August 19, 2010

Dinar Emas dan Dirham Menjadi Buruan

Dinar Emas Dan Dirham Menjadi Buruan ( Kredit Picture to Myjazmanie )

Wah, dinar emas dan dirham betul-betul menjadi buruan terutamanya bagi rakyat Kelantan. Bentuknya nampak cantik, menarik, dan diperbuat daripada emas tulen dan perak. Terbaca entry yang agak menarik pasalnya iaitu Rakyat Kelantan buru dinar, dirham dijadikan hiasan diri . Serba-sedikit Informasi yang diambil dari entry ini :

Menjadi Buruan - Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di sini bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.

Pandangan Pembeli - Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.

“Emas ini ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ini saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi,” katanya kepada Bernama di sini.

Harga Dinar Emas dan Dirham - Bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

“Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260).

Kenapa Ianya Menjadi Buruan? - Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan,” katanya.

More Info Pasal Dinar Emas dan Dirham? - Bolehlah layari laman web ini : http://islamicmint.com.my/


Wah, nampak menarik. Teringin juga nak beli ni. Boleh beli Dinar Emas untuk dihadiahkan kepada Isteri ataupun Alisya. Beli emas ni harganya agak stabil dan biasanya akan selalu naik dari tahun ke tahun. Pelaburan yang selamat dan berkesan. Tapi, jangan lupa bayar zakat skali bila cukup syaratnya pula.

For legal tender untuk matawang, rasanya BNM tak iktiraf dinar emas dan dirham ni.

P/s : Apa pula pandangan anda padal dinar emas dan dirham ni? Menarik dan teruja tak untuk memilikinya?

14 comments:

  1. menarik nih...tapi takde duit nak beli skang...

    ReplyDelete
  2. mmg cantik dan menarik. hmm mcm nk gak satu ;)

    ReplyDelete
  3. nenek aku kelantan.. mmg penuh dengan emas..

    sudah jadi trend. emas untuk isteri jadi lambang berjaya atau tidak dalam sesuatu family..

    tu pandangan aku la

    ReplyDelete
  4. mcm menarik gak..benda baru kan..
    anyway tqvm sbb sudi singgah kat my lil blog :)

    ReplyDelete
  5. yup..dinar emas ni mmg diperbuat dari emas...so harga die mengikut currency emas tu la..thats why mahal..
    tp kalu nk di ikutkan..dinar emas ni..digunakan sbgai mata wang pd zaman rasul lagi..yang digunakan bgai dirham..ainya mempunyai nilai bernanding duit kertas yang kite ade skrang..dimana nilainya ditentukan oleh nombor kat atas duit tu..bkn kertas itu sendiri...
    so..xsalah klu nk beli duit emas ni..sbb die mmg bernilai..:))

    ReplyDelete
  6. mmg menarik..Dah tgk iklan psl nih kat kelate ritu..harus terjah beli sekeping dua..

    ReplyDelete
  7. hmmm kalau emas kelantan ni ada iklan kat nuffnang sure melambung le demand nanti

    ReplyDelete
  8. kalau ada RM memang elok beli ni..tak rugi, cuba tanya balik harga barang emas yg bro hadiahkan kat wife masa kahwin dulu..pastinya dah melambung tinggi sekarang ni..hehe

    ReplyDelete
  9. ada jual kat kelate aje ke? menarik jugak dinar tu kalo dpt sebijik..simpan 10 tahun ntah baper la nilai emas nanti..beli emas 7 tahun dulu pon sekarang nilai dah naik almost 3 kali ganda..

    oh, saya baru tau yg saya menang consolation prize contest hadiah besday alisya tu..tak pe la..saya hadiahkan RM10 tu utk alisya..kira duit raya dari MamaSeni la yer :)

    ReplyDelete
  10. saya masih simpan duet siling singgit tu.!eh takde kene mnegena kan?hehe

    ReplyDelete
  11. boleh jadi koleksi barang unik tu, memang sesuai juga dibeli kalau ada kemampuan

    ReplyDelete
  12. @maverick:xpe,boleh beli lain kali...

    @J.L :apa lagi?jom la rembat..satu cukup ke?hik3...

    @Hamzah Ian:haahla,baru perasan..mak mertua dan saudara mara mak mertua memang byk koleksi brg kemas..yg alisya pun ada yang mak mertua tolong belikan...

    @mama zharfan :sama2...ada masa saya singgahi dan terjah lagi...

    @Nurulbadiah Lai:setuju..kalau dpt bonus tahun ni, memang plan nak beli dinar emas

    @J.M.R:sekeping dua cukup ke bro?nak buat hantaran at least 10 keping bro...hik3

    ReplyDelete
  13. @Sharinginfoz :hik3,betul gak tu...

    @etomyam:haah,rasanya return much more better than ASB kot...

    @transformed housewife :tgk2 je ke?

    @MamaSeni:umm,tempat lain tak pastila pulak...haah,betul kata awak pasal harga naik tu..

    oh,betulke ni?first duit raya buat alisya...nanti papa tambahkan untuk alisya

    @cik helena :duit syilling singgit tu lama2 jadi beringit2 bila permintaan byk tapi supply sikit

    @Kulanz Salleh;setuju bro..teruja juga nak beli...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails