September 22, 2010

Gambar Hangat Raya 2010

Jalan-jalan cari pasal, terjumpalah gambar hangat raya yang diuploadkan oleh Pok Mat . Jom terjah :

Alisya Mahu Biskut Raya (di rumah nenekku raya ke 2)
Saya Anak Merdeka
 Saya Anak Jati Terengganu (Adikku)
Jom Main Bunga Api
Seronoknya Dia (Syahada,Sepupuku)

Raya tahun ni satu memori yang bermakna, tahun kedua beraya bersama Alisya dan Isteri . Oh, thanks Sumijelly kerana memilih saya sebagai Pemenang Saguhati Sampaikan Jer 2010. bertambah duit raya RM10.

Mahu duit raya RM10 juga ? Ok2, eyriqazz nak kasi duit raya. Komen di entry ini, di antara gambar di atas gambar mana yang paling anda suka dan mengapa? Komen terbaik akan eyriqazz hadiahkan duit raya RM10. Cash or top up.

Tak cukup RM10? Bolehla join My Raya Moments Contest pula. Hadiah berjumlah RM1,000 untuk direbuti. Jadi, apa tunggu lagi? Jom join, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

8 comments:

  1. paling suka yang pegang bendera trg lah ! kita kan orang terengganu :P lawak ar adik ko tu, kemain lagi pakai spek hitam dengan sampin baju melayu segala, tengok part selipar, selipar jamang jepung jah...hehehe.jgn mare yer adik awok, nanti kena jual..

    ReplyDelete
  2. su suka gambar saya anak merdeka tu.. sebab kameraman dan model tu pandai posing.. hehe. lagi satu, sebab ada dua2 bendera, yela, bulan 1 malaysia kan, semangat kewarganegaraan skit la..

    ReplyDelete
  3. saya pon suka gambar adik eyriqaz pegang bendera sebab saya pon orang ganung dan bangga klau dapat bergambar gitu . baju melayu bersampin ngan spek itam smart doh tapi pakai pulak slipar jepung , dok smart lalu ! hehe .. tapi klau pakai songkok ngan slipar jepung boleh laa sebab napok macam org dulu beraya .. hehe

    ReplyDelete
  4. salam..gambar 'saya anak merdeka' tu cantik..angle yg menarik.nampak patriotik.macam gambar dulu-dulu.

    ReplyDelete
  5. gambar yang first yang mana anak-anak kecil sudah diajar tradisi kuih raya yang pelbagai rasa, rupa dan warna...

    takkan lepas ni nak raya dengan pizza, ayam goreng, burger dan sebagainya? cukuplah biskut seakan-akan resipi luar negara mengganti ketupat dan lemang yang tak boleh nak tahan lama..

    by the way, beras naik harga..jangan la ketupat dan lemang jadi macam telefon zaman lepas merdeka..hanya yang mampu je mampu milik..

    selamat hari raya!

    ReplyDelete
  6. suka gambar alisya...tangan merayap ke balang kuih...tapi dengan senyuman yang comelll...sampai tak perasan yang alisya tengah berusaha nak ambik kuih dalam balang tu...hehehehe

    ReplyDelete
  7. gambar pilihan saya ialah gambar saya anak merdeka tu kerana bergaya, patriotik, versatile, cara gambar di shoot ada gaya seorang pro photographer dan yang penting berbaju melayu :P

    Malu Ke Untuk Mengunci Motor Depan Orang Ramai?

    ReplyDelete
  8. eden pulak suko gambar yang bertajuk
    Jom Main Bunga Api
    walaupun muko nampak takut tapi still berani nak main bunga api bagi memeriahkan lebaran.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails