan Hizbur ) bakal Menjadi Juara Imam Muda yang Pertama ?(Credit Picture to Sharinginfoz )


Imam Muda sudah sampai kemuncaknya malam ini dan bakal ditayangkan di Astro Oasis 106 bermula pukul 9 malam. Inilah pilihanku untuk memenangi Imam Muda  ini. Saya hanya pernah tengok sekalije siaran ulangan rancangan ini  , namun saya tetap mahu meneka . Inilah tekaan Saya :
Asyraf Juara Imam Muda
Kenapa saya meneka Asyraf bakal menang dan menjadi Juara? (berdasarkan profail peserta seperti di entry : Imam Muda Menghampiri Penghujung: Episod 9, Biodata Asyraf, Hizbur, Aran dan Taufek )
Biodata Asyraf:
NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya
Inilah Sebab-Sebabnya dari Saya :
1) Dia Paling Muda (the younger the better, biasalah rakyat Malaysia ni)
2) Pekerjaannya Sebagai Imam. Umm,namapun rancangan Imam Muda jadi lebih sesuai dimenangi oleh Imam juga kan?

3) Lepasan dalam Negeri. Hik3, rasanya kenalah promote Universiti dalam negeri juga kan?
4) Pulau Pinang vs Kedah, Pulau Pinang lebih popular rasanya walaupun berada di bawah DAP. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdullah Badawi pun berasal dari P. Pinang.
Apapun , ini hanyalah pandangan peribadi saya. Tak semestinya betul. Tapi malam ini saya akan turut layan juga rasanya, memang cukup menarik bila baca review dan pandangan dari rakan-rakan yang pernah menonton rancangan Imam Muda ini.
Saya hanya pernah menonton sekali. Masatu part dia buat serbuan kes khalwat. Memang best. Juga baru perasan akan kewujudan Facebook Imam Muda dari entry BeautifulNaraKemuncak Imam Muda: Siaran Langsung, 30 Julai 2010, Jumaat, 9.00 Malam . Jom kita singgah dan Like sama-sama.
P/s : Tekaan saya sebelum ini untuk Mohd Juara Mentor 4 Sebelum ini tepat. Just meneka dari pandangan permainan politik Rancangan Realiti TV sebelum ini. Yang kali ini, tak pastilah pula. Both Finalist, Asyraf dan Hizbur, both ada potensi untuk menang. Apa pula pilihan dan pandangan anda?
UPDATED 1030pm, 30 July 2010 : Keputusan Kemuncak Imam Muda : Juara Imam Muda Buat Pertama Kali Ini adalah Asyraf. Tepat juga tekaan saya kali ini. Tahniah buat Imam Muda Asyraf

18 comments:

  1. tak pasti sapa menang, tapi hrp hizbur berjaya. apa pun mmg best ramai yg dpt manfaat tgk imam muda. program cam gini mmg bnyk membantu org ramai utk berilmu.

    ReplyDelete
  2. rasanya macam hizbur menang. apa-apa pun, tak kisah siapa yang menang, janji niat untuk menyampaikan Islam

    ReplyDelete
  3. wah wah betul tekaan eyriqazz!nampaknya dah macam paul sotong peneka tu je.hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah orang penang menang :)

    ReplyDelete
  5. @/Dayah//Nurul/;betul...setuju 100%

    ReplyDelete
  6. @nurayunni:suka juga walaupun sempat layan dua episod je

    ReplyDelete
  7. @Wan Perlis :memang patut diteruskan lagi

    ReplyDelete
  8. @mrs adam:paul si sotong dah kena gulai ...hik3

    ReplyDelete
  9. @Hariz:orang terengganu ada join tak ya?

    ReplyDelete
  10. @noor afzan:tak terror..main tekaje ikut informasi yang ada..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails