Itulah Tema Hari Kemerdekaan Tahun Ini
Namun adakah ianya sekadar mimpi?
Kata-kata dan tema yang indah namun sukar untuk dijadikan realiti
53 Tahun Negaraku Merdeka
Namun Patriotik kah kita, Patriotik kah saya?
Bila ditanya apakah erti merdeka?
Saya terduduk, saya tidak mampu menjawabnya dengan penuh berselera
Namun, Kita Harus bergembira
Negara Aman, Makmur dan rakyat berbilang kaum dapat hidup dengan selesa
Kemerdekaan itu banyak makna
Tepuk dada tanya selera
Hajat dan Wishlist sempena Merdeka Ini
Hapuskan Rasuah, hapuskan Kroni
Agar Rakyat dapat meraih sumber hasil bumi
Agar hidup lebih selesa untuk menampung anak dan bini
Hari-hari pelbagai cerita yang didengari
Masalah sosial makin berleluasa aku gusari
Dalam membesarkan anak yang masih kecil lagi
Adakah mampu melawan arus kemodenan Ini?
Kemerdekaan Membawa Seribu Satu Erti
Kebahagian dan Kejayaan yang mahu diraih dibumi sendiri
Semoga 1 Malaysia Menjana Transformasi menjadi Realiti
Saya Nanti-Nanti dengan teruja hati
Selamat Hari Kemerdekaan dari saya di sini
Merdekakan diri, bukakan hati
Merdekakan diri, bukakan hati
Jangan asyik menuding jari
Cerminlah diri sendiri sebelum mahu mengata itu dan ini
Kejayaan ke Hadapan yang ku harapi
Semoga tercipta suatu hari nanti
Negara Merdeka Kekayaan dan Kejayaan dapat dikecapi bersama-sama nanti
Barulah Kemerdekaan yang sebenar buat semua itulah Makna Kemerdekaan bagiku , apa pula kata anda semua saya pun tak pasti
Bersama-sama Mengejar Mimpi
Mimpi Indah Sudahlah Pasti
Bersama-sama berganding bahu bangunkan diri ini
Agar Kemerdekaan yang sebenar dapat dikecapi
P/s : Apa pula kata anda ? Apakah erti kemerdekaan bagi diri anda pula?
Saya masih tidak merasai semangat Merdeka itu. Ini adalah amat sedih sekali. (expressed in my blog)
ReplyDeletealamak!!
ReplyDeletekalau begitu makna merdeka,
pocket terduduk diam terkesima,
tak rasa diri ini sudah merdeka
lagi hidup terbelenggu minda.
err.. bila nak merdeka kalau gini nih!!?
Selamat hari merdeka cikgu!
ReplyDeletebelum merdeka daripada kemalasan.
ReplyDeletedan belum merdeka daripada penjajahan pemikiran.
itu erti merdeka saya kali ni.
tarikh keramat ogos 31
ReplyDeletehari kemenangan negara yang satu
jangan leka jangan lesu
perjuangan kita masih diperlu.
salam MERDEKA !
selamat hari merdeka
ReplyDelete