September 7, 2010

Polis Jumpa Kereta Datuk Sosilawati Lawiya | Betulke Mereka Diculik?


Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya semakin terungkai apabila  polis menemui dua buah kereta milik mereka yang menjadi petunjuk baru dalam siasatan pihak berkuasa itu.


Sumber Kosmo mengatakan Kereta milik Sosilawati jenis BMW X5 menggunakan nombor pendaftaran WTL 11 berwarna hitam ditemui di kawasan letak kereta Flat Angsana USJ1 di sini pukul 9.45 malam tadi oleh orang awam.


Sejam selepas itu polis menerima satu lagi maklumat mengatakan kereta jenis BMW M5 milik peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, ditemui di tempat letak kereta depan Hotel Dorsett di sini.
Katanya, kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 itu diletakkan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tiada sesiapa di dalamnya.
Kalau melihatkan dari caranya kereta dijumpai, macam mereka telah diculik sahaja. Apakah yang terjadi sebenarnya ya? Apapun, saya doakan semoga mereka dapat dijumpai dengan selamat dan beraya bersama keluarga tersayang.
P/s : Semakin berleluasa gejala jenayah. Jika benar kes culik, semakin risau sebagai seorang bapa dan suami, jenayah merata-rata. Adakah bumi Malaysia yang indah ini sudah tidak begitu selamat ?

6 comments:

  1. Cabaran sebagai ketua keluarga semakin berat zaman ini berbanding zaman dulu untuk memastikan ahli keluarga berada dalam keadaan selamat. Memang merisaukan.......

    ReplyDelete
  2. macam -macam dahkes kat malaysia ni..
    bkn budak2 dah yang jd sasaran penculik..

    ReplyDelete
  3. org tua pun kena beringat..sebab orang tua pun laku nak kena culik..bukan budak2 je..harap2 jumpalah dorang nanti dalam keadaan selamat..amin!~

    ReplyDelete
  4. semoga dia orang semua ni dijumpai cepat~

    dah nak raya dah, kesian anak2 sosila tuh!
    hak3

    ReplyDelete
  5. Ingat zaman dulu2 kala.bebas je kita nak pergi mana.Nak lepas anak zaman dulu OK je.Skang janganla.Kena tengok anak tu.Moga kita dipelihara oleh Allah sentiasa.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails